BTC USD 47,453.9 Gold USD 1,782.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Najib tidak terkejut

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KUALA LUMPUR 15 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terkejut dengan kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan beliau sebagai pemimpin Islam yang berani kerana melakukan lawatan ke selatan Thailand baru-baru ini.

Beliau berkata, kenyataan Mursyidul Am Pas itu seolah-olah seperti pendulum.

"Kita pelik macam mana dalam tempoh beberapa minggu beliau (Nik Abdul Aziz) telah berubah fikiran dan mengganggap saya sebagai seorang pemimpin dan pejuang Islam yang berani," katanya sambil tersenyum.

Perdana Menteri menambah, sebagai umat Islam tidak boleh ada pandangan serong terhadap mana-mana pemimpin terutama pemimpin Islam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas wawancara mengenai hala tuju Felda tahun 2010 di Parlimen di sini hari ini.

Pada 9 Disember lalu, Najib mengakhiri lawatan ke Thailand di wilayah Narathiwat dengan membuktikan pendirian cukup berani dan komitmen luar biasa Malaysia dalam membantu mencari penyelesaian di wilayah selatan negara itu.

Buat permulaan, Najib menyatakan kesediaan menerima lima guru dari Institut Islam Attakiah, Narathiwat untuk menjalani latihan pembelajaran bahasa Inggeris di institut perguruan di Malaysia.

Lawatan Perdana Menteri ke wilayah bergolak tersebut mendapat reaksi Menteri Besar Kelantan itu dengan menyifatkan Najib sebagai seorang pejuang Islam serta pemimpin yang berani.

Menurut Nik Abdul Aziz, tindakan Perdana Menteri ke selatan Thailand dalam usaha membantu umat Islam di sana adalah satu tugas terpuji dan bersetuju dengan usaha yang dilakukan Presiden UMNO itu.

Pada Hari Raya Aidiladha lalu Nik Abdul Aziz meminta orang ramai berdoa bagi memperbetulkan pemikiran Najib supaya memberikan royalti minyak.

Ini bukan kali pertama beliau membuat seruan tersebut malah dalam kuliah mingguannya pada 18 September lalu, Pesuruhjaya Pas Kelantan itu turut mengetuai bacaan doa khas meminta Allah menurunkan bala kepada Perdana Menteri jika Kerajaan Pusat enggan membayar royalti.

Dalam pada itu ketika ditanya adakah Perdana Menteri tidak mempunyai sebarang doa kepada Mursyidul Am Pas, beliau tersenyum sambil menyatakan sebagai umat Islam hanya sentiasa mendoakan yang terbaik sahaja.
 
Sponsored Post

irsaffy

CG Top Poster Club
Messages
42,957
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
mana yg baik pakat sokong..mana yg xelok pakat bangkang...
 

fareastz

Active Member
Messages
1,672
Joined
Oct 8, 2009
Messages
1,672
Reaction score
39
Points
30
ya betul, betul tetap betul, salah tetap salah, pemimpin yang adil pemimpin yang disanjung, pemimpin yang zalim pemimpin yang di sanggah!!!
 

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Messages
182,199
Paid Membership
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,199
Reaction score
94
Points
1,020
caya la tok guru ... walau mcm mana pun tetap merendahkan diri ...

terhadap musuh nyer :p
 

sfauzie

Active+ Member
Messages
3,792
Joined
Dec 8, 2007
Messages
3,792
Reaction score
10
Points
25
Patut tok jib ni kate le terima kasih sebab musuh politiknya memuji tindakannya...tapi apa yang dibuat sebaliknya...sejahat manapun seorang islam itu, tetapi jika satu kebaikkan untuk islam dibuat nya...wajib kita menyokongnya...
 

am2020

Active+ Member
Messages
2,731
Joined
Nov 1, 2009
Messages
2,731
Reaction score
8
Points
25
gi bw escot bolehlah..cuba gi dgn rosmah..mau kena tembak..tu x masuk lg tentera thai berkawal lg...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register