BTC USD 62,134.5 Gold USD 1,770.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Najib punca Joshua Trevino dipecat

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,851
Points
191
Rasuah media, Najib pemimpin tiada etika – Tian Chua

KUALA LUMPUR 4 September: Umno BN bukan sahaja terkenal dengan isu rasuah di Malaysia, malah meneruskan budaya itu di luar negara apabila kerajaan mengupah penulis Israel untuk memulih imej Perdana Menteri, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

“Perkara ini sangat memalukan. (Datuk Seri) Najib (Razak) tak ada etika. Jangan pura-pura tak tahu,” katanya merujuk isu bayaran RM82.6 juta kepada FBC Media oleh kerajaan Malaysia bagi melakukan kempen perhubungan awam dengan lapan liputan berita positif.

Keadilan Daily sebelum ini melaporkan, Joshua Trevino, perunding media yang rapat dengan FBC Media, dipecat dari jawatan kolumnis akhbar Britain, The Guardians.

“Najib punca Joshua Trevino dipecat. Kesalahan itu bukan sahaja bertentangan dengan etika kewartawanan, malah menyalahi undang-undang.

“Dalam hal ini, Najib yang mendorong orang lain melakukan kesalahan. Sampai hari ini, beliau masih membisu,” kata Tian ketika dihubungi.

Kontrak Malaysia dengan FBC Media bermula 2007 tamat tahun lalu, selepas terdedah berikutan kekerapan pemimpin kerajaan Malaysia di program berkenaan.

Selepas pembongkaran, Najib memberi alasan FBC Media membantu meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan pelaburan semasa.

Tian turut membidas tindakan kerajaan mengguna perunding asing kerana mengenepikan peranan kakitangan awam di pelbagai kementerian, seolah-olah tidak berfungsi.

“Wang yang digunakan untuk membayar perunding asing itu adalah dari rakyat Malaysia. Kita berhak persoalkan,” tegasnya.

Pada Oktober tahun lalu, Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang juga Naib Presiden KEADILAN mendedahkan di Parlimen bahawa FBC Media menerima 19.6 juta Euro (RM94 juta) daripada kerajaan Malaysia kononnya untuk mengukuhkan imej Malaysia sebagai negara Islam yang berjaya.

sumber
 
Sponsored Post

budakpandai

Active Member
Joined
Mar 9, 2009
Messages
1,918
Reaction score
0
Points
20
haha..baik hang pasang cawangan surat khabar utusan dekat luar negara..lagi senang nak naikan imej...lagi jimat..hehe
 

Mad_Hatter

Super Active Member
Joined
Apr 12, 2011
Messages
9,822
Reaction score
1,510
Points
151
Pada Oktober tahun lalu, Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang juga Naib Presiden KEADILAN mendedahkan di Parlimen bahawa FBC Media menerima 19.6 juta Euro (RM94 juta) daripada kerajaan Malaysia kononnya untuk mengukuhkan imej Malaysia sebagai negara Islam yang berjaya.

sumber

Yang ada pusat judi dan kilang arak. Kira berjaya la tu kan.
 

ikanjos79

Active+ Member
Joined
Apr 14, 2011
Messages
2,970
Reaction score
50
Points
30
Najib memang x ada etika.

Kalo terus dibiarkan, silap2 Malaysia pun bengkrap dibuatnya?
 

P_M_L

Active+ Member
Joined
Apr 8, 2009
Messages
2,555
Reaction score
90
Points
40
nampak benor muhongnya...nik aziz ngan hadi awang elok jer baca...yang tahap bawah jer tak dikasi baca...:eek:

tu sebab bace senang tok guru nak saman juta2 kalo buat fitnah:)):))
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register