combat13
Super Active Member
- Messages
- 7,088
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 7,088
- Reaction score
- 222
- Points
- 73
Kredit foto : UTM
Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Dr Mohd Shafry Mohd Rahim komited memperkasakan misi universiti ke arah kecemerlangan bertaraf global dengan pendekatan strategik dan inklusif sepanjang 100 hari pertama pentadbirannya.
Pejabat Strategi dan Hal Ehwal Korporat UTM dalam kenyataan hari ini memaklumkan Naib Canselor UTM yang kelapan itu memacu pelbagai agenda transformasi institusi dalam memperkukuh kedudukan universiti berkenaan sebagai institusi pendidikan tinggi terunggul di rantau ini.
Menurut kenyataan itu, antara pencapaian utama termasuk memperluas jaringan antarabangsa yang membuka laluan kerjasama dalam bidang aeroangkasa, falsafah dan kecerdasan buatan (AI) menerusi pertukaran staf serta pelajar di peringkat global.
“Inisiatif ini digerakkan melalui pelbagai lawatan ke universiti luar negara dan penyertaan aktif dalam forum pendidikan tinggi antarabangsa seperti Sidang Kemuncak Pendidikan Tinggi Eurasia (EURIE) 2025 di Turkiye.
“Hasil daripada usaha itu, UTM berjaya menjalin 12 jaringan strategik dengan institusi antarabangsa termasuk menerusi SATU President Forum Taiwan, Anhui Normal University, Samarkand State University dan Fergana Polytechnical University, sekali gus memperkukuh kedudukan UTM dalam jaringan pendidikan global,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan, UTM turut memegang peranan penting dalam agenda nasional AI apabila dilantik sebagai peneraju utama kepada Konsortium Kecerdasan Buatan Malaysia (MAIC).
Pada masa sama, UTM turut memainkan peranan penting dalam pewujudan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO), sekali gus memperkukuh posisi universiti dalam landskap AI di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
“Dalam konteks kerjasama di peringkat negeri pula, hubungan strategik dengan Kerajaan Johor turut diperkukuh, khususnya dalam konteks pendidikan dan pembangunan sumber tenaga kerja termasuk memberikan penekanan kepada pemerkasaan graduan UTM berkemahiran tinggi serta latihan peningkatan kapasiti penjawat awam yang berkhidmat di universiti ini.
“Kerjasama dengan pihak industri juga diberi perhatian apabila UTM menandatangani beberapa memorandum persefahaman (MoU) penting bersama syarikat-syarikat seperti AIR TRUNK, DHL, Polygon Synergy Ventures Sdn Bhd dan Mojitek Sdn Bhd, di samping sesi lawatan strategik ke Batik Air yang bertujuan meneroka potensi kerjasama jangka panjang,” menurut kenyataan itu.
Naib Canselor UTM Komited Perkasa Universiti Menuju Kecemerlangan Global
UTM, Naib Canselor, 100 hari pentadbiran, kecemerl
