BTC USD 57,032.4 Gold USD 1,773.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Nak makan, aku dah xmampu. Pad pun berbulan xbeli. Terasa nak jualdiri.

lau_kau

Legendary Member
Messages
16,644
Joined
Aug 2, 2007
Messages
16,644
Reaction score
2,747
Points
201
Hebat ujian dia, harap dia tabah la lepasi ujian tu....tp tu la ramai yg terkesan dn diam....xmau cerita
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
324,569
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
324,569
Reaction score
16,557
Points
2,376
Hebat ujian dia, harap dia tabah la lepasi ujian tu....tp tu la ramai yg terkesan dn diam....xmau cerita

Yang tak viral mungkin lagi ramai
 

cariemas100

Active Member
Messages
1,229
Joined
Oct 24, 2020
Messages
1,229
Reaction score
398
Points
41
kasihan.

dia try minta kat baitulmal tak?

zaman skrg ramai penipu nak amik kesempatan. tengok foodbank dah, habis sapu sampai meja2 letak bantuan mknan pon hilang.

pkp kan. nak bg bantuan mknn pon susah
 

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,786
Top Poster #5
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,786
Reaction score
22,055
Points
1,671
Pad dah bole masuk dalam list barang bantuan. Standby, jadi xde la dah bocor baru nak pg beli
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
324,569
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
324,569
Reaction score
16,557
Points
2,376
Pad dah bole masuk dalam list barang bantuan. Standby, jadi xde la dah bocor baru nak pg beli

Sian betul bila time period tu takde pad
Memang patut sangat dibantu
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Messages
23,897
Joined
Jan 12, 2008
Messages
23,897
Reaction score
3,796
Points
201
Pad dah bole masuk dalam list barang bantuan. Standby, jadi xde la dah bocor baru nak pg beli
Ada NGO yg bagi bantuan makanan ada sertakan pad sekali.....benda ni bukan taboo...dah jadi keperluan...
 

halimyahya

Fun Poster
Messages
528
Joined
Aug 1, 2012
Messages
528
Reaction score
10
Points
25
Nak makan, aku dah xmampu. Pad pun berbulan xbeli. Terasa nak jualdiri. Aku lapar, aku terdesak

July 4, 2021 Admin
2-FE3-C487-B8-B6-4-E56-8373-37360-A1932-A5.jpg

Foto sekadar hiasan

Aku Putus Asa Untuk Hidup

Assalamualaikum. Maaf tajuk seperti orang tiada iman. Tapi aku adalah salah seorang yang terkesan akibat PKP.

Aku dibuang kerja dari PKP 1 lagi, dan sekarang memang dah 100% hilang pendapatan. Aku dibuang kerja macam anjing, masa diperlukan aku dipergunakan kerja sampai malam hari.

Tapi bila nak buang aku, dia bagi notis satu hari saja dengan alasan terkesan sebab PKP.

Aku fight juga naik turun pejabat buruh tapi pegawai buruh pun malas layan aku. Aku give up, rupanya pegawai buruh tu kenal majikan aku (kawan dia lah kot).

Patutlah bila aku mengadu dia nak tak nak saja layan. Tapi dia ada cakap la nanti apa apa dia call aku sebab dia kena siasat majikan aku dulu.

Tapi dah berapa bulan dah, langsung tak ada apa apa follow up. Aku assume kes dah tutup. Sebab majikan aku tu member dia jugak. Btw ni sebelum lockdown ni.

Aku tak give up, aku jadi dropship macam macam bisnes tapi tak laku. Kawan kawan sikit pun tak nak support bisnes aku. Yelah aku ni orang yang hina. Mereka pun pandang rendah pada aku. Aku sedih sangat.

Kalau selama ni aku post tentang aktiviti harian, ramai saja like dan komen. Tapi bila aku pos pasal bisnes nak dapat 1 like pun susah. Aku cuba avoid hard selling, buat soft selling macam mencelah di sebalik cerita kehidupan tapi tetap juga tiada sambutan.

