BTC USD 33,839.8 Gold USD 1,782.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Najib pilihan PM ke-9

Undi DS Najib PM Malaysia ke-9?

  • Yessss

    Votes: 17 26.2%
  • Ohh tidak...tidakkk

    Votes: 48 73.8%

  • Total voters
    65

zari83

Active+ Member
Joined
Nov 24, 2011
Messages
3,322
Reaction score
789
Points
81
lepas BN jatuh pru14, takda pun najib sebut nk jd pm semula, bila PH jatuh pun takda dia sebut nk jd pm semula, bila PN nak jatuh skrg ni pun takda dia sebut nak jd pm semula, dari dia jatuh sampai skrg agak2 siapa yg tak leh move on dgn igauan najib sebagai pm semula..hahahaha
 
Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
15,925
Reaction score
2,460
Points
201
Najib perlu jadi Presiden UMNO 2.0
PUTRAJAYA: Dapatan kajian berhubung pilihan rakyat untuk mengangkat semula Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) membuktikan rakyat mengiktiraf kejayaan kepimpinannya selaku Perdana Menteri Ke-6.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ia sekali gus memberi signal bahawa rakyat khususnya ahli UMNO percaya bahawa Najib adalah mangsa fitnah dan ‘political persecution’.

Menurut beliau, kecekalan Najib mengharungi proses keadilan mahkamah yang mencabar melonjak keyakinan ahli UMNO dan rakyat bahawa Najib adalah pemimpin tulen yang diperlukan kembali untuk memimpin UMNO dan negara.

“Beberapa kajian yang dibuat oleh pelbagai pihak menunjukkan Najib adalah calon Perdana Menteri paling popular, jauh meninggalkan tokoh lain. Rakyat amat merindui keberkesanan pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Dengan kata lain ia adalah signal bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) gagal membela nasib rakyat, gagal mengurus ekonomi negara, gagal membawa kestabilan politik dan tidak berkesan dalam menangani pandemik Covid-19.

“Justeru tidak hairan sudah timbul pandangan akar umbi agar Najib kembali memimpin UMNO,” katanya di sini semalam.

Dalam satu kaji selidik Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM MAPAN), Kajian Institut Indonesia, Thailand dan Singapura, UUM (UUM-ITS) mendedahkan Najib disifatkan masih mempunyai pengaruh tersendiri dalam kalangan rakyat negara ini dengan responden berpandangan berdasarkan prestasinya dan merindui pemerintahan bekas Perdana Menteri itu yang banyak membantu rakyat selain memperjuangkan isu-isu rakyat ketika ini.

Menerusi kaji selidik itu, Najib memperoleh sokongan 51.5 peratus jauh meninggalkan pemimpin lain seperti Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan (14.8 peratus); Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (10.2 peratus) dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekitar 9.6 peratus.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Selangor, Aemierulrizaki Rambli berpandangan, tidak ada calon lain dalam kalangan pemimpin UMNO yang layak menjadi Presiden apatah lagi untuk memimpin negara melainkan Najib.

Katanya, walaupun beliau terpalit pelbagai isu dan fitnah, namun setiap isu tersebut belum lagi dibuktikan Najib bersalah.

Bagaimanapun, katanya, sumbangan Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden ketika ini tidak diketepikan, namun jika dilihat sepanjang tempoh kepemimpinan beliau sejak awal penggal tidak nampak sebarang usaha dan beliau langsung tidak mampu mengawal ahli-ahli MT atau pemimpin-pemimpin UMNO membuat ‘kacau’ dalam parti.

“Maka sebab itu UMNO parti berpecah-belah apabila setiap orang boleh bercakap sesuka hati dan secara terbuka di media tanpa melalui Presiden. Di situ kita sudah tahu Presiden tidak ada kekuatan langsung untuk mengawal pemimpin di bawahnya.

“Saya lebih suka melihat kepada kredibiti dan kepimpinan, kebolehan dan akal yang cerdik untuk memimpin. Jadi pada pandangan saya lebih memilih Najib untuk kembali kepada UMNO dan susun balik semua ini, jadikan UMNO dan BN kembali kuat untuk kita memerintah negara semula,” katanya.- UTUSAN ONLINE
 

nokia3210

Active+ Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,737
Reaction score
472
Points
46
ramai lupa yg najib bukan boleh bertanding pilihanraya nanti, jika dibuat sblm tarikh rayuan dia..celah mana dia boleh jadi PM?
unless rayuan dia nanti, dia didapati tak bersalah, then boleh proceed..tu pun kes lain bersusun lagi..
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
81,212
Reaction score
13,021
Points
1,906
Tersingkir, tetapi rekod dasar pemurah pastikan Najib di depan

March 8, 2021 9:00 AM

Najib-Razak-Hadi-Awang-Anwar-Ibrahim.jpg

Dalam satu bancian atas talian terbaru, Najib mendahului Abdul Hadi Awang dan Anwar Ibrahim.

PETALING JAYA: Pemerhati politik berkata, populariti Najib Razak dalam satu bancian terbaru berhubung calon perdana menteri adalah hasil dasar awam yang berkesan serta kemampuannya untuk bekerja dengan banyak orang daripada pelbagai latar belakang.

Penganalisis politik Barjoyai Bardai dan Kenneth Cheng percaya Najib kekal berpengaruh kerana beliau merupakan perdana menteri pemurah dengan dasar yang mengutamakan rakyat, berbanding kapitalis pasaran bebas.

