Nama "Allah" bakal digunakan untuk mengelirukan dan memurtadkan orang Islam

CG Sponsors




Abg_Aridz

Banned
Joined
Nov 18, 2009
Messages
217
Reaction score
6
Points
15
Gereja dibenar guna kalimah Allah


KUALA LUMPUR 31 Dis. – Gereja Katolik dibenarkan menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald - The Catholic Weekly setelah Mahkamah Tinggi berpendapat bahawa setiap individu mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan Allah.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Lau Bee Lan ketika membenarkan permohonan tersebut berkata, Gereja Katolik selaku pemohon mempunyai hak untuk berbuat demikian di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa menjadi satu kesalahan bagi seseorang bukan Islam untuk menggunakan perkataan Allah kepada umat Islam untuk menyebarkan agamanya.

Bagaimanapun, katanya, ia bukanlah satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan perkataan itu sesama mereka bagi tujuan agama mereka.

Hakim tersebut juga bersependapat dengan pemohon bahawa Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam selaku agama rasmi tidak memberi kuasa atau membenarkan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia menghalang gereja tersebut daripada menggunakan perkataan Allah.

Penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan itu juga, menurut beliau, merupakan sebahagian daripada hak untuk bersuara sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan.

Dalam penghakiman lisannya, hakim itu menyatakan, perintah larangan yang dikeluarkan menyatakan penggunaan perkataan tersebut boleh menimbulkan kekeliruan dan salah faham di kalangan umat Islam serta menggugat ketenteraman negara.

‘‘Pihak responden dalam hujahnya bagaimanapun tidak memberikan sebarang bukti bagaimana penggunaan perkataan Allah boleh mengganggu ketenteraman awam,’’ katanya.

Sehubungan itu, beliau menyatakan, keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan mingguan itu menggunakan perkataan ‘Allah’ adalah salah di sisi undang-undang, batal dan tidak sah.

Hakim Bee Lan memutuskan demikian dalam semakan kehakiman oleh Gereja Katolik yang difailkan melalui Ketua Paderi, Tan Sri Murphy Pakiam dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Gereja Katolik antara lain menuntut perisytiharan bahawa keputusan responden pada 7 Januari 2009 yang melarang penggunaan perkataan Allah dalam Herald-The Catholic Weekly adalah menyalahi undang-undang dan perkataan Allah bukan eksklusif untuk kegunaan agama Islam sahaja.

Sejurus keputusan itu diumumkan, Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaludin Md. Said meminta penjelasan sama ada ketetapan tersebut mempengaruhi permit penerbitan berkenaan bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2010.

Ini kerana, katanya, permohonan itu dibuat berdasarkan larangan terhadap permit bertarikh 1 Januari hingga 31 Disember 2009.

Peguam Porres Royan yang mewakili gereja itu sebaliknya menyatakan keputusan telah pun dikeluarkan hari ini dan terpulang kepada pihak-pihak yang terlibat untuk mentafsirkannya.
 
Sponsored Post

Abg_Aridz

Banned
Joined
Nov 18, 2009
Messages
217
Reaction score
6
Points
15
Umat Islam sokong keputusan Mahkamah Tinggi adalah kufur

BANGI: Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din menegaskan, mana-mana umat Islam yang menyatakan sokongan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.

Tokoh ulama itu berkata, melalui kaedah yang dipakai dalam ilmu akidah, tindakan bersetuju dengan penggunaan nama Allah oleh agama Kristian itu membawa maksud menyekutukan Allah kerana agama itu mempercayai tuhan sebagai Triniti iaitu terdiri daripada Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus.

"Dalam Islam, Allah adalah Esa (satu). Kalau ada yang menyekutukan Allah dengan Triniti, maka berlakulah syirik yang membawa kepada kufur. Kalau kita reda dengan yang kufur, kita jatuh kufur sama," katanya pada sidang media di rumahnya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas beberapa laman blog termasuk milik pemimpin politik yang menyatakan sokongan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya.

