BTC USD 98,181.2 Gold USD 2,880.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nahas Tujuh Kenderaan, 2 Maut, Laluan Gopeng-Simpang Pulai Terhalang

'Mesti Lepas Ni Orang Simpang Pulai Manis-Manis Je', Ramai Hentam Komen Tak Sensitif Warga TikTok

04.02.2024 - Tragedi kemalangan yang membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer 288.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, dekat Ipoh, Perak, pada Sabtu masih lagi menjadi bualan warga maya pada ketika ini. Manakan tidak, kemalangan ngeri tersebut turut meragut dua nyawa dan salah seorang pemandu yang maut ditemui dalam keadaan badannya berkecai serta melekat pada rangka lori terbabit. Difahamkan, dua mangsa yang maut dalam kejadian tersebut masing-masing merupakan pemandu lori gula pasir dan lori yang membawa muatan logam. Pada masa sama, laluan di kedua-dua arah juga didapati terhalang oleh tumpahan gula pasir dan muatan logam yang dibawa oleh kenderaan yang terlibat. Beberapa video dan gambar kemalangan itu turut dimuat naik di media sosial. Namun apa yang tidak sedap dibaca, terdapat segelintir pihak tidak bertanggungjawab mengeluarkan kata-kata sensitif menerusi ruangan komen di aplikasi TikTok, seolah-olah tidak menghormati keluarga mangsa.

"Mesti lepas ini orang Simpang Pulai manis-manis je," tulis seorang pengguna TikTok.
"Bersemutlah jalan," kata seorang lagi pengguna aplikasi itu.

Berang dengan komen 'kurang cerdik' yang dinyatakan oleh warga maya, seorang pengguna laman X (Twitter) tampil menyuarakan pandangannya berhubung situasi itu. Dia turut menyenaraikan beberapa perkataan tidak sensitif yang digunakan oleh netizen bagi menggambarkan kemalangan tersebut.

"Tak sensitif langsung ya warga TikTok ini? Antara perkataan yang sangat tidak menghormati keadaan ialah sebab banyak sangat daging, ada plastik tak? Selain itu, ayat lain digunakan adalah salji manis dan nanti banyaklah semut datang. Yang komen bodoh (dan) yang layan komen pun bebal. Jangan disebabkan nak viewers (penonton), korang tak menghormati keadaan semasa," ciapnya.
1707051227447.png
 
Sponsored Post

Komen pun
Tak beragak
Bayangkan kalau yang jadi mangsa tu keluarga sendiri
Komen tak patut ada
Ini orang kata lebih baik diam dari suka komen tak ada faedah
Boleh nampakkan tahap pemikiran dan sensitiviti seseorang tu macam mana
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register