Seorang penganalisis lain Kartini Aboo Talib dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, kempen “Bossku” Najib merupakan salah satu slogan paling berkesan di media sosial yang memaparkannya sebagai mangsa pergelutan kuasa terutamanya di tangan Dr Mahathir Mohamad.

Najib memperoleh hampir separuh undian dalam bancian terbaru oleh UtusanTV yang menyaksikan 53,105 orang menyertainya.


Hampir separuh memilih Najib sebagai calon pilihan perdana menteri berikutnya.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendapat tempat kedua dengan 11,050 undi, diikuti Presiden PKR Anwar Ibrahim yang mendapat 6,938 undi.

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad memperoleh 424 undi, sementara menteri Kabinet Mohamed Azmin Ali 176 undi.

Utusan-Polls.jpg

Bancian UtusanTV menunjukkan pilihan perdana menteri responden.

Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Razak berkata, Najib memulakan banyak program kebajikan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M (kini dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup) yang tidak pernah dilaksanakan sebelum ini.

Najib juga mengubah sistem ekonomi Malaysia daripada sebuah sistem kapitalis pasaran bebas yang mementingkan penswastaan kepada model yang lebih berteraskan masyarakat.

Barjoyai berkata, beliau tidak terkejut jika ramai orang muda menyokong Najib susulan program awamnya.

Bagaimanapun katanya, amalan rasuah bukanlah sesuatu yang boleh diterima dan Najib kini berdepan perbicaraan di mahkamah kerana dakwaan rasuah melibatkan 1MDB.

Beliau berkata, kerajaan Najib berkesan dari segi proses penyampaiannya dan “mempunyai falsafah”. Beliau menggunakan strategi lautan biru dan mempunyai agenda pembangunan jangka panjang.”

Hadi menduduki tempat kedua susulan sesetengah responden merasai kerajaan “pimpinan Islam” (Kedah, Kelantan dan Terengganu dipimpin oleh PAS) dan “mereka percaya jika ini diperkuatkan, Malaysia boleh muncul sebagai sebuah negara pimpinan Islam yang berkesan.”

Namun penganalisis politik Kenneth Cheng berkata, ia juga mungkin berpunca daripada perasaan nostalgia terhadap sebuah kerajaan yang stabil seperti yang diketuai oleh Najib sebelum ini.

Tanpa mengambil kira skandal 1MDB, Najib merupakan perdana menteri yang kompeten dengan beberapa projek awam yang memberi manfaat kepada rakyat seperti projek kereta api transit dan Klinik 1Malaysia.
Cheng, seorang anggota Agora Society berkata, pengundi Cina dan India melihat Najib sebagai perdana menteri yang liberal.

“Jika anda teliti betul-betul, hanya kes 1MDB merosakkan (reputasi Najib).”

Barisan Nasional (BN) bagaimanapun telah kehilangan sokongan pengundi Cina pada saat Najib mengambil alih kepimpinan kerajaan pada 2009.

Cheng berkata, “Najib cuba menarik semula pengundi Cina, tetapi pada masa itu ia sudah terlambat.”

Beliau berkata, susulan itu Najib memberi tumpuan kepada agenda Bumiputera, “yang sememangnya merupakan asas sokongan kepada beliau.”
Cheng percaya, sukar bagi Najib untuk menjadi perdana menteri sekali lagi.

“Beliau perlu menjadi presiden parti dan berdepan dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Beliau tidak akan melakukannya.

“Peluang beliau tampak tipis,” katanya.

Kartini berkata, beliau tidak pasti sama ada Najib akan terus menjadi pilihan rakyat.

“Terdapat fraksi dalam Umno dan respons yang diterima daripada ahli yang berlainan mungkin akan memberi hasil yang berbeza,” katanya kepada FMT.

Bagaimana dasar awam Najib seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan dasar diplomatik proaktif dengan China merupakan langkah tepat bagi merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

“Mungkin itu yang menyebabkan beliau terus mendapat sokongan,” katanya.


 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
15,925
Reaction score
2,460
Points
201
Pakar pemerhati politik mana la diorg pegi kutip ni hehhe
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
13,572
Reaction score
3,333
Points
201
IMG_20210411_175919.jpg


Najib elok rest kat rumah dgn bang non..
Umur dh baya2 atok dh tu..
Lepak2 tengok news, buat talk show lebih baik..

Enjoy dgn anak cucu..
Itu lebih bermakna..
 

apoeki

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
6,857
Reaction score
623
Points
121
Mahathir yg org gelar Mahafiraun, diktator, bapak perompak negara pn blh jd PM 3 kali. X kn najib x blh kot🤪
 

mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
11,165
Reaction score
727
Points
171
jgn main2, bsngnonn ikon world of kunyit
 

mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
11,165
Reaction score
727
Points
171
kita perlukan DSN utk pulihkan ekonomi dan kembalikan semula aset2 yg telah dijual dan dibeli oleh kroni2 supporter pru 14 lepas dgn harga yg cukup murah..3rd hand
 

logammaut

Legendary Member
Joined
Dec 12, 2009
Messages
10,257
Reaction score
730
Points
171
IMG_20210411_175919.jpg


Najib elok rest kat rumah dgn bang non..
Umur dh baya2 atok dh tu..
Lepak2 tengok news, buat talk show lebih baik..

Enjoy dgn anak cucu..
Itu lebih bermakna..

Duk saja kat umah pun tak tenang pikirkan bila nak kena masuk jel 😂
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register