BTC USD 28,020.0 Gold USD 2,000.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nasi lemuni menu sihat, petua untuk cantik

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Daun lemuni punyai banyak khasiat di sebalik rasanya yang pahit.
< 1 / 1 >
APABILA bercakap soal kecantikan, automatik figura wanita terpampang jelas. Ternyata, makhluk bernama wanita amat suka dan selalu ingin kepada kecantikan dan keindahan.

Maka, padanlah petua nenek moyang dulu kala, kebanyakannya lebih fokus untuk wanita berbanding lelaki.

Wanita yang memilih cantik secara alami, pengambilan ulam-ulaman dalam menu seharian adalah wajib.

Jika wanita itu pengamal awet muda cara 'orang lama', spesies ulam-ulaman seperti ulam raja, pegaga, pucuk kaduk, pucuk gajus pasti tidak asing.

Namun, apakah kenal dengan daun lemuni. Berapa ramai wanita moden kini yang tahu? Lemuni umpama tumbuhan kacukan antara pokok renek dan pokok batang berkayu. Ia mampu tumbuh tinggi. Di sesetengah tempat ia dipanggil lagundi, dangla, lipuk, tigau, three leaves chaste tree, Indian privet dan Indian wild-pepper.

Rasanya memang pahit, namun ternyata terkandung pelbagai khasiat khususnya buat ibu yang baharu melahirkan anak supaya kekal awet muda.

“Memang pahit daunnya. Jarang sangat ada orang boleh makan mentah-mentah macm tu saja,” kata tukang urut tradisional, Zainab Ahmad.

Wanita berusia 54 tahun ini memberitahu, lemuni antara herba atau ulam yang paling baik untuk kesihatan wanita.

“Rasanya memang tak sedap pada lidah. Yelah... kalau sedap bukan ubat namanya kan,” katanya berseloroh.

Oleh kerana rasanya yang pahit kata Zainab, ia sering dimasak bersama nasi sebagai alternatif mengurangkan rasa tidak enak tersebut pada tunas rasa.

“Bukan saja dimakan, dibuat mandi pun boleh. Ambil daunnya, rebus. Air rebusan tu, dijadikan mandian sepanjang tempoh berpantang. Memang bagus, badan rasa segar dan luka pun lekas sembuh. Jika amalkan daun lemuni masa berpantang Insya-ALLAH cantik dan sihat
semula,” katanya yang mengamalkan makan nasi lemuni seminggu sekali bersama keluarga kerana khasiatnya.

“Nasi lemuni tak boleh makan hari-hari sebab panas, seminggu sekali tak apa. Makcik tahu fasal kebaikannya daripada mak mentua ketika berpantang. Sejak tu, terus jadikannya amalan,” katanya sambil memberitahu resipi nasi lemuni menjadi kegemaran keluarganya amat ringkas tetapi sedap.

“Nak buatnya senang...bahan utamanya daun lemuni kisar digaul bersama bawang merah, bawang putih dan halia. Kalau nak lebih sedap masukkan santan, lepas tu tanak macam biasa. Tapi, untuk orang berpantang, guna bahan asas lebih baik.

“Ia boleh di makan dengan apa-apa lauk, dengan sambal tumis, ikan goreng atau asam pedas pun sedap,” katanya sambil memberitahu sering memenuhi permintaan rakan-rakannya yang menggemari nasi lemuni air tangannya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/nasi-lemuni-menu-sihat-petua-untuk-cantik-1.324079
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register