BTC USD 37,772.8 Gold USD 1,792.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info NASA Ada Misi DART - Letupkan Asteroid Untuk Selamatkan Bumi

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,157
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,157
Reaction score
4,392
Points
296
Awards
1
Tidak pasti sama ada anda pernah menonton filem Armageddon arahan Michael Bay. Filem yang dibintangi Bruce Willis dan Ben Affleck ini seakan di luar kotak pemikiran manusia kerana mereka di hantar ke angkasa lepas dalam misi meletupkan asteroid daripada menuju ke bumi. Namun, babak dalam filem tersebut mungkin menjadi satu realiti kelak. Cumanya, tiadalah 'hero' yang akan ke angkasa. Sebaliknya hanya kapal angkasa sahaja yang ke sana.

Menurut Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA), mereka merancang menggunakan sebuah kapal angkasa yang akan terbang pada kelajuan 24000 km/j untuk melanggar dan meletupkan seketul asteroid pada tahun hadapan. Misi ini dinamakan Ujian Pengalihan Semua Asteroid Berganda (DART) dan ia bertujuan untuk mengenal pasti sama ada langkah itu berkesan untuk menukar laluan asteroid yang boleh mengancam bumi pada masa akan datang.

Secara tidak langsung, misi tersebut adalah untuk menyelamatkan bumi. Memetik kata-kata Pegawai Pertahanan Planet NASA Lindley Johnson, masih terdapat sejumlah batu angkasa yang bila-bila masa akan mengancam bumi walaupun tiada asteroid dikesan yang boleh membahayakan tempat tinggal kita.


NASA-DART.jpg.jpg


Malah, ia ibarat menyediakan payung sebelum hujan kerana ujian tersebut terlebih dahulu untuk menghancurkan asteroid sebelum mencetuskan bahaya kepada bumi. Bagi menjayakan misi ini, kapal angkasa DART mungkin dilancarkan menggunakan roket Falcon 9 milik SpaceX pada 23 November ini jam 10.20 malam (waktu pasifik) melalui Pangkalan Angkasa Vandenberg, California.

Jika berjaya, letupan tersebut bakal berlaku antara 26 September dan 1 Oktober tahun 2022 memandangkan jaraknya dari bumi adalah 10.1 juta kilometer. Tambahan lagi, kapal angkasa yang beratnya 549 kg itu dijangka tidak memusnahkan asteroid berkenaan. Akan tetapi, ia hanya 'mengalihkan sedikit kedudukannya dari orbit asteroid Didymos'.

Buat makluman, asteroid yang menjadi sasaran itu digelar Dimorphos dan mempunyai diameter 160 meter dan ia mengorbit satu lagi asteroid yang lebih besar - Didymos. Asteroid Dimorphos ini melengkapkan orbit di sekeliling Didymos dalam tempoh setiap 11 jam 55 minit, sama seperti 'pusingan jam'.

Sumber asal https://www.utusan.com.my/luar-nega...ncang-letupkan-asteroid-demi-keselamatan-bumi
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,157
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,157
Reaction score
4,392
Points
296
Awards
1
Misi DART - NASA Akan Lancarkan Roket Untuk Letupkan Asteroid Minggu Ini

Terdahulu, NASA ada sebuah misi yang dinamakan Ujian Pengalihan Semua Asteroid Berganda (DART). Ia adalah bertujuan untuk meletupkan asteroid yang boleh mengancam bumi pada masa akan datang. Terbaru, misi tersebut bakal dilaksanakan juga seperti yang dirancang di mana pada 24 November jam 1:20 pagi. NASA akan melancarkan roket Falcon 9 milik SpaceX yang akan mengambil tempat dari Pangkalan Angkasa Vandenberg, California.

Siaran langsungnya boleh ditonton menerusi televisyen NASA, YouTube NASA, aplikasi NASA dan media sosial mereka. Mengingat kembali misi DART, mereka mahu menghantar kapal angkasa seberat 549 kg yang dijangka untuk memusnahkan Asteroid digelar Dimorphos. Asteroid yang mempunyai diameter 160m ini mengorbit satu lagi asteroid yang lebih besar, iaitu Didymos.

Sekiranya berjaya, roket berkelajuan 24000 km/j itu akan melanggar asteroid yang jaraknya dari bumi sejauh 10.1 juta kilometer dan letupan akan berlaku antara 26 September dan 1 Oktober 2022.
1637584655004.png

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,157
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,157
Reaction score
4,392
Points
296
Awards
1
Akhirnya Di Lancar, Roket DART Kini Sedang Menuju Ke Asteroid

Setelah sekian lama diperbualkan, Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) akhirnya kini melancarkan misi kapal angkasa yang akan menuju untuk menghentam asteroid. Buat makluman, ini merupakan satu ujian yang dijalankan dalam menghentikan asteroid sekiranya ia tiba ke bumi.

Roket DART yang digunakan ialah Falcon 9 milik SpaceX. Dengan berat 633kg, ia kini dalam perjalanan di angkasa dengan kelajuan 24000 kilometer sejam.

Screenshot-2021-11-25-at-11.33.47-AM.jpg


Tambahan lagi, DART memerlukan masa sekitar 10 bulan untuk sampai ke Asteroid Didymos dan Dimorphos yang berada pada jarak 11 juta kilometer dari bumi. Asteroid Dimorphos merupakan sasaran NASA di mana saiznya sekitar dua patung Liberty Sementara Asteroid Didymos jauh lebih besar. Ia mempunyai diameter 762 meter dan masing-masing mengorbit matahari.
NASA-DART-info.jpeg

Menurut NASA, misi DART menelan belanja AS$330 juta atau kira-kira RM1.3 bilion dan misi ini lebih kepada untuk mengubah sedikit haluan batu angkasa gergasi tersebut. Dalam pada itu, NASA turut mengatakan setakat ini terdapat 10000 asteroid yang berukuran 140 meter dikenal pasti berhampiran dengan bumi.

Namun, tidak diketahui mana antaranya akan menghentam bumi dalam 100 tahun dari sekarang.​
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,495
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,495
Reaction score
17,855
Points
2,536
Awards
1
DUNIA | Kapal Angkasa ‘Pemusnah’ Asteroid

Keberkesanan misi kapal angkasa DART (Ujian Pengalihan Asteroid Berganda) yang dilancarkan NASA akhir November lalu bakal terjawab pada September 2022.

Projek bernilai RM 1.4 billion itu bertujuan untuk untuk menentukan sama ada bumi mampu diselamatkan daripada ancaman batu dari angkasa berkenaan.
====================

Dapatkan berita terkini, tepat dan sahih dengan ‘SUBSCRIBE’ YouTube Buletin TV3

IKUTI kami di;
Facebook: https://www.facebook.com/BuletinTV3Official/
Twitter: https://twitter.com/BuletinTV3
Instagram: https://www.instagram.com/buletintv3/
Website: https://www.buletintv3.my

#BuletinTV3 #Seantero

 

siamanggagapp

Active+ Member
Messages
4,106
Joined
Jul 20, 2013
Messages
4,106
Reaction score
567
Points
71
br tgk movie dont look up mlm td kt netflix

byk mesej yg disampaikn dlm fiem tu
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register