Info NASA Anjur Pertandingan Cari Cara Keluarkan Kargo Dari Modul Pendaratan

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,520
Reaction score
3,678
Points
236
Jun lalu NASA menganjurkan pertandingan mereka tandas grafiti rendah yang akan digunakan oleh angkasawan di permukaan bulan kelak di bawah payung Misi Artemis. Mereka kini menganjurkan pula pertandingan mencari cara terbaik untuk mengeluarkan kargo dari modul pendaratan bulan juga untuk Misi Artemis.

Pertandingan ingin mencari cara terbaik bukan sahaja untuk mengeluarkan kargo tetapi pelbagai peralatan lain seperti perayau, proba dan peralatan uji kaji yang akan dilakukan oleh dua angkasawan di permukaan bulan. Cara yang terbaik kini dicari dan pemenang akan diberikan hadiah $25,000. Ianya terbuka kepada semua yang berusia 18 tahun ke atas kecuali penduduk di negara di bawah sekatan Amerika Syarikat.

Sistem terbaik diperlukan kerana mobiliti angkasawan adalah terhad apabila memakai sut xEMU yang bakal digunakan serta mereka perlu melakukan lebih banyak aktiviti untuk merealisasikan impian membina markas di permukaan bulan. Bagi yang berminat dan mempunyai idea bernas, sila ke pautan di bawah.

Misi-Artemis-SpaceX-Blue-Origin-Dynetic-950x530.jpg


Sumber asal https://www.herox.com/LunarDelivery?from=home
 
Top
Log in Register