Aku down sangat sangat. Nak bayar rumah sewa pun tak dapat, apatah lagi benda keperluan lain. Aku perempuan dah berapa bulan tak ada pad (tuala wanita). Nak beli tak mampu. Barang keperluan asas pun aku langsung tak dapat bantuan.

Yang aku peliknya kawan aku yang kerja tetap boleh pergi melancong tiap tiap bulan sebelum PKP haritu dapat saja bantuan beras dan sebagainya. Aku sedih. Kenapa orang ada duit dapat bantuan tapi aku yang langsung tiada income ni tak dapat?

Aku tak give up. Aku tetap post saja bisnes yang aku jadi dropship tu. Aku tiada duit nak makan, aku pinjam kawan. Dah berapa ramai duit kawan kawan aku pinjam sampai kawan kawan pun dah naik muak dengan muka aku.

Aku tak pernah terdesak sangat pinjam duit dengan orang. Tapi aku kikis rasa malu sebab terpaksa.

Sekarang duit pinjaman orang tak terbayar lagi, aku tak tahu dah nak merayu pada siapa. Aku beranikan diri approach YB tempat aku, dan menteri. You name it tapi tiada sape layan.

Aku menangis teresak esak, lepas solat aku persoal dekat Allah kenapa Dia uji aku macam ni. Family aku pun orang susah. Mak aku kat kampung pun selalu cakap dia tiada duit juga nak tolong aku.. Parents aku pun sesak..

Masa kerja dulu tiap bulan aku bank in separuh duit gaji aku dekat parents. Sekarang sape nak support family aku.. sedangkan aku pun begini.

Haritu syukur juga dapat sedikit duit BPN ke BSH ke apa entah namanya. Syukur ada jugak duit..

Lepas tu aku ada jumpa orang susah haritu perempuan anak 5. Suami dia accident tak boleh kerja dan dia pun memang suri rumah. Dia merayu dekat aku cakap anak anak dia banyak hari dah tak minum susu…

Kau bayangkan, aku nak makan minum pun sakit. Ni pun bersyukur ada duit dari kerajaan sikit.. Bolehlah buat survive..

Tapi aku tak sampai hati. Aku kesian tengok anak anak dia yang kecil tak ada susu. Aku pun pergilah beli susu dekat anak anak dia.. Susu pun bukan murah 🙁 aku pun entahlah pergi beli sampai 4 paket tapi aku happy tengok muka dia yang bahagia sangat dapat susu…

Aku ikhlas, tak apalah aku harap bila aku tolong orang, Allah tolong aku balik… tapi tak tahu la aku rasa gelisah dengan hutang hutang yang ada. Aku tiada kereta tiada moto.. Tiada harta..

Kalau aku ada gelang emas mesti aku dah gadaikan tapi kan aku bagitau, aku dari family susah. Kerja pun separuh duit gaji memang untuk family.

Untuk saving aku sendiri tu memang ada tapi dah habis sejak diberhentikan kerja..

Tapi syukur ada jugak orang tak kenal beli produk yang aku jual. Kawan kawan sikit pun tiada tolong belikan..

Aku ada ramai contact lebih 200 yang selalu tengok story whatsapp aku tapi sorang pun tiada nak support. Sedih sangat. Masa ni aku macam rasa terkilan giila giila. Aku ada ramai kawan tapi susah sangat ke nak support bisnes aku..

Bukan aku jual benda mahal pun, aku jual makanan murah murah saja. Lagi aku pedih bila tengok diorang beli benda sama macam aku jual dekat orang lain yang dia pun tak kenal.. Padahal aku ada je, selalu promote setiap hari

Tapi aku tetap hargai kawan kawan yang beri pinjam duit tu. Cuma sekarang kawan kawan tu nak balik duit dorang.. Tapi camne aku nak bayar….

Lepas tu minggu lepas PTPTN call aku cakap tunggakan aku ada banyak ribu dan aku akan kena blacklist kalau gagal bayar tunggakan dalam tempoh sebulan..

Aku rasa gelap masa depan.. Susah nak buat loan akan datang.. Aku pun teringin nak beli kereta nak beli rumah… tak tahu la kenapa.. Aku rasa macam heartless sekarang..

