BTC USD 36,158.1 Gold USD 1,839.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Najib tidak kata atau buat apa-apa untuk pisahkan diri daripada Jho Low - Saksi

stealthmovic

Active+ Member
Messages
3,214
Joined
Oct 16, 2011
Messages
3,214
Reaction score
97
Points
40
1636982840311.png



Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini diberitahu bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berkata atau melakukan apa-apa untuk memisahkan dirinya daripada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Memberi keterangan semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Kanan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Mohd Hazem Abdul Rahman berkata Najib tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan untuk tidak mematuhi arahan yang diberikan oleh Jho Low dalam semua perkara berkaitan 1MDB.

Sri Ram: Ketika anda bermesyuarat di rumah tertuduh dan Jho Low hadir, apa yang anda perhatikan mengenai hubungan antara Jho Low dan tertuduh?

Mohd Hazem: Mereka teramat rapat.

Sri Ram kemudian menyoal saksi pendakwaan ke-10 berusia 49 tahun itu mengapa beliau mematuhi arahan Jho Low dan Mohd Hazem menjawab semua arahan Jho Low "datang daripada Najib sendiri."


Mohd Hazem juga berkata, peranan Jho Low dalam 1MDB disembunyikan semasa pertemuan dengan firma perakaunan KPMG Malaysia untuk membincangkan audit syarikat itu kerana Jho Low sendiri telah mengarahkan agar namanya tidak didedahkan.

Ditanya lanjut mengenai penyingkiran KPMG Malaysia sebagai juruaudit pembangunan strategik syarikat itu, Mohd Hazem berkata, firma berkenaan enggan menandatangani laporan audit bagi tahun kewangan 2013 1MDB.

Saksi itu juga berkata, beliau menerima tekanan termasuk daripada Najib sendiri untuk memastikan bahawa laporan audit tersebut ditandatangani.

"Saya dipanggil secara langsung oleh beliau (Najib) yang meminta saya mencari jalan untuk menyelesaikan perkara itu (menandatangani laporan audit) dan satu-satunya cara untuk menyelesaikannya ialah menggantikan KPMG dengan juruaudit baharu.

"Ketika itu, saya berada dalam kedudukan yang tidak membolehkan saya untuk tidak mematuhi Datuk Seri Najib kerana beliau adalah Perdana Menteri," katanya.

KPMG dilantik sebagai juruaudit 1MDB bagi tahun kewangan 2010, 2011 dan 2012 namun dipecat pada 2013 selepas enggan menandatangani akaun bagi tahun kewangan 2013 1MDB.

Mohd Hazem juga berkata, beliau tidak menerima satu sen pun daripada wang yang didakwa diseleweng daripada dana 1MDB atau diberikan sebarang pampasan kewangan oleh Jho Low atas dakwaan bersubahat untuk menggelapkan wang daripada syarikat itu.

Najib, 68, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

 
Sponsored Post

shah_ae

Legendary Member
gem
Messages
16,520
Joined
Oct 27, 2008
Messages
16,520
Reaction score
995
Points
171
bosskur kene pukau kot...
sampai tak nampak salah laku jho low...
 

lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
18,155
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
18,155
Reaction score
3,151
Points
261
Awards
1
La ada ka jho low org umno bkn percaya pun hahaha
 

siamanggagapp

Active+ Member
Messages
4,106
Joined
Jul 20, 2013
Messages
4,106
Reaction score
566
Points
71
jo low jgk akai pnjg apa segala rekod tkda nama dia smua tala kt pak jib betoi2 dia buat mcm filem anak tiri pak jib
 

logammaut

Legendary Member
gem
Messages
11,539
Joined
Dec 12, 2009
Messages
11,539
Reaction score
1,396
Points
201
Tgklah siapa tuan siapa hamba. Pemimpin melayu no 1 pun dikawal oleh cina. Apalah sgt org politik & prnjawat awam yg kecik2 ni.
 

Penbiru

CG Top Poster Club
gem
Messages
24,615
Joined
Jan 12, 2008
Messages
24,615
Reaction score
4,099
Points
261
Awards
1
Kes ni kalau kata fitnah lagi tak tau lah nak cakap apa...
 

siamanggagapp

Active+ Member
Messages
4,106
Joined
Jul 20, 2013
Messages
4,106
Reaction score
566
Points
71
Haha

Mmg terang2 dh kes cmni cuma la ni tgk lawyer putaq cmna. Last2 cnfirm hukuman yg kena tk setimpal dgn apa yg dh jd. Buang masa buang duit ja.
 
Last edited:

GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,995
Joined
Jul 1, 2008
Messages
35,995
Reaction score
2,739
Points
261
Awards
1
Lawyer akan twist salahkan org lain.. najib pon sama.. dia org salah pon takkan mengaku salah..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register