BTC USD 28,557.9 Gold USD 1,965.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nasib empat beranak lumpuh dapat perhatian kelab motosikal

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,717
Points
191
SUNGAI DUA : Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Itu yang terpaksa ditanggung Azizah Mohamad, 51, dari Kampung Telok, Sungai Dua Pulau Pinang yang sanggup mengenepikan kepetingan diri demi menjaga ibu, dua orang kakak dan seorang adiknya yang lumpuh.

Azizah yang tidak berkahwin kini menjaga ibunya, Zainab Othman, 78, dan tiga saudaranya yang lumpuh sejak kecil akibat demam panas iaitu Zaiton, 60, Habesah, 55, dan Noorlia, 47.

Dia yang sebelum ini bekerja di sebuah stesyen miyak di Sungai Dua terpaksa berhenti kerja dan mengambil alih tanggungjawab menjaga tiga saudaranya selepas ibunya terlantar dan uzur sejak setahun lalu.

Namun penderitaan empat beranak yang terlantar sejak 50 tahun lalu akibat demam panas, mendapat perhatian kelab motosikal berkuasa tinggi, GT Roc Malaysia yang tampil menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban keluarga berkenaan.

Jurucakap kumpulan itu, A. Rashid Ramli berkata, bantuan itu sebagai simpati kepada nasib yang dialami oleh keluarga terbabit.

Dia yang juga presiden Kelab Bikers Butterworth berkata, pihaknya terpanggil untuk memberikan sumbangan yang dikutip daripada ahli kelab.

Kelab itu memberikan sumbangan RM6,060 bagi meringankan beban empat beranak lumpuh itu.

Sumbangan diserahkan oleh wakil kumpulan itu GT Roc Kuala Lumpur, Lan Jonos dan berharap sumbangan itu dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Tambahnya, dia amat terkesan dengan kisah Azizah yang tabah menjaga ibu, kakak dan adik yang lumpuh.

Selain bantuan dan sumbangan dari orang ramai, keluarga berkenaan mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak* RM900* sebulan dan zakat Pulau Pinang RM500 sebulan dan juga sumbangan dari syarikat Nasmir Holdings Sdn Bhd sebanyak RM600.

http://www.astroawani.com/news/show/nasib-empat-beranak-lumpuh-dapat-perhatian-kelab-motosikal-47025


61414317140_freesize.jpg
 
Sponsored Post

Mataxe

Fun Poster
Messages
990
Joined
Jan 1, 2013
Messages
990
Reaction score
0
Points
10
Oo baru tau depa byk duit.. selalu org cakap naik moto ni mat rempit takdak duit..

Org kata la.. bukan aku kata..

bikers moto besar ni byk duit bro.. link nk dpt sponsor tu ada.. tp mat rempit moto kapcai pun xsemua rosak.. ada juga belia gotong royong bersihkan masjid / surau..
 

miehensem

Legendary Member
gem
Messages
16,344
Joined
Dec 22, 2007
Messages
16,344
Reaction score
1,866
Points
201
bikers moto besar ni byk duit bro.. link nk dpt sponsor tu ada.. tp mat rempit moto kapcai pun xsemua rosak.. ada juga belia gotong royong bersihkan masjid / surau..

Oo tipu la.. depa mana ada duit.. reti merempit ja.. menyemak jalan raya .. apa la sgt nak banding ngan loan keta aku ni..


Tu depa kata la.. bukan aku kata.. haha
 
Sponsored Post

Top
Log in Register