balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Norzida sedang membantu anaknya, Anis Najwa mencuba kasut sekolah baru sumbangan pembaca Sinar Harian sempena program Kembali Ke Sekolah bersama anak yatim di Sura Gate, petang kelmarin.
< 1 / 1 >
DUNGUN - Setiap kali tahun baharu menjelma, wanita ini pasti berasa bimbang memikirkan persediaan sekolah anak-anaknya ekoran kesempitan hidup dialami sejak pemergian arwah suaminya, Che Maula Ibrahim, 55.
Ibu tunggal, Norzida Mohd Nor, 49, berkata, sejak suaminya meninggal dunia, tugas menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga untuk membesarkan sembilan anak termasuk lima daripadanya yang masih belajar terpaksa dipikulnya.
“Sebagai ibu tunggal tidak bekerja, saya tidak mempunyai sebarang pendapatan dan keadaan itu benar-benar menghimpit kehidupan saya memikirkan anak yang masih bersekolah.
“Bagi memastikan keperluan anak dipenuhi termasuk seorang berstatus anak istimewa, saya akan buat simpanan dari awal tahun, namun ia kadangkala masih belum mencukupi biarpun sudah mengamalkan langkah berjimat cermat,” katanya.
Kata Norzida, hanya melalui sumbangan orang ramai dan pihak tertentu dapat meringankan bebannya membeli pakaian sekolah dan membayar yuran persekolahan anak-anak.
“Setiap kali sesi persekolahan bermula, hati saya akan tersentuh apabila memikirkan hal anak-anak, belanjanya besar.
“Sebagai ibu tunggal saya tak mampu, kali ini saya bernasib baik sebab ada orang derma baju sekolah untuk anak saya, jika tidak saya pasti kecewa kerana gagal sediakan semua keperluan itu,” katanya ketika berkongsi kisah sedihnya selepas mengiringi anak-anaknya membeli pakaian sekolah baru di pusat perniagaan Sura Gate, dekat sini, petang kelmarin.
Keperluan anak-anak Norzida dan beberapa anak yatim lain berjaya dipenuhi rentetan seorang pembaca Sinar Harian dari Kuala Lumpur menghulurkan sumbangan melalui wartawan Sinar Harian yang dihubunginya selepas menyedari keperluan itu melalui beberapa laporan yang disiarkan sebelum ini.
Sementara itu, salah seorang anak Norzida, Anis Najwa, 10, berkata, dia begitu teruja mendapat baju sekolah dan beg baharu, biarpun ia bukan yang berjenama seperti dimiliki oleh anak golongan berkemampuan.
“Terima kasih kepada yang menderma, saya doakan mereka dilimpahkan lebih banyak rezeki agar dapat membantu anak-anak yatim seperti kami.
“Kami semua tiada ayah, kalau ayah masih ada mungkin kami tidak begini, kalau tak ada orang belikan, mungkin kami pakai baju sekolah yang lama untuk masuk sekolah esok (hari ini),” katanya.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasib-baik-ada-orang-derma-1.236123