BTC USD 49,538.9 Gold USD 1,690.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Najib cerita detik cemas kejadian malam 4 November

CG Sponsors




demise_u

Super Active Member
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menceritakan detik cemas pada malam 4 November lalu apabila beliau mula diserang komplikasi akibat penyakit cacar di kediamannya dan pada masa sama, gembira menerima berita kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dan kerusi Parlimen Batu Sapi di Sandakan, Sabah.

Pada masa itu Perdana Menteri yang berada di bilik air diselamatkan, dan dibantu isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, dibawa ke katil sebelum dirawat dengan lebih lanjut. Doktor kemudian memberitahu, saya tiada pilihan lain dan masukkan saya ke dalam wad ICU (Unit Rawatan Rapi). Pengalaman di ICU bukanlah sesuatu pengalaman yang kita hendak sangat (pun)," katanya, yang dibenar keluar dari wad orang kenamaan Hospital Kuala Lumpur, Ahad lalu. Najib berkata demikian pada majlis jamuan kesyukuran dan doa selamat yang diadakan di Wad Diraja Hospital Kuala Lumpur di sini, semalam.

Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan bahawa Kabinet semalam meluluskan peruntukan RM5 juta untuk membaiki keadaan di ICU Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini agar dapat memberi perkhidmatan lebih baik kepada rakyat.

Perdana Menteri yang mempengerusikan mesyuarat Kabinet apabila memulakan tugasnya semalam berkata, beliau melihat sendiri keadaan yang daif di wad berkenaan ketika menerima rawatan di situ.

Katanya Kementerian Kesihatan juga diminta membeli peralatan menaik taraf unit itu secepat mungkin supaya boleh memberikan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat selaras slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Najib yang menyifatkan pengalaman di wad berkenaan sebagai pengalaman manis turut mengucapkan setinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua warga Kementerian Kesihatan yang membantu merawatnya sehingga dapat pulih
dan mula bertugas dengan mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri, semalam.

Dalam ucapannya itu, Najib mengingatkan rakyat supaya jangan mengambil mudah terhadap nikmat dikecapi hasil keamanan, keharmonian dan kemakmuran negara.

Perdana Menteri berkata dalam banyak perkara, manusia mengambil mudah perkara tertentu dan hanya akan merasakan ia sangat bernilai sekiranya ia tiada lagi di sisi mereka.

Ini satu peringatan yang saya ambil iktibar daripada pengalaman (saya di hospital) bahawa banyak perkara dalam kehidupan kita yang kita anggap perkara biasa.

Tetapi sebenarnya apabila Tuhan menarik balik nikmat itu daripada kita, pada masa itulah kita rasa perkara itu bernilai, katanya, sambil menjelaskan bahawa analogi berkenaan diperoleh hasil pengalaman dirawat dan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur.

Ujian endoskopi dilakukan ke atas Najib menunjukkan ada tanda-tanda ulser dan gastritis ringan.

Sementara itu, Najib yang tiba di pejabatnya di Putrajaya pada 9.20 pagi semalam, kelihatan tersenyum dan menyapa petugasnya sebelum memasuki Bilik Mesyuarat 10 minit kemudian.

Beliau disambut dengan tepukan oleh menteri-menteri Kabinet yang terlebih awal menunggu. BERNAMA
 
Sponsored Post

warheadfx

Active Member
Joined
Jun 6, 2008
Messages
2,274
Reaction score
278
Points
41
apa yang cemasnya sampai Rosmah kena selamatkan Abang Najib kat bilik air? Ni bukan cacar tapi macam kena stroke atau heart-attack.

Kena cacar pun kena masuk ICU? Ni dah macam nyawa-nyawa ikan jer ..

Dia tak tengok lagi layanan kat Kelas 3 tu .. Dok kat Wad VVIP & Di Raja pun dah komplain ... kalau kena kat Wad Kelas 3, agaknya dpt hospital baru ....
 

-pojie-

Well-Known, Member, XM Official, Representative
Joined
Oct 29, 2008
Messages
20,951
Reaction score
50
Points
120
sikit jer lg tue..
nk beri peringatan jer..
lau x sedar x tau la..
 

CyberMachine

CG Top Poster Club
Joined
Oct 1, 2009
Messages
22,525
Reaction score
473
Points
131
cacar air tu camner? bukan penyakit kulit ker?

mmm...ke aku salah.

ape maksud diselamatkan di bilik air??
 

iamloco

Super Active Member
Joined
Dec 16, 2008
Messages
9,813
Reaction score
115
Points
73
kena cacar pun kecoh mcm kena sakit jantung. apada..
 

mr_xhizors

Active Member
Joined
Aug 3, 2010
Messages
2,407
Reaction score
16
Points
30
cacar je pon...tu pun nk kecoh abg jip ni..manja lebey..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register