Santai Nasi lemak mula jual 4 pagi dan pada 6 pagi habis dijual di Taman Maluri

CG Sponsors




Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
844
Reaction score
148
Points
23
Mahaizura Abd Malik
[email protected]

“SAYA sanggup bangun 4 pagi beratur panjang semata-mata mahu menikmati keenakan nasi lemak ini,” kata Steven Foo, 50.

Steven adalah seorang daripada ratusan pelanggan Rahmah Bujai, 55, yang setia beratur seawal 4 pagi untuk membeli nasi lemak wanita itu di Jalan Perkasa 1, Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Kira-kira 20 minit selepas itu, kelihatan seorang wanita bersama lelaki warga emas tiba dengan menaiki kereta merah membawa pelbagai juadah dengan menu utamanya nasi lemak.

Usai menyusun barangan niaga di atas meja lipat, Rahmah dilihat sabar dan ramah melayan pelanggan membeli nasi lemak.

Pelanggan pelbagai bangsa datang silih berganti, tidak sampai tiga jam, dua tong nasi lemak dan lapan bekas lauk pauknya sudah habis licin.


RAHMAH menyediakan nasi lemak yang mula dijual bermula 4.30 pagi dan biasanya habis pada 6 pagi. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

Menurut Steven, dia menggemari nasi lemak Rahmah berikutan nasi dan lauknya cukup rasa selain kemurahan wanita itu yang tidak berkira dengan pelanggan.

“Susah hendak dapat rasa nasi lemak sesedap ini. Bau wangi nasinya dan rasa santannya dipadankan dengan sambal ikan bilis dan sotong serta ayam rendangnya membuatkan saya tidak pernah jemu,” katanya.

Rahsia nasi lemak Rahmah

Rahmah yang setia ditemani seorang saudara lelakinya gigih mencari rezeki di tengah kesibukan ibu kota sejak lebih 25 tahun lalu.

Ibu kepada lapan anak berusia antara 15 hingga 30 tahun ini berkata, pelanggannya bukan saja penduduk setempat, malah ada yang sanggup datang dari Puchong, Kajang, Ampang, Damansara, Gombak serta sekitar Lembah Klang.

"Kebanyakan pelanggan saya terdiri daripada penduduk setempat, pekerja syif dan penuntut kolej sekitar kawasan ini.

"Ada pelanggan saya bertahun-tahun masih setia datang mencari nasi lemak saya termasuk bekas pelajar kolej kawasan ini," katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Ditanya apakah rahsia mengekalkan keenakkan rasa nasi lemaknya hingga digilai peminat setia sejak 25 tahun lalu, katanya pakej ikhlas dan tidak kedekut bahan dalam penyediaan memasak menjadi prinsipnya selama ini.

"Rahsia saya ikhlas semasa masak. Nak tahan niaga lama masak elok-elok biar sedap nanti pelanggan tetap cari.

"Jangan kedekut bahan. Contohnya, sekarang musim bawang mahal tetapi saya tidak kurangkan tetap jaga kualiti.

"Malah, saya yakin rezeki tidak pernah putus dan jualan sentiasa habis berkat saya menggembirakan hati pelanggan disebabkan tidak pernah berkira dan niat berniaga sambil bersedekah," katanya.


RAHMAH menyediakan nasi lemak yang mula dijual bermula 4.30 pagi dan biasanya habis pada 6 pagi. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

200 bungkus setiap hari


Menurut Rahmah, dia menyediakan 17 kilogram beras bersama lapan jenis masakan lauk yang dianggarkan mampu terjual 200 bungkus nasi lemak setiap hari.

"Biasanya saya masuk dapur 4 petang menyediakan bahan masakan lauk dan sambal sebelum sambung masak nasi dan bihun kira-kira 1 pagi.

"Jam 4 pagi, saya akan keluar dari rumah dan biasanya sebelum 6.30 pagi saya akan pulang ke rumah dan rehat sebentar sebelum ke pasar membeli barang pada tengah hari.

