Nahas bas: Anak reda pemergian ibu bapa

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
KLANG: Anak kedua kepada pasangan mangsa yang terkorban dalam kemalangan bas ekspres di KM272.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara di Ipoh, Perak, awal hari ini, reda dengan pemergian kedua-dua ibu bapanya.

Mohd Arif Andi Shaharin, 23, berkata walaupun beliau dan adik-beradiknya berasa amat sedih tetapi menganggap pemergian itu sebagai suratan takdir dan satu ketentuan daripada Allah.

Beliau tidak menyangka akan kejadian tersebut kerana bapanya Shaharin Mohd Nor, 61, sering berulang-alik ke utara atas urusan kerja dan ada kalanya ditemani oleh ibunya, Supiah Adam, 46.

Katanya, sehari sebelum kejadian, bapanya yang bekerja sebagai pemandu lori satu tan itu menyatakan untuk pergi ke Kuala Perlis menaiki bas atas urusan kerja untuk mengambil kenderaan tentera untuk dibawa ke Pelabuhan Barat di sini dan mahu ibunya ikut sama.

"Saat ibu bapa saya naik bas itu di hentian bas di Seksyen 17 semalam, itulah saat terakhir saya melihat mereka... kami reda akan pemergian kedua orang tua kami," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Setia di sini hari ini.

Pasangan suami isteri itu adalah antara sepuluh penumpang yang maut apabila bas dua tingkat Sani Express yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini.

Dua orang lagi tercedera dengan seorang daripadanya parah dalam insiden itu.

Selain Shaharin dan Supiah, dua lagi dari Selangor yang terkorban dalam insiden itu ialah Mohd Shukri Mohd Ali, 22, dan Mohd Bilal Osman, 22.

Mohd Arif berkata, beliau bersama empat lagi adik beradiknya, Zuhairi, 24; Mohd. Helmi, 20; Shuhada, 17; dan Faiz, 14, pergi ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kematian ibu bapanya kira-kira jam 7 pagi tadi dan bergegas untuk menuntut jenazah mereka.

Sementara itu, rakan karib Shaharin, Zaiain Bedin, 34, berkata sebelum kejadian, Allahyarham menunjukkan sedikit perbezaan dari segi perwatakannya apabila sering dilihat berpakaian kemas dengan wajah yang berseri-seri ke tempat kerja.

Sebelum ini, katanya, Allahyarham Shaharin sering memakai pakaian seragam dan kali terakhir menemui arwah kelmarin.

"Ketika itu, saya lihat Allahyarham ceria. Namun, saya tidak terfikir pula itu adalah kali terakhir saya menemui dan bercakap dengannya," katanya.

Pasangan itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jalan Kebun dekat Pandamaran di sini kira-kira jam 5 petang ini.

Di ALOR SETAR, laporan menyatakan Ng Poh Ngoh, seorang lagi mangsa yang terkorban dalam nahas itu, baru saja menghadiri temuduga di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur.

Poh Ngoh, 23, dari Taman Desa Seraya, Alor Setar, baru menamatkan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Adik mangsa, Ng Poh Yoke, berkata kakaknya ke Kuala Lumpur ditemani adik bongsu mereka, Ng Kah Kit, 14, yang turut terbunuh dalam kemalangan itu.

Kah Kit adalah pelajar tingkatan dua di Sekolah Menengah Sin Min (Persendirian).

"Mereka tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik malah sangat ceria semasa menaiki bas ekspres ke Kuala Lumpur pada 20 Disember lalu.

"Saya ada menegur kakak yang membawa selimut dan dia hanya menjawab mahu tidur sepanjang perjalanan," kata Poh Yoke kepada pemberita semasa ditemui di rumah keluarganya di taman itu.

Poh Ngoh adalah anak sulung daripada empat beradik. Bapanya, Ng Ching Beng, 47, ialah seorang peniaga barangan binaan.

Katanya, beliau mendapat tahu mengenai nahas itu yang membabitkan kakak dan adiknya daripada ibu angkatnya pada jam 10 pagi tadi selepas mendengar berita mengenai kemalangan itu di radio.

Poh Yoke berkata ibunya, Lim Siew Heok, 45, dan bapanya bertolak ke Ipoh dengan ditemani rakan lelaki kakaknya kira-kira 8 pagi tadi tanpa memberitahu beliau.

"Kakak saya menghadiahkan seekor hamster pada hari jadi saya Ogos lalu dan saya akan menjaga hamster itu dengan baik kerana itu adalah pemberian terakhir beliau kepada saya," katanya.

Pelajar kejururawatan di Kolej Kejururawatan Jerantut, Pahang itu berkata, beliau terkilan kerana kakaknya itu sepatutnya menerima ijazah pada konvokesyen UUM tahun depan.

Sementara itu, bapa kepada Poh Ngoh, Ng Chin Beng, 62, berkata anak perempuan sulungnya itu mempunyai masa depan cerah tapi nampaknya kini semuanya sudah berakhir.

Bercakap kepada pemberita di luar Rumah Mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Chin Beng berkata Poh Ngoh adalah graduan bidang multimedia dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dan anak harapan dalam keluarga.

