NASA beli habuk bulan RM4

CG Sponsors




kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Apr 18, 2010
Messages
36,321
Reaction score
2,404
Points
206
rsz_1rsz_lunar-reconnaissance-orbiter-moon-scaled-1-2048x1536.jpg


WASHINGTON: Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) akan membayar syarikat dilantik serendah AS$1 (RM4) untuk mengumpul sampel lunar daripada agensi angkasa lepas Amerika Syarikat.

Lapor Al-Jazeera, pengumuman yang dibuat semalam itu menganugerahkan kontrak kepada empat syarikat untuk mengumpulkan tanah daripada bulan serendah AS$1 hingga AS$15,000 (RM60,899) yang bertujuan sebagai ketetapan mengenai eksploitasi sumber angkasa pada masa depan oleh sektor swasta.

Kontrak itu dimeterai dengan Lunar Outpost of Golden,Colorado dengan AS$1, ispace Jepun of Tokyo AS$5,000 (RM20,301), ispace Europe of Luxemborg AS$5,000 (RM20,301) dan Masten Space Systems of Mojave, California AS$15,000 (RM60,903).

Pengarah Bahagian Penerbangan Angkasa Komersial NASA, Phil McAlister berkata, syarikat yang dilantik itu akan membuat pengumpulan itu mengikut jadual menerusi misi tanpa pemandu ke bulan pada 2022 hingga 2023.

“Saya rasa ini adalah sesuatu yang menakjubkan kita boleh membeli regolit daripada empat syarikat dengan harga AS$25,001 (RM101,501),” katanya.

Syarikat dikehendaki mengumpul bilangan kecil tanah lunar dikenali sebagai regolith dari bulan serta membekalkan imej kepada NASA sebagai bahan kumpulan.

Hak pemilikan tanah lunar akan ditukar kepada NASA dan menjadi hak milik tunggal agensi itu di bawah program Artemis.

 
Top
Log in Register