Najib tidak calonkan pilihan Mahathir di Pasir Mas

CG Sponsors




shop onlines

Fun Poster
Joined
Apr 11, 2013
Messages
279
Reaction score
0
Points
10
Ibrahim Ali tiada dalam senarai calon BN Pasir Mas, menurut sumber

April 16, 2013

KUALA LUMPUR, 16 April — Barisan Nasional (BN) akan menamakan pemimpin Umno tempatan sebagai calon parlimen Pasir Mas daripada mengundang kontroversi dengan meletakkan Datuk Ibrahim Ali di bawah bendera mereka pada Pilihan Raya 2013, kata satu sumber.

The Malaysian Insider difahamkan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mahu mengelakkan daripada dikaitkan dengan presiden kumpulan Melayu berhaluan kanan itu.

“Ibrahim Ali tiada dalam senarai,” kata sumber yang mengesahkan senarai calon Kelantan telah diserahkan kepada Mustapa yang akan mengumumkannya hari ini.

“Najib dan To Pa komited untuk membawa muka baru yang lebih berpandangan holistik dan maju dalam hubungan kaum,” kata satu lagi sumber dan menambah ini menyebabkan Ibrahim tidak dipilih sebagai calon BN.

Perdana menteri paling lama berkhidmat Tun Dr Mahathir Mohamad telah melobi agar Ibrahim dimasukkan dalam senarai calon BN dengan mengatakan presiden Perkasa itu adalah penyelamat negara.

Dr Mahathir juga merupakan penaung kepada Perkasa yang memperjuangkan hak Melayu yang sudahpun dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Ibrahim bertanding di atas tiket PAS dalam Pilihan Raya 2008 dan menang kerusi Pasir Mas. Beliau kemudiannya mengumumkan dirinya sebagai calon bebas dan dilihat rapat dengan Umno dan BN.

Beliau menubuhkan Perkasa untuk memperjuangkan hak Melayu selepas pilihan raya bersejarah yang menyaksikan BN kehilangan majoriti tradisi dua pertiga di parlimen dan beberapa buah negeri. Perkasa mempunyai lebih kurang 200,000 orang ahli yang majoritinya merupakan ahli Umno.

http://www.themalaysianinsider.com/...am-senarai-calon-bn-pasir-mas-menurut-sumber/
 
Sponsored Post

sawang

Active+ Member
Joined
Nov 27, 2007
Messages
4,764
Reaction score
27
Points
30
bagus la klu Pak Najib fikir begitu...jangan la dilayan katak yg suka melompat...

apa2 pun saya pilih PR...
:D
 

saxsor

Super Active Member
Joined
May 25, 2009
Messages
8,464
Reaction score
34
Points
70
padan muka pak brahim...
 

kozu

Legendary Member
Joined
Apr 12, 2007
Messages
11,037
Reaction score
228
Points
133
pastu Ibrahim tanding kt mn?
 

shop onlines

Fun Poster
Joined
Apr 11, 2013
Messages
279
Reaction score
0
Points
10
apa sudah jd dgn madey skrg..dah xde sape lg yg nak dgr ckp dia...padan muka..jahat sgt.
 

epozer

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Aug 2, 2010
Messages
14,791
Reaction score
532
Points
171
dia letak pak braim kat putrajaya...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register