Nasib budak

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
JOHOR BAHRU: Masa depan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun menjadi teka-teki berikutan ibu dan bapanya berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dipercayai mengedar dadah jenis ganja dan syabu di kediaman mereka di Kampung Melayu Majidee di sini, pada 23 Disember lalu.

Lebih memilukan, kanak-kanak terbabit pasti dibelenggu trauma apabila melihat orang tuanya ditahan di depan mata selepas sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan menemui 10.6 kilogram ganja dan 178 gram syabu di premis terbabit.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob, berkata bertindak hasil maklumat awam dan risikan berhubung aktiviti pengedaran dadah di rumah sewa itu, pasukan diketuai pegawai penyiasat, Inspektor Md Yussoff Abu menyerbu kediaman itu kira-kira jam 6.25 petang.

“Ketika serbuan, ada tiga orang di rumah itu membabitkan pasangan suami isteri berusia 28 dan 22 tahun serta anak perempuan mereka berusia tiga tahun. Agak memilukan dan pasti satu pengalaman pahit bagi kanak-kanak itu apabila menyaksikan ibu bapa mereka ditahan polis di depan mata.

“Hasilnya, kami merampas 11 ketulan mampat dipercayai ganja seberat 10.6 kilogram dan empat paket syabu seberat 178 gram disembunyikan di tempat khas di atas loteng rumah berkenaan dan nilai ganja dianggarkan RM100,000 manakala syabu dianggarkan RM90,000.

“Selain itu, kami merampas wang tunai RM7,200 dipercayai hasil jualan dadah serta empat telefon bimbit. Kedua-dua suspek direman hingga Rabu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan,” katanya pada sidang media di IPD Johor Bahru Selatan, semalam.

Beliau berkata, suspek lelaki yang juga kakitangan kerajaan dipercayai terbabit dengan pengedaran dadah sejak dua tahun lalu manakala pembabitan suspek wanita masih dalam siasatan.

Menurutnya, ujian saringan air kencing mendapati suspek lelaki positif syabu dan memiliki empat kesalahan lampau mengikut Seksyen 6 ADB 1952 kerana memiliki ganja.

Katanya, suspek dipercayai memperoleh bekalan dari Thailand sebelum diedarkan kepada penagih dadah sekitar daerah ini.

“Siasatan masih dijalankan termasuk sama ada suspek menjual dadah itu secara runcit atau menjadikan rumah itu sebagai tempat menyimpan sebelum diedarkan secara pukal tetapi kita tidak menemui peralatan membungkus dadah di rumah itu.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pengedaran dadah atau sebarang kes jenayah diminta menghubungi IPD Johor Bahru Selatan di talian 07-2232222 atau talian hotline Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, 07-2212999,” katanya.
 
Sponsored Post

mustopa_a

Legendary Member
Joined
Apr 9, 2008
Messages
12,098
Reaction score
73
Points
120
waris budak tu la kena jaga.. datuk atau nenek
 

ari

Fun Poster
Joined
Jan 28, 2009
Messages
672
Reaction score
0
Points
15
kesian aku tengok nasib budak tu,apalah yang bakal terjadi selepas ni.Dalam usia macamtu masih perlukan kasih sayang dan manja drpd ibu bapa.Kepada semua kawan2 ,saya nasihatkan sebelum kita berbuat sesuatu tu fikirlah dalam2 akan kesan dan akibatnya,kelak diri kita dan anak2 kita menjadi mangsa kalau kita tersilap langkah.
 

MaMaRiSsA

Active Member
Joined
May 23, 2009
Messages
1,953
Reaction score
4
Points
25
sedihnyeee...baru 3 taun.. mak pak muda2 lagi...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register