TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,118
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,118
- Reaction score
- 22,834
- Points
- 1,831
- Awards
- 1

Mohammad Nazer (tengah) menunjukkan laporan polis berhubung kes melarikan seorang gadis.
ALOR SETAR - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kedah menafikan penglibatan mana-mana kakitangannya dalam kes remaja hilang yang dipercayai dibawa lari pada awal bulan lalu.
Pengarahnya, Mohammad Nazer Mustafa berkata, berdasarkan hasil siasatan dilakukan tidak ada kakitangan AADK di negeri itu yang didapati terlibat.
"Apabila timbul dakwaan kes itu, kita segera menyiasat sama ada peringkat negeri, daerah, pusat latihan, klinik C&C Karangan dan Serdang.
"Namun tidak ada nama serta gambar yang disabitkan seperti tertera dalam media," katanya kepada media di D'futsal Centre Titi Gajah, di sini, hari ini.
Sebelum ini, sebuah stesen televisyen melaporkan seorang pegawai AADK dipercayai terlibat melarikan gadis berusia 19 tahun itu.
Mohammad Nazer berkata, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar agar siasatan rapi terhadap lelaki yang mendakwa pegawai AADK itu dilakukan segera.
Pada 8 Oktober lalu, seorang gadis dikenali sebagai Nur Syazwani Bokhari dilaporkan hilang setelah majikan menelefon bapanya kerana tidak hadir berkerja. Sebelum itu, Syazwani dihantar ke tempat kerja oleh bapanya seperti biasa di kawasan Tandop kira-kira jam 9.15 pagi.
Dalam masa yang sama, keluarga mangsa mendapat maklumat melalui laman 'Facebook' bahawa remaja itu dibawa lari seorang lelaki berusia 28 tahun dari Negeri Sembilan. Susulan itu mereka membuat laporan polis mengenai kejadian itu.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/nafi-pegawai-aadk-terlibat-kes-remaja-hilang-1.323627