akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 56,518
Top Poster #3
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 56,518
- Reaction score
- 6,645
- Points
- 881
- Awards
- 1
Naik harga lantai rokok lebih baik daripada larang produk dilihat
Peniaga tidak boleh lagi menjual rokok dan vape secara terbuka apabila Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 (Akta 852) dilaksanakan tidak lama lagi.
PETALING JAYA: Peraturan baharu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang bakal diperkenalkan dijangka memberi kesan kepada pihak-pihak terlibat dalam produk tembakau.
Menteri Kesihatan telah mengumumkan melalui media sosial bahawa Akta 852, peraturan dan perintahnya akan dikuatkuasakan untuk bermula 1 Oktober 2024.
Antara peraturan baharu itu adalah melarang peniaga rokok dan vape menjualnya secara terbuka termasuk jika diletakkan di rak, kabinet itu perlu bertutup supaya tidak dilihat di tempat jualan.
Langkah yang bertujuan mengawal penggunaan produk tembakau terutama dalam kalangan generasi muda di bawah umur 18 tahun itu bukan sahaja dilihat sukar mencapai matlamatnya tetapi juga bakal memberi kesan terhadap peniaga industri itu.
Peraturan melarang rokok dan vape dijual di rak secara terbuka, sebaliknya menggunakan kabinet bertutup hanya akan meningkatkan kos peniaga kedai.
Ini menyebabkan beberapa pekedai dan penjual rokok yang ditemui merasakan adalah lebih baik kerajaan menaikkan cukai dan harga lantai rokok untuk produk berkenaan berbanding mengenakan peraturan menjualnya secara tertutup.
“Larangan menjual secara terbuka termasuk ‘menyembunyikan’ produk dari pandangan awam akan lebih menjejaskan perniagaan kami berbanding menaikkan harga produk ini,” kata seorang peniaga di Perlis yang tidak mahu namanya didedahkan.
Industri rokok telah wujud di negara ini sejak sekian lama dan vape mula popular sekitar 2012 turut membuka banyak peluang ekonomi dan pekerjaan kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam industri itu.
Bagaimanapun, pelaksanaan larangan mempamerkan produk rokok dan vape secara terbuka dengan regulasi ketat khususnya kepada produk vape dilihat bakal wujudkan pasaran gelap dalam industri tersebut.
Malah banyak pihak menyifatkan larangan menjual produk rokok dan vape secara terbuka tidak akan mengubah tabiat merokok.
Kebanyakan peniaga rokok juga lebih cenderung sekiranya kerajaan menaikkan kadar cukai sedia ada terhadap produk tembakau dan menetapkan satu harga minimum yang lebih munasabah.
Seorang pekerja kedai runcit di Taman Makmur, Kluang, Johor, Liana Bahrin, 24, berkata, peraturan penggunaan kabinet bertutup terhadap rokok akan menyebabkan peruncit kecil seperti majikannya terpaksa mengeluarkan kos sendiri untuk membeli dan memasang perkakas itu di premis.
Pada masa sama, katanya, ia juga akan memberi kesan kepada jualan rokok bercukai di premis tersebut.
“Jualan rokok di sini bukanlah banyak mana pun, sehari lebih kurang 10 kotak sahaja, jika terpaksa akur dengan pelaksanaan peraturan baharu KKM itu mungkin akan memberikan kesan kepada perniagaan.
“Saya lebih menyokong kalau kerajaan menaikkan cukai rokok. Walaupun ia bakal menyebabkan harga produk akan naik, itu lebih baik daripada membuatkan peniaga menjual secara ‘sembunyi-sembunyi’ atau seperti menjalankan perniagaan yang tidak sah,” katanya.
SELAIN disyaratkan meletak notis larangan menjual vape kepada Orang Belum Dewasa (OBD), kedai menjual vape juga tidak boleh dilihat jelas dari luar.
Sementara itu, di Johor Bahru, seorang peniaga yang dikenali sebagai Raihan berharap satu kabinet bertutup khas perlu disediakan bagi meletakkan bekalan rokok yang dijual.
Katanya, ini kerana kedainya yang menjual hampir 10 jenama rokok pelbagai jenis tiada ruang untuk menyimpan rokok itu sekiranya rak rokok di kaunter bayaran tidak lagi boleh digunakan.
“Sebelum ini, kita ada dengar cadangan rokok diletakkan di kabinet bertutup. Jadi, ia perlu disediakan supaya kita mudah untuk ambil dan jual kepada pelanggan.
“Dengan adanya kabinet bertutup itu, setidaknya pelanggan tahu kita ada menjual rokok di kedai ini,” katanya.
