Najib tunduk pilihan Khairy, calonkan Wan Farid?

CG Sponsors




ApoKalypse

Active+ Member
Joined
Dec 2, 2007
Messages
3,333
Reaction score
40
Points
30
Nyza Ayob
Sat | Dec 27, 08 | 12:51:26 am MYT

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Hrkh)- Pemilihan Dato' Wan Farid sebagai calon Barisan Nasional pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu 17 Januari ini dikatakan calon pilihan Khairy Jamaluddin sekaligus menunjukkan pengaruh Dato' Seri Najib Tun Razak sangat lemah dalam memilih calon sendiri dan dilihat hanya orang suruhan pihak lain yang nampak lebih berkuasa.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar menegaskan jika benar dakwaan tersebut, dalam konteks BN ingin mempertahankan kemenangan serta kelangsungan masa depan politik parti tersebut, seharusnya Najib diberikan ruang untuk menentukan calon pilihannya.

"Seharusnya Najib diberikan ruang untuk menentukan calon pilihannya kerana dikatakan berlaku peralihan kuasa selepas Mac nanti daripada Abdullah kepada Najib.

"Jika calon Kuala Terengganu ini Najib tidak dapat tentukan, sedangkan soal calon dan untuk mempertahankan kemenangan itu soal jangka masa panjang apabila Najib mengambil alih pemerintahan,"katanya ketika dihubungi.

Jelasnya lagi, calon pilihan Khairy itu juga menunjukkan seperti Naib Pemuda Umno itu lebih bertapak dalam menentukan orang-orang pilihan beliau yang perlu naik sebagai Ahli Parlimen.

Katanya lagi, pemilihan Wan Farid juga dianggap sebagai batu loncatan untuk Khairy merealisasikan hasratnya sebagai Ketua Pemuda Umno dalam pemilihan akan datang.-azm _

P/S: KJ lagi :-?#:-S
 
Sponsored Post

sconsult

CG Top Poster Club
Joined
Dec 10, 2007
Messages
22,646
Reaction score
656
Points
161
Najib biarkan je kot... sebab dah tahu...gerenti tewas !
 

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Menyampah aku ngan KJ...
 

ApoKalypse

Active+ Member
Joined
Dec 2, 2007
Messages
3,333
Reaction score
40
Points
30
bila tgk balik besar rupanya kuasa si KJ nih...
 

mtjeneym

Fun Poster
Joined
Jul 12, 2008
Messages
997
Reaction score
2
Points
15
Apsal Mahfuz kata`Jika benar dakwaan tersebut'...............

cam tak pasti/main belasah cakap je.........?
 

pesukec

Active Member
Joined
Jun 18, 2007
Messages
1,174
Reaction score
1
Points
25
tunguulah result 17 jan nnt...kita tgk sape yg kena.!!!
 

kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
semoga Allah beri kemenangan kepada Parti Islam PAS...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register