"Biarpun ada kalanya tidak cukup rehat, saya tetap cekal harungi kehidupan di bandar kerana ini saja pendapatan kami sekeluarga memandangkan dua anak di universiti dan anak bongsu masih bersekolah," katanya.


PELANGGAN beratur seawal 4 pagi bagi mendapatkan nasi lemak yang dijual Rahmahdi Taman Maluri. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali


RAHMAH menyediakan nasi lemak yang mula dijual bermula 4.30 pagi dan biasanya habis pada 6 pagi. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

‘Sampai dua orang boleh makan’


Sementara itu, seorang lagi pelanggan setia, Hasanah Ma’asum, 20, berkata, Rahmah dikenalinya ketika menuntut di kolej berdekatan sebagai seorang yang peramah dan tidak kedekut dengan pelanggannya terutama pelajar.

“Saya menjadi pelanggannya sejak 2017 ketika itu saya belajar di sini. Dia peramah dan sangat tidak berkira dengan kami.

“Sampai sekarang dia masih macam dulu selalu beri lauk dan nasi banyak sampai dua orang boleh makan tetapi harga tetap murah tidak masuk akal.

“Saya paling suka sambal bilis dan sambal kerangnya dari dulu sampai sekarang rasanya tidak pernah berubah,” katanya.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2020/01/533034/rahsia-nasi-lemak-4-pagi-metrotv

 
Sponsored Post

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
7,100
Reaction score
344
Points
81
Kena bawak mat saleh cari makan pi buat review tengok.
Sales mesti naik mencanak.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
53,778
Reaction score
6,869
Points
1,746
alhamdulillah, bagus sungguh

hati cekal sungguh makcik Rahmah ni berniaga, ni dah ada pelanggan tetap yg ramai.
dengan adanya publisiti mcm ni, reputasi dia precedes her
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
12,706
Reaction score
2,444
Points
236
best ni, mesti kena cuba .. saya suka nasi lemak, harap makcik teruskan berniaga macam ni jangan terikut nasihat orang untuk majukan perniagaan dan buka restoran, tak berbaloi .. sewa, income tax, gaji pekerja akan cekik leher nanti ..

rakyat masih minati nasi lemak tepi jalan macam ni ..


Nasi Lemak Padu 7E (kordinat 3.130243, 101.732296)




:)cgrock
 

kiddd2

CG Top Poster Club
Joined
Jun 7, 2011
Messages
22,363
Reaction score
2,542
Points
191
kalo pergi Terengganu, pukul 12tghmalam gi jalan pasir panjang, situ ada banyak nasik lemak jual masa gitu..
beratur woo, xkira cina ke melayu..
india hampir tiada kat Terengganu..
 

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
7,921
Reaction score
455
Points
96
tak berani aku beli. nanti terpaksa beratur 4.30 pagi juga macam pelanggan lain
 

a b c d e f

Super Active Member
Joined
Oct 28, 2010
Messages
7,164
Reaction score
543
Points
121
“Sampai sekarang dia masih macam dulu selalu beri lauk dan nasi banyak sampai dua orang boleh makan tetapi harga tetap murah tidak masuk akal.
Kalau harga biasa masih beratur panjang tak?
 

Name:

Active Member
Joined
Dec 25, 2012
Messages
1,846
Reaction score
211
Points
33
sambal dia macam manis ja..

sapa pernah cuba?
 

nixtitan

Freshie
Joined
Sep 16, 2019
Messages
32
Reaction score
3
Points
21
mmg sedap..byk kali da try nasi lemak akak ni dr tahun 2009/10 lagi...
harga standad je dgn lauk ayam / sotong semua tu
tp mmg wangi nasi lemak dia..
 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
6,439
Reaction score
460
Points
81
kalo pergi Terengganu, pukul 12tghmalam gi jalan pasir panjang, situ ada banyak nasik lemak jual masa gitu..
beratur woo, xkira cina ke melayu..
india hampir tiada kat Terengganu..
Mau tak tinggi kes kolestrol dan darah tinggi. Tengah malam pun masih mencekik nasi lemak hahahaha.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register