BTC USD 38,972.1 Gold USD 1,810.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nanoleaf Elements - Panel LED Pintar Dengan Permukaan Kayu

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
30,304
Reaction score
4,104
Points
236
Nanoleaf adalah antara panel LED pintar yang popular. Ia seakan iPhone dalam dunia lampu pintar kerana harga jualan yang mahal berbanding pesaing. Keunikan Nanoleaf adalah setiap panel LED yang mereka tawarkan menggunakan sambungan magnetik yang modular. Hanya panel utama sahaja ada kabel kuasa.

Nanoleaf juga menawarkan banyak ciri menarik seperti Screen Mirror yang boleh menyelarikan lampu dengan paparan dan audio daripada sistem pengguna. Terkini, Nanoleaf hadir dengan Nanoleaf Elements. Ia adalah variasi baharu dalam penawaran panel LED pintar mereka, di mana variasi ini menawarkan permukaan berasaskan elemen semula jadi bumi – kayu. Setiap panel lampu dengan permukaan kayu ini boleh memancarkan cahaya lampu LED yang sama seperti sebelum ini.

Nanoleaf turut menawarkan pilihan panel pintar, yang mana mempunyai panel kawalan sentuhan kapasitif. Dengan sokongan modular, pengguna juga boleh gabungkan model biasa dengan Elements untuk rekaan dan citarasa tersendiri. Nanoleaf juga menggunakan sistem rangkaian penghala bebenang atau Thread Border Router yang diiktiraf oleh Matter untuk sambungan antara peranti yang lebih lancar, pantas, tiada gangguan serta tiada sela masa.

Harga jualan adalah bermula daripada $299.99, iaitu sekitar RM1238. Buat masa ini, Nanoleaf Malaysia masih tidak mendedahkan sebarang informasi untuk jualan tempatan atau sama ada ia akan dibawa ke pasaran Malaysia atau tidak.

 

CG Sponsors




Top
Log in Register