BTC USD 35,165.3 Gold USD 1,834.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Najib tolak tawaran pemberian tanah oleh kerajaan

stealthmovic

Active+ Member
Messages
3,214
Joined
Oct 16, 2011
Messages
3,214
Reaction score
97
Points
40
MGF14112021_NAJIB-RAZAK-PRN-MELAKA_13.jpg


Najib Razak

AYER KEROH – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini membuat keputusan menolak tawaran pemberian tanah oleh kerajaan yang sepatutnya diberikan kepada semua bekas perdana menteri.

Beliau berkata, keputusan yang dibuat itu bagi menjernihkan keadaan yang dicetuskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad meskipun secara prinsipnya pemberian itu adalah kelayakan bagi semua bekas perdana menteri.


Katanya, tindakan itu diambil selepas isu peruntukan berkenaan dijadikan modal politik oleh pembangkang dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Saya menyedari dan memahami ketika rakyat berdepan dengan saat-saat sukar seperti ini keutamaan negara adalah kepada rakyat,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Memandangkan isu ini telah mencetuskan suasana tidak selesa, beliau turut mencadangkan kepada perdana menteri untuk melihat semua peruntukan kelayakan ini.

“Sekira perlu, tarik semula peruntukan tersebut kepada semua bekas PM termasuk selepas saya,” ujar beliau.
Bagaimanapun, bagi bekas perdana menteri yang telah menerima tanah itu, tidak perlu kerajaan menarik balik peruntukan berkenaan.
Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan menambah, beliau telah memohon kediaman seperti dibenarkan akta kerajaan, maka beliau boleh menarik semula permohonan yang dibuat pada tahun 2018.

Mengulas lanjut, Najib mempertahankan permohonan itu berdasarkan Akta Saraan Bekas Perdana Menteri 1980 yang mana akta tersebut telah diubah suai dan diperbaiki pada tahun 2013.
Meskipun peruntukan itu belum diluluskan, namun beliau menolaknya selepas menyedari keadaan yang dihadapi rakyat selepas pandemik Covid-19.

Pada sidang media itu, Najib melahirkan rasa hairan dengan pembangkang yang cuba menjadikan perkara tersebut sebagai modal kempen meskipun beliau bukanlah calon yang bertanding pada PRN Melaka.

Najib yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) berkata, beliau tidak tahu nilai tanah berkenaan namun merasa hairan diberi apabila nilai yang diberikan adalah RM100 juta.
Sedangkan, tanah itu adalah tanah kerajaan sedia ada dan diberi kepada beliau sebagai pilihan di bawah akta kerajaan itu.

Malah, tegas Najib, beliau tidak tidak pernah meminta kerajaan untuk berbelanja bagi membeli tanah tersebut apatah lagi meminta supaya diberikan kepadanya.
“Saya dan isteri dijadikan bahan untuk Maharaja Lawak Mega, gambar edit isteri saya pula digunakan gambar squid game DAP dan banyak lagi. Sedangkan saya bukan pun calon di Melaka atau ada apa-apa jawatan tertinggi dalam UMNO.

“Muka saya pun tiada di poster penuhi di seluruh negeri Melaka…kenapa pula yang kena mengena membenci saya dalam PRN Melaka.
“Apa yang pihak-pihak lawan fikir, warga Melaka dapat untuk membenci saya, apa yang rakyat Malaysia dapat dengan membenci saya selepas PRU14?,” soalnya.

Semalam, suasana di Dewan Rakyat bertukar kecoh selepas kira-kira tiga minit sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 peringkat dasar Kementerian Kewangan dimulakan.

Keadaan itu tercetus apabila Ahli Parlimen Langkawi, Dr Mahathir Mohamad mencelah dan mempersoal peruntukan bernilai RM100 juta yang akan dihadiahkan dalam bentuk aset kepada Najib.

Dr Mahathir berkata, mengikut peraturan, perincian bajet perlu dikemukakan kepada Dewan Rakyat untuk dibahaskan, sebelum ia diluluskan atau sebaliknya. – MalaysiaGazette

 
Last edited:
Sponsored Post

Maestro

Active+ Member
Messages
3,973
Joined
Nov 11, 2009
Messages
3,973
Reaction score
937
Points
81
Syukur..kita ada ex pm yg berjiwa mulia... Sanggup lepaskan tanah percuma sebab memikirkan perit getir rakyat.... Sungguh luhur & mulia jiwa datuk seri
 

GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,950
Joined
Jul 1, 2008
Messages
35,950
Reaction score
2,737
Points
261
Awards
1
lepas PRN melaka .. pi mintak lagi... hahahahahahahah
 

lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
18,068
Top Poster #5
Joined
Aug 2, 2007
Messages
18,068
Reaction score
3,130
Points
261
Awards
1
salah ke klu mohon?
Xsalah sebab semua ex pm dpt....yg jd mslh sebab dia masih dia berhadapan ngn kes dia....patut dh settle semua kes dia pi la minta xdk org bising la
 

AdiWalter

Fun Poster
Messages
957
Joined
Jul 15, 2021
Messages
957
Reaction score
148
Points
23
Xsalah sebab semua ex pm dpt....yg jd mslh sebab dia masih dia berhadapan ngn kes dia....patut dh settle semua kes dia pi la minta xdk org bising la

kalau tak salah ? ape masalah? takde kaitan pun dengan kes dia..
 

lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
18,068
Top Poster #5
Joined
Aug 2, 2007
Messages
18,068
Reaction score
3,130
Points
261
Awards
1
kalau tak salah ? ape masalah? takde kaitan pun dengan kes dia..
Benda nie berkaitan ngn imej parti dia jgk....kes dia dh jatuh hukum bang....cuma pending dia masuk dlm sebab ada mahkamah rayuan lg......tngk dia pun tarik blk sebab dia tau xbgs untuk parti dia...sebab pihak lwn akan mainkan isu nie
 

miehensem

Legendary Member
gem
Messages
16,238
Joined
Dec 22, 2007
Messages
16,238
Reaction score
1,802
Points
201
najib ni mmg set pelawok.. dia pohon pastu dia sembang dia nak tolak offer .. hahaha
 

maxpda

Super Active Member
gem
Messages
8,872
Joined
Jan 15, 2007
Messages
8,872
Reaction score
554
Points
121
Tanah ni memang hak semua expm kan?
Jadi dia dah tolak pemberian tu.. Walaupun kena mohon.. still, 100juta tu.. persialannya bukan sebab dia mohon hak dia... Soalannya sebenar kenapa kerajaan luluskan permohonan tersebut.. Patut buat harga siling 1juta saja sudah cukup.

Nak tahu juga pm2 lain dapat tanah bernilai berapa ye.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register