BTC USD 116,476 Gold USD 3,324.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Naib Canselor UPSI Dilantik Sebagai Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia Ke-15

combat13

Super Active Member
Messages
7,088
Joined
Dec 18, 2007
Messages
7,088
Reaction score
222
Points
73
c7579b95f991276abf6bb393fd5469fe67f8edab4d538

Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff dilantik sebagai Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) berkuat kuasa 7 Mac lepas.

UPSI dalam satu kenyataan memaklumkan pelantikan Md Amin sebagai pengerusi ke-15 bagi sesi 2025-2026  itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

“Pelantikan beliau adalah selaras dengan peruntukan di bawah Akta Majlis Peperiksaan Malaysia 1980 [Akta 225], Seksyen 4(2) dan 4(3).

"Pelantikan ini berkuat kuasa shingga 30 Jun tahun depan atau sehingga tamat tempoh beliau sebagai Naib Canselor universiti awam, yang mana-mana terdahulu,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Md Amin dalam kenyataan sama menyifatkan pelantikan tersebut sebagai satu amanah besar dalam usaha memperkasakan sistem pentaksiran negara.

"Saya menjunjung kasih atas kepercayaan dan perkenan yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Saya menerima pelantikan ini dengan penuh rasa syukur dan tanggungjawab. Ini bukan sahaja satu penghormatan kepada diri saya, tetapi juga kepada UPSI secara keseluruhan,” katanya.

Beliau berkata antara fokus utama setelah menerajui MPM terus memastikan ketelusan, kredibiliti dan kebolehpercayaan sistem peperiksaan negara sejajar dengan aspirasi pendidikan Malaysia.

“Saya komited untuk memperkukuhkan peranan MPM sebagai badan utama yang berautoriti dalam aspek penilaian dan pentaksiran.

 
Back
Top
Log in Register