BTC USD 38,380.5 Gold USD 1,770.76
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Nas Daily Dibenarkan Masuk Malaysia, - “Sambut Dia Dengan Cincau”

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
15,556
Reaction score
2,415
Points
201

Nas Daily Dibenarkan Masuk Malaysia, Netizen Luah Rasa Kurang Senang - “Mari Sambut Dia Dengan Sebalang Cincau”​

untitled-design-2021-05-07t112636-071.jpg

Youtuber terkenal Nas Daily sudah dibenarkan memasuki Malaysia dengan menggunakan kerakyatan negara Caribbean.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, pemuda warganegara Palestin - Israel itu bangga apabila berjaya membeli kerakyatan negara Caribbean untuk masuk ke Malaysia.

Malah, dia turut meminta pegikutnya untuk meneka berapa lama yang diperlukan dan wang yang dikeluarkan demi mendapatkan pasport tersebut.

Di laman sosial Twitter, ramai wargamaya berkongsi reaksi bercampur-baur terhadap perkara ini.

Rata-rata tidak bersetuju dan keberatan untuk mengalu-alukan kedatangan jejaka berusia 29 tahun ini kerana sebelum ini pernah memberikan persepsi negatif terhadap Malaysia.

Dia tak tau ke kita tengah PKP. Maksudnya kita ada banyak masa nak maki dia,” komen seorang pengguna Twitter.

Dia belum kenal lagi 'harga melayu' macam mana,” kata seorang pengguna Twitter.

Bro @nasdaily i dont get it why are you're so desperate to come into malaysia? You look pathetic. Please don't come here you're definitely not welcome,” jelas seorang pengguna Twitter.

Mari lah kita menyambut kedatangan beliau dengan sebalang cincau,” tulis seorang pengguna Twitter.

Never liked this guy. Annoying as f*** and memang macai Israel,” tegas seorang pengguna Twitter lagi.

Sebelum ini, Nas atau nama sebenarnya Nuseir Yassin yang memegang pasport Israel tidak dibenarkan untuk memasuki Malaysia serta 20 negara lain seperti Brunei, Iran, Arab Saudi, Kuwait dan banyak lagi.

Nas Daily yang cukup dikenali dengan video satu minit itu sehingga kini mempunyai 3 juta pengikut di Instagram.
 
Sponsored Post

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
13,381
Reaction score
3,207
Points
201
Ini orang takleh pakai. Dah orang x bgi masuk. Kau nak masuk kenapa ? Lepas tu tunjuk pulak apply visa negara lain.

Difahamkan dia bayar 140k usd utk bla bla, dan apply kerakyatan. Kemudian bru dpt passport (info x pasti lgi)

180908441_750098792349085_7264046230538106981_n.jpg
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
27,546
Reaction score
2,042
Points
206
klu masuk malaysia ado manfaat pd org sini, ok lah

klu masuk sini nyusahkan org sini, eloklah disekat & di tahan di airport & hantar balik
 

playermmc

Active+ Member
Joined
Sep 23, 2009
Messages
2,712
Reaction score
27
Points
40
nk tarik peminat join kelas youtube dia la tu
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,855
Reaction score
1,307
Points
201
dier tau.. org mesia ni lubuk wat duit kt youtube... mane2 chanel youtuber skrg ni sume wat contents berkait rapat dgn mesia.. mmg view gile2 naik.. skrg ni dh jd trend.. couple luar wat content pasal budaya n gaya hidup mesia.. mmg view senang2 jerk cecah 100k... org mesia ni mmg dah idup dlm dunia maya lebih dr realiti..
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,422
Reaction score
2,839
Points
206
bagi jelah dia masuk.
bukannya yahudi israel pun.

avram grant dulu boleh je masuk.
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
32,843
Reaction score
1,865
Points
201
dia bayar 150k tuk beli kerakyatan.. kita kasi masuk... ape yg malaysia dapat? hahahah
 

maxpda

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
7,566
Reaction score
233
Points
83
Dia ni penah buat 1 video pasal singapore dan cakap tentang pendatang (malaysia) yang kerja kat sana xikut law sana.. Haha..

Lepas tu nak masuk malaysia pulak... Dia ni sedikit liberal bagi aku.. Islam tapi xikut gaya hidup islam.
 

John Nawi

Super Active Member
Joined
Oct 23, 2012
Messages
5,089
Reaction score
150
Points
83
Dia ni penah buat 1 video pasal singapore dan cakap tentang pendatang (malaysia) yang kerja kat sana xikut law sana.. Haha..

Lepas tu nak masuk malaysia pulak... Dia ni sedikit liberal bagi aku.. Islam tapi xikut gaya hidup islam.
kalau tak silap haritu ada yg bgtau dah bukan islam
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register