BTC USD 27,702.9 Gold USD 1,978.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

NASA nafi bumi bergelap selama 3 hari pada Disember ini

joee

CG Top Poster Club
gem
Messages
40,697
Paid Membership
Joined
Oct 1, 2010
Messages
40,697
Reaction score
948
Points
161
NEW YORK – Pihak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menafikan mengeluar satu artikel yang mengesahkan bahawa bumi bakal bergelap selama tiga hari pada Disember depan.

Artikel tersebut yang kini tersebar di internet mendakwa bumi bakal bergelap kerana satu ribut solar menyebabkan pancaran cahaya matahari terhalang.

Sebuah laman web, Huzlers.com baru-baru ini mengeluarkan satu artikel yang bertajuk NASA mengesahkan bumi akan bergelap selama enam hari pada Disember 2014 sebelum ia dikongsi secara meluas di media sosial.

Laman web itu mendakwa NASA mengesahkan bahawa bumi akan bergelap selama enam hari bermula pada 21 hingga 23 Disember depan.

“Satu ribut solar menyebabkan debu-debu memenuhi ruang angkasa dan menghalang pancaran cahaya matahari sebanyak 90 peratus.

“Keadaan ini bakal menyebabkan bumi bakal menjadi gelap gelita selama enam hari,” katanya artikel tersebut.

Bagaimanapun, NASA menerusi laman web rasminya menafikan mereka ada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu. – Agensi


video dibawah diceritakan bagaimana keadaan sebenar kejadian bumi akan bergelap selama 3 hari sblm matahari timbul disebelah barat..boleh amik sebagai iktibar dan panduan
http://www.youtube.com/watch?v=aGrssVqE-Dc
 
Last edited:
Top
Log in Register