Najib: Cukuplah merajuk 24 jam...

CG Sponsors




haudli

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,313
Reaction score
442
Points
136

Zulaikha Zulkifli
3:01PM Apr 10 2013

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak hari ini memberi peringatan kepada mereka yang tidak terpilih menjadi calon BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) agar cukuplah "merajuk" selama tempoh 24 jam sahaja.



"Kita akan cuba kurangkan masalah (merajuk) tersebut. Sebab itu dalam ucapan saya, saya kata, yang kecewa hanya dalam tempoh 24 jam sahaja. Lepas itu kena turun padang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita dalam sidang media selepas memberikan taklimat tertutup kepada pemimpin parti komponen BN di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Dalam sidang media sama, perdana menteri juga berkata, mana-mana calon Bebas yang berkelayakan boleh bertanding di atas tiket BN.


Bagaimanapun, katanya, pada masa ini tiada penambahan kerusi akan berlaku memandangkan telah ramai calon yang menunggu bagi setiap kerusi.

"Kalau kita fikir ada ruang dan boleh diterima, dan mereka boleh bertanding, (maka) mereka boleh bertanding atas tiket BN.

"Kita kena buat ikut penyesuaian. Mungkin ada satu dua kerusi berlaku pertukaran.

"Kita ambil kira mana yang boleh. Tak semua (calon Bebas) boleh ambil, sebab kita tak ada penambahan kerusi. Kerusi yang sedia ada pun calon menunggu dah ramai," katanya lagi.

Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang ditemui pemberita selepas sidang media itu berkata, calon yang merajuk merupakan situasi yang dijangka berlaku memandangkan kerusi yang ada sangat terhad.

Bagaimanapun, Najib yang juga presiden Umno perlu membuat keputusan yang bijak demi kebaikan BN, tambahnya.

Ditanya kerusi yang beliau akan bertanding pada pilihan raya umum kali ini, Chua berkata:

"Jangan cakap mengenai saya. Cakap mengenai BN.

"Tidak ada keputusan akhir lagi. Najib tak ada keputusan muktamad. Jangan nak sibuk suruh saya cakap perkara yang berlainan apa yang dicakap oleh Najib dan kami semua boleh cetuskan krisis lain. Apa sebab?" katanya.

...
 
Sponsored Post

kozu

Legendary Member
Joined
Apr 12, 2007
Messages
11,037
Reaction score
228
Points
133
Gobalakrishnan ada offer nmpak... blh ambik ke
 

aHLoNGYaKuZa

Active Member
Joined
Mar 15, 2013
Messages
1,514
Reaction score
10
Points
25
Yg merajuk bolehlah cuba untuk melobi bg diri sendiri.mana tau laku...
 

matfx

Active Member
Joined
Sep 17, 2007
Messages
1,847
Reaction score
140
Points
33
Kerusi Wangsa maju paling panas sekarang. Rebutan MCA dan UMNO.:D
 

farouck

Active+ Member
Joined
Aug 22, 2006
Messages
2,545
Reaction score
1
Points
25
merajuk 24 jam jer...

tp sakit hatinya....

berapa jam tok Jib Oiiii...:eek::eek:
 

suprol

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2009
Messages
13,022
Reaction score
34
Points
120
Kerusi Wangsa maju paling panas sekarang. Rebutan MCA dan UMNO.:D
pandan pun panas gak... ong tee kiat.. hr tu siap ada banner dr umno.. kami mahukan calon dari ahli UMNO :)) nampak pagi.. petang dah tak nampak :))
 

oldskoolrocka

Legendary Member
Joined
Apr 14, 2008
Messages
18,293
Reaction score
510
Points
161
parlimen batu pahat 8 org nk jd calon smpi puad zakarshi trpaksa mencalonkan diri sendri..
 

saxsor

Super Active Member
Joined
May 25, 2009
Messages
8,464
Reaction score
34
Points
70
ada can ler pak brahim....
 

haudli

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,313
Reaction score
442
Points
136
sape2 penyokong BN,, korang patut tau, kalau korang sayangkan BN dan nakkan BN jadi lebih telus, x terikat dengan masalah pemimpin2 lama, projek2 kroni dan nak hapuskan pemimpin yg korup,,

kene bagi can BN terutama UMNO berehat dan jadi pembangkang kali ni
 
Sponsored Post
Top
Log in Register