Jumaat lalu, Ahli Parlimen Shah Alam yang juga Yang Dipertua Pas Shah Alam, Khalid Samad melalui blognya menyatakan sokongan terhadap keputusan mahkamah itu atas alasan Allah bukan Tuhan kepada orang Islam semata-mata tetapi Tuhan kepada seluruh alam semesta, termasuk orang bukan Islam dan Rasulullah tidak pernah menghalang penggunaannya.

Haron berkata, walaupun wujud perbezaan pandangan dalam hal siasah dan politik, namun dalam hal berkaitan agama, semua umat Islam mesti bersatu dan berbalik kepada kaedah agama.
 

steven_jb2003

Active+ Member
Joined
Jun 30, 2008
Messages
2,662
Reaction score
5
Points
25
aku sokonggggggggggggg........ pergi jahanam political py org....... mana statement ketua agama...... mane???????? adew macam x de
 

edrusli

Fun Poster
Joined
May 13, 2006
Messages
591
Reaction score
2
Points
15
BANGI: Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din menegaskan, mana-mana umat Islam yang menyatakan sokongan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.

Tokoh ulama itu berkata, melalui kaedah yang dipakai dalam ilmu akidah, tindakan bersetuju dengan penggunaan nama Allah oleh agama Kristian itu membawa maksud menyekutukan Allah kerana agama itu mempercayai tuhan sebagai Triniti iaitu terdiri daripada Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus.

"Dalam Islam, Allah adalah Esa (satu). Kalau ada yang menyekutukan Allah dengan Triniti, maka berlakulah syirik yang membawa kepada kufur. Kalau kita reda dengan yang kufur, kita jatuh kufur sama," katanya pada sidang media di rumahnya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas beberapa laman blog termasuk milik pemimpin politik yang menyatakan sokongan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya.

Jumaat lalu, Ahli Parlimen Shah Alam yang juga Yang Dipertua Pas Shah Alam, Khalid Samad melalui blognya menyatakan sokongan terhadap keputusan mahkamah itu atas alasan Allah bukan Tuhan kepada orang Islam semata-mata tetapi Tuhan kepada seluruh alam semesta, termasuk orang bukan Islam dan Rasulullah tidak pernah menghalang penggunaannya.

Haron berkata, walaupun wujud perbezaan pandangan dalam hal siasah dan politik, namun dalam hal berkaitan agama, semua umat Islam mesti bersatu dan berbalik kepada kaedah agama.
ni lah yg aku dok tggu
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,420
Reaction score
21,052
Points
1,671
fatwa ke ape ni?
 

faizfakhirin

Active Member
Joined
Sep 24, 2006
Messages
2,047
Reaction score
8
Points
25
mana bleh guna kalimah allah sesuka hati....kalimah allah tertulis dalam al-quran...nanti al-quran akan di porak peranda sebab kekeliruan dengan kalimah allah....kita semua xleh berhenti dari berbunyi supaya kalimah allah tidak digunakan sesuka hati....
 

pecot85

CG Top Poster Club
Joined
Jan 11, 2009
Messages
27,973
Reaction score
826
Points
161
hmmm tangan aku dah lama x swing pedang samurai#:-S

sapa tau mana rumah hakim kapir tuh:-?
 

Abg_Aridz

Banned
Joined
Nov 18, 2009
Messages
217
Reaction score
6
Points
15
Keadaan - keadaan Kalimah Allah Boleh Dipergunakan

Salam,

Mari kita letakkan beberapa keadaan - keadaan kalimah Allah boleh dipergunakan oleh orang bukan Islam..

Nanti boleh la si puak- puak Al-Kafirun ini merasuk budak2 yang baru naik naik (remaja)... beritahu mereka " Tuhan kami Allah juga, sembah tuhan kami kira sembah Allah juga, Kristian pun agama macam Islam juga tetap menyembah Allah.."

Lepas tu bagi duit, bagi makan, bagi tempat tinggal.. sure ramai lagi yang murtad. Ingat kes Natrah dulu, orang Islam sanggup jihad serbu mahkamah.. tapi sekarang ni pula, ada pulak orang Islam yang menyokong.. kononnya keadilan untuk semua.

Musahabah la diri. Mereka hanya mencari peluang sahaja menjatuhkan Islam secara halus dan kemudian nanti secara kasar.
 
Last edited:
Sponsored Post
Top
Log in Register