- Joined
- Jan 11, 2008
- Messages
- 25,111
- Reaction score
- 217
- Points
- 123
KUALA TERENGGANU 2 Dis. – Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Datuk Dr. Sulaiman Md. Yassin menyifatkan sikap segelintir pihak yang mempertikaikan hak dan ketuanan Melayu di negara ini sebagai golongan yang lupakan sejarah.
Beliau berpendapat, isu tersebut sengaja dilontarkan kerana mereka sebenarnya ingin menjadi juara dengan tujuan meraih sokongan kumpulan masyarakat yang menyokong.
‘‘Walau apa pun yang berlaku sejarah tetap sejarah dan ia sememangnya tidak boleh dipadamkan begitu sahaja dan sesiapa yang menafikan hak dan ketuanan Melayu di negara ini adalah buta sejarah.
‘‘Mereka lupa raja-raja Melayu memainkan peranan penting dalam menyatu dan memerdekakan negara dan berkat penyatuan bangsa, kaum bukan Melayu dapat hidup di bumi bertuah ini,’’ katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon bahawa istilah ketuanan Melayu di negara ini tidak sesuai digunakan kerana ia menggambarkan seolah-olah wujud hubungan ‘tuan dengan hamba’.
Sebelum ini Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek mendakwa ketuanan Melayu di negara ini sudah tidak relevan lagi hari ini dan turut disokong oleh Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun.
Sumber : Utusan Melayu