BTC USD 62,006.8 Gold USD 4,258.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Najib, Rosmah hadir program selawat perdana

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Najib Tun Razak bersama Habib Syech Al Seggaf pada Majlis Selawat Perdana 'Malam Cinta Allah dan Rasul' yang bertemakan Kesatuan, Perpaduan dan Persaudaraan di Dataran Masjid Putra, Presint 1 di Putrajaya malam tadi. - Foto Bernama
< 1 / 1 >
PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri, Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor malam ini menyertai kira-kira 50,000 orang menghadiri program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul 1435 di Dataran Masjid Putra, Presint 1 di sini, malam tadi.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Najib yang berjubah putih dan berkopiah serta Rosmah yang tiba kira-kira 8.30 malam, meluangkan masa hampir dua jam mengikuti program itu anjuran Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia.

Program itu bermula dengan solat Isyak berjemaah di Masjid Putra dengan dimamkan Abdul Manaf Mat, disusuli dengan solat Hajat bagi memohon supaya dipermudah operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas.

Selepas itu, majlis selawat dan qasidah dimulakan pada 9 malam diikuti pengisian lain ialah seperti zikir terapi, bacaan Al-Quran serta tazkirah.

Selawat dan qasidah dipimpin oleh ulama terkenal Habib Syech Abdul Qodir Asseqaf dan Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid.

Pengarah Publisiti dan Promosi program itu Izelan Basar berkata pihaknya menyasarkan kira-kira 500,000 orang menghadiri program itu, yang buat pertama kalinya diadakan secara besar-besaran.

Program itu disiarkan secara langsung di TV1 Radio Televisyen Malaysia, TV Al-Hijrah dan Astro Oasis serta Radio Ikim. - Bernama
 
Harap dpt byk dan kerapkan lg program camni...
 
Harap dpt byk dan kerapkan lg program camni...

setuju sangat...lebih baik dari program hiburan yang tak de faedahnya.
 
Kepada kebaikan itu kita melihat
 
macam tak ikhlas je najib kena pakai kopiah :)):))
 
program yg baik kita sokg.,program yg buruk sama2 kita tentang..moga malaysia mnganjurkn lbh byk program keagamaan..lbh bgs dr anjur konsert2 tah apa2
 
Last edited:
Alhamdulillah. Semoga banyak lagi program camni..
 
Salaam.

Alhamdulillah
innocent0001.gif


Alam ghaib kita tak nampak; hati manusia.

Tapi kalau nak tengok kesannya pada individu tersebut, lihat cara hidup dan amalan selepas tu.

Ada perubahan tak?



Nak tengok perangai sebenar manusia tu, lihat SELEPAS dia solat.





PS: Tepi kopiah tu ada nie tak?
1Malaysia-logo.png



titter.gif
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register