Sementara itu, anak sulung kepada pasangan Shaharin, Khairil Shahrin, 24, yang sempat ditemui di Ipoh, berkata bapanya sempat berpesan agar beliau menjaga adik-beradik yang lain, semasa menghantarnya ke hentian bas di Shah Alam.

Sementara itu, Abdul Ghafur Sukimi, 53, berkata beliau bergegas ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini selepas menonton berita jam 7 pagi tadi yang menyiarkan nama anak saudaranya, Mohd Bilal Osman, 22, dan rakannya Mohd Shukri Mohd Ali, 22, terlibat dalam kemalangan itu.

"Saya terus menghubungi ibunya dan diberitahu perkara itu telah dimaklumkan pihak polis pada jam 6.30 pagi tadi dan meminta saya menguruskan jenazah Mohd Bilal untuk dibawa pulang dan dikebumikan di Sungai Besar, Selangor.

"Dua rakan karib yang meninggal ini tinggal berjiran dan dalam perjalanan pulang untuk mendaftar semester kedua di Universiti Malaysia Perlis (Unimap)," katanya.

Sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah.

Selain itu yang terbunuh ialah Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah; Noor Jismi Noordin, 25, dari Kangar, Perlis; Sharifah Raheel Al-Junid Syed Harun, 21, dan adiknya Sharifah Hasanah, 15, dari Sungai Petani, Kedah.

Penumpang yang cedera parah dikenali Md Razip Fadzir, 43, seorang anggota tentera manakala penumpang yang cedera ringan ialah Siti Munira Hashim, 30, dari Langgar, Kedah.

Bagaimanapun dua pemandu bas dan 36 lagi penumpang selamat.
 
Sponsored Post

EzY-eLoaD

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Aug 1, 2008
Messages
12,747
Reaction score
18
Points
115
erm jadikan pedoman
 

cilox

Banned
Joined
Nov 13, 2009
Messages
1,382
Reaction score
3
Points
25
sedih siot.. kelalaian orang lain, orang lain yang meningal
 

ratusanRM

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Apr 8, 2007
Messages
22,686
Reaction score
359
Points
131
tadi keluar kat tibi3 cakap nak amik tindakna undang-undang :-?:-?
 

akukaya2000

Fun Poster
Joined
Oct 27, 2007
Messages
228
Reaction score
0
Points
10
Pesanan akhir

Nahas bas ekspres: Pesanan akhir
Oleh ABDULLAH WAHAB
[email protected]

KLANG: “Sebelum bertolak, ayah sempat pesan kepada saya supaya jaga adik yang lain. Itu pesanan terakhirnya sebelum ayah dan emak naik bas,” kata Mohd Sukhairy Shaharin, 24, anak sulung kepada pasangan suami isteri yang terbunuh dalam kemalangan ngeri di 272.8 Lebuh Raya Utara Selatan hala utara, di Ipoh, Perak, semalam.

Dalam kemalangan kira-kira jam 1 pagi, Shaharin Mohd Noor, 61, dan isterinya, Supiah Adam, 46, serta lapan lagi mangsa mati selepas bas ekspres dua tingkat dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan.

Mohd Sukhairy berkata, dia menghantar ibu bapanya ke hentian bas di Seksyen 17, Shah Alam, di sini, kira-kira jam 9 malam sebelum bas bertolak kira-kira setengah jam kemudian.

“Saya memang berat hati nak benarkan mereka pergi ke Perlis, malah saya cuba menyembunyikan beg pakaian ayah di belakang pintu.

“Namun ayah tiba-tiba mengamuk sebelum menemui kembali begnya dan kata ‘bye’ (selamat tinggal)...,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Setia, Jalan Johan Setia, Klang, di sini, semalam.

Shaharin yang bekerja sebagai pemandu lori dalam perjalanan ke Kuala Perlis selepas diarahkan majikan untuk mengambil kenderaan dan meminta isteri untuk menemaninya.

Sementara itu, anak kedua mangsa, Mohd Arif Andi, 23, menyifatkan kematian ibu bapanya sebagai ketentuan Ilahi walaupun sukar menerima hakikat itu.

“Tak sangka kejadian macam ini menimpa keluarga saya. Memang arwah bapa kerap berulang alik ke utara atas urusan kerja dan kadangkala meminta emak menemaninya.

“Malah, sehari sebelum kejadian, ayah ada beritahu akan pergi ke sana (Kuala Perlis) untuk ambil kenderaan itu dan membawanya pulang ke sini,” katanya.

Kejadian itu diketahui mereka sekeluarga kira-kira jam 7 pagi selepas dihubungi polis sebelum ahli keluarga lain bergegas ke Hospital Ipoh.

“Saya reda dengan apa yang berlaku dan berdoa semoga roh ibu bapa saya ditempatkan bersama insan soleh,” katanya.

Jenazah pasangan suami isteri itu tiba di kediaman mereka jam 3.05 petang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Jalan Kebun, dekat Pandamaran selepas solat Asar.
al-fatihah.
 

zinedine

Banned
Joined
Jan 11, 2007
Messages
5,741
Reaction score
22
Points
65
Saman je si Sani & pemandu tu RM5 juta-RM10 juta!!!
 
Sponsored Post
Top
Log in Register