dhiaperfumes
CG Top Poster Club

- Messages
- 41,571
- Joined
- Nov 12, 2009
- Messages
- 41,571
- Reaction score
- 63
- Points
- 120
.jpg)
Pengacara Nana Mahazan memberitahu dia kurang senang terhadap segelintir pengikut di laman sosial Instagramnya yang memberi kutukan tidak berasas seolah-olah sengaja mencetuskan 'perang'.
Lebih menyedihkan Nana apabila ada antara mereka yang mengutuk anak-anaknya setiap kali dia memuat-naik gambar mereka. Disebabkan itu dia menyekat pengikut-pengikut tersebut. Bukan tidak terbuka kepada kritikan mahupun komen-komen pedas tetapi Nana menyifatkan golongan sebegitu seperti tidak hormat akan perasaan orang lain.
"Media sosial ni terlalu kejam. Segelintir mereka menjadikan media sosial tempat mereka sesuka hati mengkritik dan mengutuk individu yang mereka sendiri tak kenali secara rapat. Ibarat, kalau sehari mereka tak kutuk, tak lengkap hidup mereka. Tapi yang hairannya, macam mana mereka boleh judge orang yang mereka tak kenal?
"Saya juga melalui keadaan itu, bila ada yang tak semena-mena beri komen yang saya rasa tak betul apa yang mereka nak tegur. Ia lebih kepada mengutuk. Tapi saya tak melenting. Kalau ada komen yang agak pedas, saya balas secara berlapik. Kadang-kadang saya suka nak beritahu mereka yang orang lain juga ada perasaan. Bila di tegur secara baik saya terima.
"Kadang-kadang yang follow kita tu bukan peminat pun. Pernah ada penggikut di IG saya mengaku kata dia bukan peminat saya, tapi dia follow saya sebab dia tunggu saja masa nak kritik saya. Pernah juga ada komen, kata anak saya saya macam tupai. Saya tak tahu apa masalah orang-orang yang macam ni. Mereka psiko. Apa yang saya buat, saya terus block (sekat) pengikut-pengikut yang macam tu", katanya.
Pemilik nama sebenar, Nur Hana Che Mahazan, 31, ditemui pada sidang media program realiti TV9, Pop Krew bertempat di The Teracce baru-baru ini.
Kata ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, apa yang dimuat naik di laman Instagramnya itu adalah salah satu cara dia berkongsi dengan para peminatnya mengenai perihal bukan saja kerjayanya malah tentang keluarga dan hal peribadi. Namun sebagai figura umum, ibu dan isteri dia masih tahu batas-batas serta menghadkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dikongsikan kepada khalayak.
"Suami saya ada juga berpesan supaya tak terlalu kerap sangat muat naik gambar anak-anak. Tapi bagi saya, saya tahu apa yang saya buat. Iyalah, tiada siapa pun yang sempurna dalam dunia ni.
"Tapi, apa yang saya muat naik di IG saya itu adalah cara saya berkongsi tentang perkembangan diri saya juga serba sedikit tentang keluarga saya kepada peminat-peminat yang tak jemu-jemu menyokong saya selama ini. Kepada yang tak suka, mereka boleh unfollow", tuturnya.
Nana berkahwin dengan Mohd Raqeem Brian Abdullah pada 6 Jun 2009. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Althea, 4, dan Aaqib Raqeem Brian, 10 bulan.
Sementara itu, menyentuh mengenai penglibatan semulanya dalam dunia pengacaraan, Nana berkata selepas empat tahun dia tidak aktif kerana memberi tumpuan sepenuhnya kepada tanggungjawab sebagai isteri dan ibu, inilah masa yang sesuai untuknya kembali di samping melepas rindu pada kerjayanya.
"Empat tahun saya bergelar suri rumah. Walaupun penat jaga anak-anak tapi saya seronok. Saya tiada pembantu rumah, jadi semuanya saya uruskan sendiri. Tapi dalam tempoh itu saya masih juga terima job sebagai hos atau pengacara untuk acara-acara tertutup (private event).
"Sekarang nilah saya kembali bekerja semula sebab anak-anak pun dah besar sikit. Ibu saya pun sedia nak jagakan anak-anak saya sewaktu saya bekerja. Itu yang saya aktif semula ni sambil-sambil saya nak melepaskan gian pada kerja. Nak juga beli beg tangan guna duit sendiri", ujar bekas Akademi Fantasia musim pertama ini sambil tertawa.
Setelah 11 tahun dalam industri seni, Nana bersyukur kerana dirinya masih terima ramai. Malah sejak mendirikan rumah tangga, rezekinya tetap tidak putus.
"Alhamdullilah, sekian lama saya dalam industri ni masih ada yang ingat saya, peminat pun masih tetap menyokong. Saya bersyukur dengan rezeki yang tak putus-putus.
"Macam tawaran daripada TV9 ni, alhamdulillah, mereka masih nampak yang saya ni suka bercakap, jadi mereka
tawarkan saya sebagai hos Pop Krew. Kalau DJ, kadang-kadang ada pihak yang minta saya gantikan, kalau saya ada kelapangan saya akan terima juga", kata bekas penyampai radio Era. FM ini lagi.
Dalam pada itu Nana juga berkata seiring dengan usia dan statusnya kini, dia tidak berharap tidak dikaitkan dengan apa-apa kontroversi.
"Kalau dulu tak dinafi saya banyak juga dihimpit dengan macam-macam kontroversi. Tapi sekarang saya sudah lebih matang. Saya harap tiada lagi lah cerita atau kontroversi yang bukan-bukan", katanya.
http://www.cari.gold/2014/10/nana-mahazan-sekat-pengikut-psiko.html