Nama calon BN diketahui esok

CG Sponsors




haudli

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,313
Reaction score
442
Points
136
Nama calon BN diketahui esok
JAMILAH HAMZAH
14 April 2013

Dato' Seri Najib Tun Razak
[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM - Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyerahkan surat tauliah pemilihan calon Barisan Nasional (BN) kepada pengerusi-pengerusi negeri di ibu negara pagi esok, sekali gus mengakhiri spekulasi mengenai barisan yang akan mewakili perikatan itu kali ini.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan ketika dihubungi Sinar Harian Online petang ini.

Surat jemputan liputan yang dikeluarkan juga mengesahkan Majlis Penyerahan Surat Tauliah BN akan diadakan esok. Ia akan berlangsung di Menara Dato' Onn jam 11 pagi.

Sinar Harian Online difahamkan Najib, selaku Pengerusi BN dan Presiden Umno, akan meneruskan tradisi di mana pengumuman calon akan dibuat oleh pengerusi negeri masing-masing.

Ahmad berkata, pemimpin BN setiap negeri akan menghadiri pertemuan esok, yang dijangka akan turut disertai pemimpin parti komponen perikatan itu.

"Calon boleh menang yang terbaik terpilih," kata Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Penerangan Umno ketika mengulas soalan mengenai surat jemputan media yang telah dikeluarkan oleh Setiausaha Kerja BN.

Beberapa calon berpotensi yang dihubungi Sinar Harian Online berkata pihaknya tidak menerima sebarang panggilan setakat 6 petang tadi.

"Kemungkinan pagi esok akan dihubungi jika terpilih sebagai calon," kata seorang pemimpin tertinggi parti komponen BN.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga telah menetapkan 20 April ini sebagai hari penamaan calon manakala 5 Mei sebagai hari mengundi.

Sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dun menjadi rebutan pilihan raya umum kali ini.

Sementara dipetik Bernama, Ahmad berkata, pengerusi BN negeri akan pulang ke negeri masing-masing untuk mengumumkan calon-calon PRU13 BN bagi kerusi Dun dan Parlimen.

"Kebanyakan negeri dijangka membuat pengumuman esok dan Selasa ini, dan itu semua terpulang kepada mereka (pengerusi-pengerusi negeri)," katanya.

Parti-parti komponen Pakatan Rakyat, yang dijangka akan memberi saingan sengit kepada BN kali ini sudah mengumumkan senarai calon berperingkat-peringkat sejak seminggu lalu.

Najib yang menerajui BN sejak April 2009 dilihat mengambil pendekatan mengumumkan calon seminggu sebelum penamaan calon bagi membolehkan rakyat menerima dan pada masa yang sama mengelakkan unsur sabotaj.

Sementara itu di KOTA BHARU, Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pengumuman calon BN negeri itu akan diumumkan selepas mendapat lampu hijau daripada Najib.

"Kemungkinan esok muktamad (senarai calon)," katanya pada sidang akhbar di Pusat Media BN Kelantan di sini hari ini.

Beliau berkata BN Kelantan telah mengemukakan cadangan calon yang terdiri daripada muka lama dan baharu, tokoh agama, Pemuda dan Wanita, dan senarai itu telah mendapat pandangan daripada semua pihak, termasuk perbincangan dengan ketua-ketua Umno bahagian masing-masing.

Beliau berharap mereka yang tidak dicalonkan, tidak merajuk dan mengkhianati parti itu seperti mensabotajnya dengan "cah keting."

"Kalau merajuk sekali pun fikirlah yang kita perlu kembali untuk bekerja demi untuk merampas Kelantan daripada Pas dan untuk masa depan rakyat yang perlukan pembelaan kita," katanya.

Sementara itu, BN Johor dan Kedah dijangka mengumumkan calon negeri masing-masing pada pagi Selasa, kata jurucakap BN di kedua-dua negeri terbabit.

Di SHAH ALAM, Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Noh Omar berkata BN negeri itu akan menampilkan beberapa muka baru yang terdiri daripada golongan profesional, guru dan wakil badan bukan kerajaan, terutama untuk kerusi Dun yang BN tewas pada PRU lepas.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis Mesra Komuniti Usahawan Selangor anjuran Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional di sini, beliau berkata, BN Selangor telah meminta Najib, yang juga Pengerusi BN negeri itu, mengumumkan dan menyampaikan sendiri surat tauliah kepada calon negeri itu.

Pada pilihan raya umum 2008, BN memenangi 140 kerusi Parlimen dan 307 kerusi Dun.



http://www.sinarharian.com.my/politik/nama-calon-bn-diketahui-esok-1.149948

Berapa kerusi BN (dun dan parlimen) boleh menang pada PRU 13 ni??




.
 
Sponsored Post

rochie

Active Member
Joined
Oct 27, 2011
Messages
1,539
Reaction score
0
Points
20
tak sabar teman nak nengok cah keting berlaku.... hidup umno
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,259
Reaction score
1,126
Points
201
kali nih x nak tgg hari jumaat ke?
 

irsaffy

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
cayalah pak jib...kita tgk sapa yg kena....hehehe
 

exofx

Legendary Member
Joined
Aug 20, 2011
Messages
18,750
Reaction score
545
Points
161
mintak-mintak tiada buaya yang menjadi calon.

 

aizaf

Active Member
Joined
Oct 17, 2007
Messages
2,293
Reaction score
0
Points
20
akhir nya...besok kan...ooo lupa pagi ni..
 

vyner

Active+ Member
Joined
Mar 31, 2012
Messages
2,546
Reaction score
35
Points
35
adakah aq tercalon ??? haha :D
kita tunggu ...

lg beberapa jam ..
 

AuraSuccess_88

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 3, 2010
Messages
69,868
Reaction score
185
Points
528
tak sabar nak tau.hahaha..tengok yang bagus2 ka..yang haprak yg dicalonkan
 
Sponsored Post
Top
Log in Register