BTC USD 35,770.1 Gold USD 1,876.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Nasihat' Muhyiddin Tentang Ideologi Mengelirukan

zaberi

Active Member
Joined
Jan 15, 2008
Messages
2,087
Reaction score
35
Points
30
Jangan terpedaya ideologi ‘indah’ - TPM

KUALA LUMPUR 25 Nov. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan generasi muda supaya tidak terpedaya dengan kumpulan yang mempunyai kepentingan tersendiri yang membawa ideologi dan perjuangan yang indah bunyinya. Timbalan Perdana Menteri berkata, kumpulan terbabit sering membawa isu yang boleh dipertikaikan kebenarannya termasuk berkaitan agama, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan hak asasi manusia. ``Pemimpin muda jangan mudah terpedaya untuk mempercayai perjuangan yang telah dipesongkan kebenarannya,'' kata beliau. Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada Seminar Pemimpin Muda Malaysia di bangunan Parlimen di sini hari ini. – Utusan

Sumber: Utusan Malaysia 25/11/10
 
Sponsored Post

yinbyungheon

CG Top Poster Club
Joined
Jul 12, 2006
Messages
36,821
Reaction score
856
Points
161
Peringatan Kepada Umat Islam Yg Mencintai Islam...Hayatila Kata2 Jib Sebagai PM Yg Mengejek-ejek Dan Permainkan Penubuhan Negara Islam Ni...Sad But True!
Kenyatan biadap Chua ini disambut Najib dengan kenyataan berikut:

“Dr Chua betul dalam memperingatkan anda bahawa mereka (PAS) tidak menyerah dalam pendirian negara Islam mereka. Dan, saya pasti jika ia dilaksanakan, ia akan mengubah cara hidup anda dan memberi kesan ke atas masyarakat Cina."

Tidak cukup dengan itu, Najib turut menyokong kenyataan yang dibuat Karpal Singh suatu ketika yg menolak undang Islam (hudud):

“Itu sebab Karpal berkata ‘melangkah mayat saya’. Saya tidak bersetuju dengan Karpal dalam kebanyakan masa, tetapi kali ini, beliau betul,
Surah Al-Maaidah Ayat 57

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan ugama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman.


Jelas Terbukti Amco Mengejek-ejek Dan Permainkan HUDUD ALLAH!!!:(scam

Khairy: BN mungkin hilang 50 kerusi...

http://www.malaysiakini.com/news/145844

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, sebanyak 50 kerusi parlimen BN yang sedia ada berada dalam bahaya sekiraya Umno masih lagi berkhayal boleh menang dalam pilihan raya tanpa sokongan bukan Melayu.

Katanya, sekiranya tidak ada usaha untuk mengamalkan kepimpinan yang inklusif lagi moderat, kepimpinan Melayu Umno akan hilang pada pilihan raya akan datang "bagai pintu tak berpasak, perahu tak berkemudi."

"Kita harus belajar dari keputusan pilihanraya umum yang lalu di mana jelas kita hampir kalah sebab hilang sokongan bukan Melayu," katanya yang juga ahli parlimen Rembau.

Ketika berucap dalam mesyuarat agung 2010 pergerakan itu, Khairy berkata, keadaan itu bermakna, untuk menang mestilah dengan sokongan dari semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

"Kalau kita mengharapkan undi orang Melayu semata-mata, kita harus ingat bahawa hanya 73 kerusi parlimen sahaja yang mempunyai majoriti dominan Melayu 70 peratus ke atas. Inilah hakikat dan realitinya," katanya.



kahkahkah

sekiranya apa yg dikatakan oleh KJ ni benar...maka ada logiknya kata2

Chua Soi Lek dlm AGM MCA tempoh hari..

kurang percaya??

mari kita congak...

07b6f30a.jpg


amco bertanding sebanyak 117 kerusi...dan sekiranya 73 kerusi yg mejoriti melayu masih dipegang oleh amco...maka secara logiknya

117-73=44

jadi 44 buah kerusi tersebut akan dimenangi oleh PAS sebab 44 kerusi tersebut tidak mempunyai undi mejoriti melayu 70% kerana undi bkn melayu merupakan undi penentu...

PAS pertandingkan sebanyak 67 kerusi dan PAS menang sebanyak 23 kerusi...jadi

67-23=44

secara logiknya 44 kerusi yg amco kalah tadi telah pon terkalih kepada PAS...disebabkan tu la PAS hanya pertandingkan cuma 67 buah kerusi saja...LOGIK!!!

kerusi selebihnya yakni 6 buah kerusi tu akan dimenangi oleh PKR...sebab kawasan amco mana pulak DAP nak bertanding...dah tentu la PKR...

so sekarang bila PR menang kedudukan kerusi adalah seperti berikut:

PAS = 67
PKR = 37
DAP = 28

kedudukan PAS yg kini menjadi teraju PR disokong sendiri oleh

Presiden MCA, Chua Soi Lek:

“Kami merasakan jika Pakatan berkuasa, PAS akan berada di tempat kapten...PAS tidak akan melupakan dasar autokratik Islam dan jangan terkejut jika PAS memperoleh kuasa, ia akan kembali keterbelakang,” - Chua Soi Lek

disambut Najib dengan kenyataan berikut:

“Dr Chua betul dalam memperingatkan anda bahawa mereka (PAS) tidak menyerah dalam pendirian negara Islam mereka. Dan, saya pasti jika ia dilaksanakan, ia akan mengubah cara hidup anda dan memberi kesan ke atas masyarakat Cina."