Langkah itu juga tidak disenangi oleh perokok malah menyifatkannya tidak membantu dalam menangani isu merokok dalam kalangan generasi muda.
Seorang pengguna di Johor Bahru, Shahrul Adib Anuar, 30, pula berkata, langkah kerajaan yang melarang peniaga mempamerkan rokok secara terbuka di premis, dilihat tidak memberi kesan atau mengubah sikap perokok tersebut.
Katanya, selama ini pelbagai kaedah dan larangan dibuat kerajaan termasuk tidak membenarkan individu merokok di restoran namun ia tidak mengubah sebarang keadaan.
“Saya tidak merasakan itu sebagai langkah yang terbaik kerana pelanggan tetap tahu kedai terbabit menjual rokok walaupun ia tidak dipamerkan di belakang kaunter bayaran.
“Pada saya menaikkan kadar cukai dan harga lantai rokok itu lebih baik berbanding cadangan untuk melarang jualan secara terbuka itu kerana ia mewujudkan situasi menang-menang kepada kerajaan dan peniaga,” ujarnya.
Seorang lagi pengguna, Mohammad Hafiz Abdul Rahman, 37, berkata, larangan menjual rokok secara terbuka dilihat tidak wajar.
Katanya, menjual produk tembakau yang telah dikenakan cukai bukanlah satu kesalahan dan ini hanya akan menyusahkan peniaga.
Menurutnya, jika pihak kerajaan benar-benar mahu angka perokok berkurangan, salah satu caranya adalah dengan menaikkan harga jualan rokok tersebut.
“Dalam mendepani kos sara hidup yang tinggi ketika ini, perokok pasti berkira-kira untuk berbelanja lebih bagi membeli rokok yang semakin mahal.
“Bukan mudah untuk mengubah tabiat perokok ini, namun itu salah satu cara yang berkesan,” ujarnya.
Seorang peniaga kedai runcit yang mahu dikenali sebagai Rahmat berkata, ada baiknya kerajaan mengenakan cukai lebih tinggi terhadap rokok daripada mengenakan syarat seperti kabinet bertutup dan pelbagai syarat lain yang menyukarkan.
“Naikkan cukai daripada 40 sen sebatang rokok ketika ini kepada satu harga lebih tinggi, sekurang-kurangnya kerajaan juga dapat hasil daripada produk tembakau. Syarat jualan secara bertutup itu seperti kami menjual barang haram,” katanya.
Seorang peniaga yang dikenali sebagai Shamsudin, 39, pula berkata, larangan menjual rokok secara terbuka tidak praktikal kerana produk tembakau itu boleh dibeli pelanggan berusia 18 tahun ke atas.
Menurutnya, tindakan itu tidak akan mengubah hasrat perokok untuk berhenti tabiat buruk itu malah menyukarkan proses urus niaga dijalankan.
“Dulu pun kita sudah menjual rokok secara selindung dengan menggunakan kabinet bertutup, ia tidak praktikal dan kembali kepada asal. Yang selalu beli, tetap akan datang beli.
“Jadi, saya rasa larangan menjual rokok secara terbuka ini tidak memberi impak, perokok ini tahu baik buruk tabiat mereka itu,” katanya.
Dalam pada itu, pengusaha kedai runcit, Lian Sheng, 30-an berkata, langkah tersebut akan menjejaskan pendapatan mereka kerana menjual produk tembakau itu bukanlah satu kesalahan.
Dia turut mempersoalkan kenapa perlu mengambil tindakan sedemikian rupa seakan-seakan mereka adalah penjual rokok tanpa cukai yang diseludup dari negara jiran.
“Ini boleh menyebabkan jualan berkurang kerana pelanggan ingat kita tak ada stok rokok yang kebiasaan boleh nampak di kaunter bayaran.
“Syarikat (rokok) pun bayar cukai, saya fikir tak perlu jual sorok-sorok, lagipun sudah banyak kempen berhenti rokok dibuat. Lagipun yang jual sorok-sorok biasanya rokok haram,” ujarnya.
Bagi seorang peniaga vape di Sungai Petani, Kedah, Izat Yusof, 22, peraturan baharu itu bakal menyusahkan peniaga kerana kebiasaannya pengguna mahu mencuba dahulu produk yang dijual.
“Rokok tidak boleh dicuba sebelum dibeli, sedangkan vape boleh dipilih pelanggan mengikut kemahuan mereka dan sudah semestinya pelanggan ingin melihat dahulu sebelum membeli.
“Jika tidak dijual seperti sekarang bagaimana pelanggan berpeluang mencubanya sebelum membuat keputusan membeli yang secara langsung akan membolehkan kami mendapat pendapatan,” katanya.
