BTC USD 105,574 Gold USD 3,433.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Najib harap MCA terus jadi rakan kongsi paling rapat

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,896
Points
591
PEKAN 19 Okt. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap barisan kepimpinan baru MCA dapat terus menjadi rakan kongsi paling rapat dengan UMNO dalam memperkukuhkan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, para pemimpin baru MCA perlu memperkukuhkan semula kekuatan parti itu selepas melalui proses pemilihan supaya BN terus mantap.

''Kita harap mereka akan rapatkan barisan dan terus menjadi rakan kongsi dan rakan kanan dalam UMNO sekali gus memperkukuhkan BN," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri di Dataran Pekan di sini hari ini.

Turut berkenan berangkat ke rumah terbuka itu ialah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Hadir sama ialah isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob; Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis dan para pemimpin politik serta masyarakat.

Kira-kira 30,000 penduduk Pahang hadir pada majlis rumah terbuka yang turut diserikan dengan persembahan beberapa artis terkenal tanah air.

Pada pemilihan MCA semalam, Datuk Ong Tee Keat dipilih sebagai Presiden parti itu yang baru. Beliau menewaskan Datuk Chua Jui Meng dengan majoriti 512 undi.

Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek pula dipilih sebagai Timbalan Presiden menewaskan tiga calon lain pada pemilihan tersebut.

Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, semua pihak perlu menerima keputusan yang dibuat oleh perwakilan MCA pada pemilihan tersebut.

''Keputusan pemilihan itu adalah sesuatu yang tidak diandaikan tetapi kita kena terima ia adalah keputusan MCA dalam perhimpunan agung mereka dan mereka telah melalui proses penentuan," katanya.

Mengulas usul Pergerakan Pemuda MCA supaya Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana membangkitkan isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Najib menjelaskan, perkara itu perlu dinilai oleh pihak berkuasa terlebih dahulu.

''Sesiapa pun boleh buat resolusi tetapi apa yang penting ialah penilaian pihak berkuasa iaitu polis dan Kementerian Dalam Negeri,'' katanya.

Menurut beliau, sebarang tindakan untuk mengenakan tahanan ISA perlu dinilai sama ada kenyataan yang dibuat seseorang pemimpin itu boleh menjejaskan keselamatan negara atau sebaliknya.

Gandingan yang mantap Najib dan Chua Soi Lek. Nampaknya plan MCA nak satu lagi jawatan Timbalan Pengerusi BN akan jadi kenyataan

:mad::mad::mad:
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register