Najib turut menyokong kenyataan yang dibuat Karpal Singh suatu ketika yg menolak undang Islam (hudud):

“Itu sebab Karpal berkata ‘melangkah mayat saya’. Saya tidak bersetuju dengan Karpal dalam kebanyakan masa, tetapi kali ini, beliau betul,
 

yinbyungheon

CG Top Poster Club
Joined
Jul 12, 2006
Messages
36,821
Reaction score
856
Points
161
din ni sapa? TPM ke..setahu aku rosmah tu TPM...kahkahkah
 

zaberi

Active Member
Joined
Jan 15, 2008
Messages
2,087
Reaction score
35
Points
30
Muhyiddin Berpegang Kepada Ideologi Apa?

Ideologi adalah suatu fahaman yang berasaskan kepada akidah ‘aqliyah dan daripada akidah itu, ia memancarkan/menerbitkan satu sistem kehidupan. Akidah ‘aqliyah bermaksud akidah (keyakinan) yang menggunakan peranan akal, baik dalam menghasilkan mahupun menetapkannya, boleh jadi ianya menghasilkan aqidah yang benar atau salah. Jika kita mengkaji secara mendalam, hanya ada tiga ideologi sahaja yang pernah wujud di dunia ini. Ketiga-tiga ideologi itu ialah:

1 Kapitalisme,
2 Komunisme/sosialisme
3 Islam.

Kapitalisme dan Sosialisme adalah keyakinan yang dihasilkan dan ditetapkan oleh akal manusia.
Kedua-duanya memancarkan/menerbitkan sistem yang digunakan untuk mengatur kehidupan manusia, namun jika dikaji dan dibahaskan dengan hujah dan fakta terkini, terbukti kedua-duanya tidak memenuhi fitrah manusia dan menjadi sebab kepada pelbagai krisis dunia ketika ini.

Manakala Islam adalah ideologi yang mempunyai akidah ‘aqliyah, kerana akal mempunyai peranan di dalamnya, baik dalam menghasilkan mahupun membuktikan keyakinan yang dibangunnya. Tidak hanya itu, akidah (keyakinan) tersebut juga dibangun berdasarkan akal, dan mempunyai sistem yang terpancar/terbit darinya. Oleh kerana memuaskan akal dan fitrah manusia, Islam adalah satu-satunya ideologi yang sahih.

Namun pada saat ini, hanya Kapitalisme yang wujud dan dikembangkan oleh sebuah negara iaitu Amerika. Dengan disokong oleh kuasa tentera, Amerika menggunakan kapitalisme untuk mengaut, membolot dan menguasai kekayaan dunia. Komunisme/sosialisme sebagai sebuah ideologi yang pernah berkuasa di bahagian timur dunia telah musnah pada awal tahun 90 an apabila runtuhnya Soviet Union. Namun pada saat ini ada beberapa negara yang masih menganut ideologi tersebut seperti China, Cuba, Korea Utara dan lain-lain lagi.
 

zaberi

Active Member
Joined
Jan 15, 2008
Messages
2,087
Reaction score
35
Points
30
Manakala Islam sebagai sebuah ideologi telah diruntuhkan pada tahun 1924 apabila jatuhnya Khilafah Islamiah Uthmaniah di Turki. Sehingga kini tidak ada sebuah negara pun yang memeluk dan mengembangkan ideologi Islam. Walaupun begitu masih terdapat di kalangan umat Islam dan kelompok Islam yang berpegang kepada ideologi Islam dan berusaha untuk menyebarkannya ke seluruh dunia. Jadi, berdasarkan kepada kenyataan Muhyiddin di atas, sepatutnya timbul satu persoalan di benak kita, apakah beliau benar-benar memahami maksud sebenar ideologi? Apakah yang beliau maksudkan dengan ideologi ‘indah’ itu? Apakah beliau sedar bahawa sehingga hari ini Malaysia adalah negara yang dipimpin oleh para pemimpin Islam tetapi malangnya Malaysia adalah sebuah negara yang menganut ideologi Kapitalisme yang berasaskan kepada aqidah sekular itu? Yang mana sistem hidup dan undang-undang yang diguna pakai oleh Malaysia pada hari ini adalah sesuatu yang lahir daripada akal dan hawa nafsu manusia lalu dibahaskan di Parlimen yang kemudiannya ahli-ahli Parlimen memberikan persetujuan untuk melaksanakannya. Inilah yang menjadi punca kepada krisis dan kehancuran hidup, iaitu manusia menentukan undang-undang dan peraturan hidupnya sendiri sedangkan satu-satunya yang berhak untuk membuat undang-undang itu adalah Allah SWT. FirmanNya: “hanya Allah jualah yang menetapkan hukum” [TMQ al-An’aam (6) : 57].

Apakah ideologi ini yang dikagumi, dipertahankan dan dipaksakan oleh TPM kepada umat Islam di Malaysia? Sebagai seorang Islam sewajarnya beliau memperjuangkan Islam sebagai suatu ideologi yang wajib dianuti, dipakai dan disebar luaskan ke seluruh dunia dan bukannya seperti hari ini di mana Malaysia adalah negeri yang begitu taat dan patuh kepada ideologi kufur Kapitalisme sejak 53 tahun dahulu. Dan saat ini nampaknya Muhyiddin begitu “intim” dengan ideologi Kapitalisme. Bukankah sudah sampai masanya beliau mencampakkan ideologi kufur itu dan kembali memperjuangkan Islam sebagai suatu ideologi negara?
 

usahOne

Super Active Member
Joined
Jan 16, 2007
Messages
7,192
Reaction score
11
Points
65
umNo memisahkan politik dgn agama lagi mengelirukan umat islam.......alahai terdesak utk mempertahankan kuasa d saat akhir kejatuhan empayar umNO citttttttttttt
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register