Nak buat kenduri kahwin di gerai atas pokok tapi gerainya pula mahu dirobohkan

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
PULAU PINANG - Malang bagi seorang ibu yang mahu mengadakan majlis kenduri kahwin anaknya di kawasan gerai makan yang didirikan di atas pokok di Tanjung Bungah di sini, apabila gerai tersebut yang dinamakan Do Re Mi Kafe mahu dirobohkan pula oleh pihak berkuasa.

Normah Mohd Noor, 50, terpaksa merayu beberapa kali kepada Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Timur Laut serta polis supaya tidak meroboh gerai tersebut kerana segala persiapan untuk majlis perkahwinan anak perempuan bongsunya telah siap diatur.

Anak Normah, Nurul Suraya Aziz akan mengadakan majlis perkahwinan bersama pasangannya Yusman Zakree Osman Sabtu ini.

"Kad jemputan telah diedarkan kepada lebih kurang 700 orang termasuk saudara-mara saya dari Perak dan Kuala Lumpur.

"Saya amat berharap supaya pihak berkenaan dapat memberi satu tempoh, selepas majlis perkahwinan anak saya dijalankan kerana persiapan untuk majlis telah dibuat," katanya kepada pemberita ketika operasi perobohan gerai tersebut mahu dilakukan oleh anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) serta Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Timur Laut, hari ini.-Bernama
 
Sponsored Post

eishen

Active+ Member
Joined
Nov 26, 2007
Messages
3,545
Reaction score
82
Points
30
ciannye..da xle tolak ansur ke ni..
 

ijamidayu

Fun Poster
Joined
Apr 10, 2008
Messages
188
Reaction score
0
Points
10
Memacam hal.. Nak wat kelaianan.. Perbandaran lak kacau planing mak.. Haiyah...
 

Joe1911

Active Member
Joined
Mar 5, 2009
Messages
1,644
Reaction score
8
Points
25
jawapnya kena ulur duit la kat ketua pegawai operasi tu.
 

geniusneuro

Banned
Joined
Nov 1, 2008
Messages
19,775
Reaction score
7
Points
115
cian je dorg ni... terpaksa la pulak wat kenduri kawen bawah pokok pasni
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
Awat la nak pi buat kenduri kat atas pokok tu...nanti jatuh pelamin sapa susah...gomennnnnnnnnn jugak
 

none

Super Active Member
Joined
Nov 14, 2007
Messages
8,101
Reaction score
268
Points
91
biasalah, rosak bawang kerana jamabak
 

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
runtuh kalu, naya tamu
 
Sponsored Post
Top
Log in Register