BTC USD 58,509.0 Gold USD 1,796.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nazri pertahan tindakan Namewee

wenn

Active Member
Joined
Mar 13, 2010
Messages
1,637
Reaction score
0
Points
20
KUALA LUMPUR 10 Dis. - Walaupun pelbagai pihak mempertikai tindakan Wee Meng Chee yang dikatakan tidak mengikut etika pemakaian di Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mempertahankan tindakan pemuda yang lebih dikenali sebagai Namewee itu.

Menurutnya, etika pemakaian yang mewajibkan seseorang itu bertali leher dan memakai jaket hanya perlu jika memasuki Dewan Rakyat serta Dewan Negara tetapi kalau sekadar untuk berada di lobi Parlimen atau menemui seseorang ahli Parlimen di pejabat, memadai sekadar berpakaian kemas.

"Peraturan di Parlimen yang mewajibkan pemakaian tali leher dan jaket itu dilaksanakan jika kita mahu masuk Dewan Rakyat dan Dewan Negara sahaja. Kalau nak jumpa sesiapa di luar dewan termasuk di pejabat, asalkan berpakaian sopan sudah cukup dan dalam kes ini, Namewee tidak melakukan kesalahan apa-apa.

"Sebelum ini timbul isu pemakaian kerana ada wartawan pakai skirt terlalu pendek tetapi dalam kes Namewee tidak salah kalau dia pakai penutup kepala. Orang Islam yang pakai kopiah dan songkok pun kita tak marah, yang berjanggut pun kita tak suruh cukur. Jadi kenapa nak persoal perkara itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemarahan orang ramai terhadap tindakan terbaru Namewee yang ala imej rap dengan hanya mengenakan baju T, seluar jean, jaket hitam serta penutup kepala ketika mengunjungi Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu di Parlimen, semalam.

Kunjungan itu bertujuan memohon bantuan kerajaan supaya membiayai projek pembikinan video 1Malaysia yang bertajuk Nasi Lemak 2.0 yang didakwanya bertujuan mempromosi gagasan yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu.

Menurut Mohamed Nazri, beliau berkuasa penuh untuk membenarkan sesiapa sahaja memasuki Parlimen dan pada masa yang sama, meminta pihak yang mempertikai tindakannya supaya bertanya terlebih dahulu kepada golongan yang pakar mengenai undang-undang serta peraturan.

"Kalau tidak faham elok tanya dulu, saya ada hak dan berkuasa penuh untuk membenarkan sesiapa sahaja untuk memasuki bangunan Parlimen. Kenapa Namewee tidak boleh sedangkan, Hindraf dulu yang secara terang-terangan memperjuangkan perkauman pun dibenarkan masuk.

"Kenapa perlu saya aniaya seorang pemuda seperti Namewee sedangkan, dia datang untuk menemui saya bagi menjelaskan kekesalan terhadap kesilapan sebelum ini, kenapa saya perlu melayan emosi yang sama seperti pihak di luar sana. Dalam konteks ini dia tidak melakukan kesalahan," jelasnya.

Ditanya mengenai kemarahan orang Melayu apabila beliau seolah-olah memberi muka kepada Namewee apabila sanggup meluangkan masa berjumpa di Parlimen, Mohamed Nazri bertanya kembali apakah perbuatannya itu salah sedangkan hampir setiap kali sidang Dewan Rakyat, beliau menemui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Sponsored Post

kOmAnDeR

Active+ Member
Joined
Mar 28, 2007
Messages
2,658
Reaction score
14
Points
25
brape kali kesal daa...pstu buat lg...psl Cina kena bnyak tolak ansur...huhuhu
 

miecs

Super Active Member
Joined
Nov 12, 2009
Messages
5,487
Reaction score
355
Points
86
bang thread ni astrok..smlm dah ada.
 

jerai

Active Member
Joined
Oct 13, 2008
Messages
1,901
Reaction score
47
Points
30
aku rasa dibelakang namawee adalah umno sendiri, dalam usaha nak menyatukan melayu dibawahnya
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register