Seorang pengusaha vape di Kuala Lumpur yang ingin dikenali sebagai Angah, 38, pula berkata, dia bukan sahaja memiliki tiga premis di Setiawangsa dan Wangsa Maju malah pernah menjualnya di pasaran United Kingdom (UK) serta beberapa negara lain di Eropah.
Katanya, layanan diterima pengusaha vape tempatan amat berbeza berbanding yang dilihatnya di luar negara kerana Kementerian Kesihatan UK sendiri menyokong industri e-rokok bagi menggantikan rokok konvensional yang lebih mudarat.
“Di Eropah khususnya di UK, mereka sudah ada regulasi sejak sekian lama namun jauh berbeza dengan yang mahu dilaksanakan oleh KKM kerana mereka menggalakkan perokok beralih kepada vape.
“Bukan itu saja, malah di beberapa hospital di UK juga disediakan booth (reruai) vape, namun apa yang berlaku di sini, KKM menyukarkan pemain industri dengan regulasi yang terlalu ketat.
“UK juga ada regulasi tetapi mereka tidak melarang produk vape dilihat atau dipamerkan di tempat jualan,” katanya.
Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan KKM akan memperkenalkan larangan baharu dalam Akta 852 antaramya mewajibkan peniaga rokok menggunakan kabinet bertutup di premis masing-masing termasuk kedai serbaneka.
Bagi kedai khas menjual rokok dan vape pula, produk mereka dibenar dipamerkan di dalam kedai tetapi tidak boleh dilihat dengan jelas dari luar premis.
Akta itu juga menggariskan larangan penjualan rokok dan vape melalui dalam talian ke atas semua platform bagi mengelakkan ia dibeli oleh OBD.
Selain itu, produk rokok dan vape juga dilarang dijual melalui mesin vending dan tidak boleh dijual di kawasan institusi pendidikan atau institusi pengajian tinggi (IPT).
Akhir sekali, produk rokok dan vape juga dilarang dijual di pasar jualan atau mana-mana pasar jualan bersifat sementara seperti Uptown, Downtown, pasar malam dan sebagainya.
Pada masa sama, Suriyati juga menzahirkan kebimbangannya dengan pelaksanaan cermin gelap di kedai khas vape yang boleh mengundang jenayah memandangkan orang luar tidak dapat melihat aktiviti di dalam kedai.
“Saya ada beberapa pekerja wanita di kedai, larangan ini mungkin membahayakan keselamatan pekerja jika ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk melakukan jenayah dan sebagainya,” katanya.
Seorang lagi pengusaha vape yang mahu dikenali sebagai Razman, 42, mendakwa, pemain industri berharap KKM tidak melaksanakan peraturan yang terlampau drastik dalam mengawal selia industri vape.
Katanya, kebanyakan pemain industri sememangnya sudah mengharapkan regulasi terhadap industri vape diperkenalkan bahkan menerima wujudnya akta tersebut.
“Tetapi apa yang dihasratkan oleh kami tidak dipedulikan. Kami melihat akan wujud pasaran gelap apabila larangan-larangan ini diperkenalkan,” katanya.
Seorang pengguna vape, Fazrik Razali, 30, berkata, larangan terbaharu KKM sebenarnya tidak menyelesaikan masalah kerana rokok dan vape masih boleh didapati secara haram yang sehingga kini masih berleluasa tak kira di bandar mahu pun luar bandar.
“Betul vape juga ada mudarat, tetapi regulasi KKM terhadap cecairnya, perantinya saya rasa sudah cukup menjadikan ia sebagai pengganti rokok konvensional,” katanya.
Peniaga produk tembakau juga berasa ragu dengan keberkesanan Akta 852 yang bertujuan mengawal produk tembakau.
Menurut mereka, walaupun peniaga berlesen dikenakan pelbagai syarat untuk menjual rokok dan vape apabila akta itu diperkenalkan, ramai lagi penjual haram di tepi jalan, pasar malam atau kedai warga asing menjual produk berkenaan termasuk rokok atau vape seludup.
Sebab itulah kata pihak yang terlibat dalam industri tersebut, lebih baik kerajaan memikirkan untuk menaikkan kadar cukai produk tembakau dan menaikkan harga minimum jualan rokok di pasaran.
Langkah itu dilihat lebih wajar dilakukan kerana ia mewujudkan situasi menang-menang antara kerajaan dan pihak industri daripada menetapkan pelbagai syarat ketat jualan rokok seperti larangan menjualnya secara terbuka di rak-rak kedai, yang hanya akan menyukarkan peniaga dan boleh menjejaskan perniagaan mereka. – UTUSAN