Aku selalu doa ya Allah murahkan rezeki aku.. Bantu aku keluar dari belenggu hutang ni semua..

Tapi… aku tak nampak lagi jalan keluar… akhirnya aku menangis saja sepanjang malam sampai bengkak mata.. Sampai nak demam.. Aku terbaring saja sepanjang hari..

Bila aku lapar tiada makanan, aku baring dan tidur saja supaya aku tak melayan sangat rasa lapar aku.. Roti expired pun aku hadap saja sebab janji hilang lapar.. Ada duit aku buat beli air saja.. Tak makan 2-3 hari boleh lagi hidup, tapi kalau tak minum air 2-3 hari aku boleh mti..

Hari itu perempuan yang pernah aku tolong datang lagi jumpa aku mintak bantuan lagi.. Dia ingat aku ni jutawan ke..

Aku cakap saja “sorry saya pun sesak tiada duit dah”… terus aku blah.. Padahal dalam hati.. Kalau aku ada RM50 pun aku sanggup saja belikan susu 1 paket untuk anak dia.. Tapi apakan daya, aku pun struggle

Pernah aku terfikir nak mengemis tepi jalan. Tapi orang pun tak ramai sebab masing masing duduk di rumah.. kan PKP..

Pastu aku pernah nak buat kerja giila. Aku betul betul rasa terdesak. Aku lapar giila, aku rasa mereng. Aku rasa aku nak jual diri dekat mana mana lelaki asalkan diorang bayar..

Bodohnya aku tapi itulah aku pernah cuba.. Bila terlalu sesak, aku rasa benda bdoh pun aku sanggup buat janji boleh makan.

Aku ada minta bantuan zakat isi online tapi sampai ke harini tiada maklum balas.. Aku fikir staff zakat pun tak bekerja musim PKP ni..

Makin lama aku rasa aku heartless. Aku pun rasa macam masa depan aku hancur.. PTPTN bakal blacklist. Nak buat loan akan datang dah susah..

Aku pernah janji nak beli kereta untuk parents aku.. Tapi kalau da kena blacklist macam mane.. Dengan kerjanya tiada… aku bukan muda lagi.. Dah 30 an dah.. Patut usia ni dah stable.. Dah ada anak

Isu jodoh? Lagilah malas aku nak fikir.. Dah banyak cara aku usaha, daftar di portal itu ini.. Tapi lelaki sekarang memilih.. Lagi lagi sekarang aku tak bekerja lagilah lelaki tak nak..

Di portal cari jodoh 99% lelaki nak isteri bekerjaya.. Aku pernah ditegur beberapa lelaki, soalan pertama dia tanya berapa gaji aku sebulan.. Aku pun give up la sebab nak sara diri sendiri pun sesak

Entahlah.. Aku sebenarnya… pernah terfikir nak terjun tempat tinggi.. Pernah terfikir masa duduk dalam rumah nak minum saja clorox.. Supaya aku boleh lari dari masalah semua ni.. Kepala aku kusut.. Berdenyut kepala memikirkan masalah duit

Sehingga saat ini, aku masih lagi kusut.. Bil telefon pun dah berbulan tak bayar.. Aku tunggu masa saja untuk aku hilang dari radar.. Bila bil internet tiada, aku pun tak boleh nak promote barang lagi…

Tak apalah.. Tiada siapa pun cari aku.. Tiada siapa pun pedulikan aku.. Kawan kawan aku pun hanya memerhati.. Tiada siapa peduli sudah makan ke aku… sihat kah aku..

Mungkin sudah tiba masanya aku pergi. Maafkan aku.. Terima kasih sudi membaca luahanku…

Reaksi Warganet

Maya Mira –
Saya pula penjawat awam tapi hidup macam orang miskin, jimat cermat. Kadang kadang sedih nak bagi anak makan sedap sedap pun berkira. Risau takut hujung bulan habis duit, nak beli apa apa susah.

Suami keje tak menentu. Nak niaga je keje, tak mau keje dengan orang. Niaga ni pakai modal, tak laku stop sekejap tak buat apa apa.

