BTC USD 62,843.4 Gold USD 4,336.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nafsu vs Keperluan oleh Saiful Nang

lpsoldier007

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,548
Joined
Dec 22, 2010
Messages
25,548
Reaction score
494
Points
141
578282_10151384532195958_1984048595_n.jpg


Ini foto saya dan saya buat kerja ini hingga saya bekerja sebagai pensyarah di Limkokwing University (2000-2002) semasa balik sekali sekala ke kampung. Selepas itu, ayah saya pun dah tak larat dan terpaksa upah kebun kepada orang lain. Saya pernah miskin juga, semasa gaji saya RM2300 sebagai pensyarah rakan sekerja dah ada yang beli kereta Honda dengan installment RM1000 lebih. Saya cuma beli Kancil EX660 dgn installment RM361 sebulan. Saya sedar saya ada keluarga miskin yang adik-adik perlu ke sekolah dan masuk universiti, maka secara alam saya terdidik untuk korbankan kemahuan diri sendiri dan hanya mengutamakan keperluan (Greed Vs Need)

Mari saya tanyakan rasional mendidik nafsu diri. Kaya kita bukan kerana kita banyak duit tetapi kerana kita CUKUP. Pendapatan 100k sebulan jika nafsunya RM200k tetap kita jadi sangat miskin lagi.

Maka kuncinya ialah nafsu yang perlu dididik. Kita jarang sedar tujuan kereta yang hebat itu anda gunakan bukan untuk anda gunakannya sebagai kereta tetapi kepuasan nafsu diri apabila orang melihat anda hebat kerana memilikinya. Sama juga isu macam orang kaya kahwin artis, bolehlah rasa bangga berkokok bak ayam jantan. Jalan juga sudah jadi mendabik dada. Adakah kita beli kereta untuk diri kita atau untuk pandangan orang lain?

Itulah nafsu sebenarnya. Saya sering berpesan dalam siri ceramah saya, jika anda mampu beli BMW cukuplah hanya dengan Proton Waja, Jika mampukan Ferrari cukuplah hanya anda beli Mercedes.

Saya setuju kalau nak turunkan harga kereta. Woww...siapa yang taknak kan? Tapi jika nafsu tidak dididik, harini anda terpaksa bayar RM1000 sebulan untuk sebuah kereta keluarga, nanti jika harga dah turun, berapa ramaikah antara anda yang akan beli kereta keluarga pada kadar bayaran bulanan RM500? Atau anda akan upgrade kereta anda dan kekalkan bayaran balik RM1000 sebulan.

Soal harga kereta boleh turun saya yakin ada pihak dah buat kajian tentangnya. Itu kita serah pada mereka, pasti mereka bijak dalam urusan itu. Sekarang soalnya pada diri kita sendiri BAGAIMANA?

SAIFUL NANG
Orang Fakir


Dicopy dari sini: http://www.facebook.com/photo.php?f...97056165957.130711.25409635957&type=1&theater
 
Last edited:
nafsu dan keperluan.rasa byk org dluar sana ke arah nafsu material..
 
tapi ramai pakai kete sekarang nak menunjuk je
huhu
 
nafsu mengatasi segalanya........Imam Al-Ghazali penah memberi soalan kepada murid2nya "wahai murid2ku apakah yg paling besar dalam dunia nih?" murid2nya ada yg menjawab gajah,ikan paus dan sebagai....Imam Al-Ghazali berkata "semua tu benar wahai muridku akan tetapi yg paling ialah "nafsu" kita muridku"................
 
Macam gambar lama.takkan pakai kodak lagi masa ne.
 
Permasalahan disini bukanya nafsu.
Kalau sesuatu benda tuh boleh murah kenapa nak bayar lebih.
KAlau nak beli Kancil pun tak mampu disebabkan cukai melampau, takkan nak suruh naik basikal lak kot.
 
sape dia nie...............,

Antara lagenda photographer melayu yg bnyk bantu naikkan anak bangsanya sendiri.Walau kritikan dia pedas,kalau kita amik positif,kita leh berjaya mcm dia.
 
Back
Top
Log in Register