BTC USD 38,729.8 Gold USD 1,810.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Najib, Pak Lah Naikkan Gaji Kakitangan Awam Punca Kenaikan Kos Sara Hidup, Kata MADEY

tyco

Active+ Member
Joined
Sep 16, 2010
Messages
4,022
Reaction score
1,632
Points
101
Najib, Pak Lah Naikkan Gaji Kakitangan Awam Punca Kenaikan Kos Sara Hidup, Kata Dr Mahathir
December 1, 2018 Abdul Mursyid 0 Comments
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak kenaikan gaji dengan berkata bahawa itu antara faktor kenaikan kos sara hidup.

“Anda naikkan gaji, sektor swasta akan ikut sekali, dan kos semua benda akan naik. Bukan begitu caranya mengurus organisasi,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan portal berita Free Malaysia Today (FMT).

Atas alasan itu, Dr Mahathir yang meletak jawatan pada 2003 selepas 22 tahun memerintah, tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak menaikkan gaji kakitangan awam kerana langkah itu meningkatkan kos perbelanjaan kerajaan.

Dr Mahathir berkata, Abdullah yang mengambil alih pentadbiran kerajaan pada 2003, dan Najib memburukkan lagi beban itu, dengan menaikkan gaji penjawat awam dalam usaha untuk membeli kesetiaan mereka.

“Apa yang mereka buat adalah beli kesetiaan penjawat awam dengan menaikkan gaji mereka, kadang-kadang sebanyak 25 peratus.

“Dari mana datangnya wang untuk itu? Anda dapat wang itu dengan mengecilkan belanja pembangunan.

“Anda berkata perkhidmatan awam tidak menjadi lebih cekap walaupun saiznya bertambah 60 peratus.

“Jadi produktiviti tetap sama, bukannya lebih baik,” katanya seperti yang dipetik dari FMT

Beberapa hari sebelum pilihan raya umum 9 Mei tahun ini, Barisan Nasional menjanjikan perkhidmatan awam kenaikan gaji pada Julai yang akan menelan belanja sebanyak RM1.46 bilion.

Dr. Mahathir berkata, beban itu kini diwariskan kepada kerajaan Pakatan Harapan.

Katanya, penambahan kakitangan awam juga turut memberikan bebanan kewangan kepada kerajaan.

“Mereka menambah bilangan pekerja, daripada satu juta ketika saya berundur kepada 1.6 juta orang.

“Tambahan sebanyak 600,000 gaji untuk dibayar, dan mereka naikkan gaji kadang-kadang dua kali setahun. Mula-mula 10 peratus dan kemudian 10 peratus lagi,” katanya.

Kata Dr. Mahathir, saiz perkhidmatan awam yang terlalu besar menjadi kebimbangan sejak sekian lama kerana perbelanjaan mengurus memakan sebahagian besar daripada belanjawan negara setiap tahun.

Pada 2003, ketika Dr Mahathir menamatkan penggalnya sebagai perdana menteri ke-4, kerajaan membelanjakan RM22 bilion untuk gaji penjawat awam.

Pada 2016, angka itu naik berganda kepada RM76 bilion.

Sementara itu, pencen penjawat awam pada 2016 adalah RM19 bilion, berbanding RM5.9 pada 2003. – UTUSAN
 
Sponsored Post

guri2demon

Active Member
Joined
Mar 17, 2010
Messages
1,975
Reaction score
492
Points
51
Tryla 5 tahun ni xpayah naik gaji.
Kita tgk harga barang naik x?
Lepas 5 tahun kita tgk pulak apa/siapa yg turun.
 

Hayy

Super Active Member
Joined
Oct 21, 2010
Messages
6,273
Reaction score
148
Points
83
Xhabis2 lagi salah kn org lain...mcm la die perfect sgt2. Dh tua2 tu bawa2 beringat la..
 

kainlangsir

Legendary Member
Joined
Jul 24, 2006
Messages
12,458
Reaction score
267
Points
141
kalau tak naikkan gaji, barang tak naik ker???
 

epozer

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Aug 2, 2010
Messages
14,791
Reaction score
533
Points
171
dah ko pilih hadap la...
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,849
Reaction score
1,686
Points
596
Apapun kalau tak naik kene tabah ler nak menghadapi keadaan ekonomi terpaksa kerja keras dalam hidup
 

epozer

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Aug 2, 2010
Messages
14,791
Reaction score
533
Points
171
tahun 2000 rakyat malaysia 23juta pa dalam 900k
tahun 2016 rakyat 31.3 juta
pa dalam 1.4 juta

so significan la kenaikan dgn jumlah penduduk.... jumlah menteri ph lagi ramai dari menteri bn xnak bising la wlp time depa penbangkang dulu dok kutuk menteri ramai
 

adie80

Active Member
Joined
May 10, 2012
Messages
1,416
Reaction score
103
Points
43
Baru tau rupanya harga barang naik sbb gaji kakitangan awam naik..ingatkan sbb kenaikan harga minyak dan nilai ringgit yg melemah..agak2 kalo gaji kakitangan awam diturunkan, harga barang boleh turun x?
 

Don Malaya

CG Top Poster Club
Joined
May 3, 2011
Messages
27,601
Reaction score
954
Points
171
bukti atok dah nyanyok..

sapelah undi org tua nie...sadis btull..
 

tokputih

CG Top Poster Club
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,248
Reaction score
854
Points
176
sabar jelah ... org kerajaan menurut perintH
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register