Nak niaga balik kena cari modal lain. Stress jugak hidup dengan orang takde pendapatan tetap. Kita yang penat nak cukupkan keperluan hidup

Nurhanina –
Maaf, bukan mahu melemahkan semangat sesiapa. Mengapa ya.. apabila memulakan sesuatu perniagaan dan tidak mendapat sambutan terus patah hati seolah orang lain tidak membantu.

Ramai orang pernah alami kesusahan dalam hidup. Tetapi cara pengurusannya berbeza sehingga ada yang berjaya hadapi kesulitan.

Selagi tulang empat kerat masih ada utk usahakan mendapat rezeki, usahalah. Usaha dan doa perlu sentiasa ada dalam diri. Jika hanya menunggu rezeki datang menjenguk, mrmang lambat atau terlepas masa yang ada.

Afrina Zahrin –
Kampung TT ni dimana? Nasihat saya pergi balai polis dapatkan surat rentas negeri balik kampung stay dengan parents.

Tak perlu bebankan diri nak kena bayar rumah sewa dan sebagainya memandang belum dapat cari kerja time c0vid ni.

Buat bisnes online di kampung. Atleast ada makanan sayur sayur ulam ulam untuk dimakan. Di kampung ada masjid sekarang ni boleh minta makanan (foodbank). Call PKOB di kawasan tu bagitau saya perlu makanan sebab takde makanan dah.

Kalau kawasan tak boleh keluar pacak saja bendera putih. Sekurang kurangnyanya kalau balik kampungg kita susah senang dengan mak ayah di kampung sana.

Farah Ant –

1. Pacak bendera putih

2. Jangan jual benda yang bukan keperluan. Cuba jadi drop ship makanan. InshaAllah lebih laju.

3. Cuba intai page Tuan Syed Azmi, kat situ ada iklan iklan kerja kosong. Kau bantaikan je kerja apa pun lah sis, asalkan halal. (Jual diri belum tentu jantan tu bayar. Silap silap kena scam je. Dah dapat sedap dia lari.)

4. Sekarang ada food banks di banyak tempat. Cuba lah usha kot kot ada di tempat berdekatan buat isi perut dulu.

5. Berhentilah menyewa, balik kampung. Polis akan bagi kebenaran rentas negeri kalau betul dah takde tempat berteduh.

6. Wants a shoulder to cry on? PM me. Don’t do stupid things.

Fadzilah Musa –
1. Pasal barang jualan tak ada yang beli : setiap kali up iklan, baca bersama doa melakukan barang dagangan (ada kat google).

Up status/iklan pada waktu orang sedang lapar (sebelum lunch hour) atau waktu orang sedang berehat (malam pukul 9-10).

Pastu kalau kawan tak beli pun tak pe, ada ramai orang lain akan beli. Mindset kena betulkan.

2. Lelaki nak bini ada kerjaya : yes memang betul. Lelaki sekarang pun kemain tanak perempuan takde kerja. Memang soalan pertama gelepar2 tanya kerja apa.

Muka tak malu siap tolong kira berapa income bila kita buat bisnes. So lupakan sementara pasal cari pasangan

3. Rasa nak su1cide : ingat macam ni. Mti bnuh diri memang tempatnya di neraka. Lepas tu di neraka, akan ulang ulang perbuatan bnuh diri tu selamanya. Bayangkan sakitnya macam mana.

Cth su1cide minum rcun. Di neraka akan minum rcun dan mti. Bangkit semula minum lagi dan mti. Repeat. Selama lamanya.

Ini benda yang saya ingat bila saya melalui episod sama beberapa kali sebelum ni. Bila ingat benda ni yang halang saya buat benda tersebut.

Sumber – Kiki (Bukan nama sebenar) via IIUMC
semoga dipermudahkan segala urusan
 

yussv

Active+ Member
Messages
4,208
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,208
Reaction score
655
Points
81
Haha setuju .. yang betulnya kalau kwn byk jenis gini jgn promote dgn dorang langsung. Baik lg jual dgn org ko x kenal. Hidup pun tenang² ☺️
Payah btul dpt kwn jenis mcm ni..nk promote salah..xpromote pun xleh jgk..kot dia nk beli nanti
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register