BTC USD 61,362.0 Gold USD 2,317.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nadia buru impian

voda

Active Member
Messages
2,322
Paid Membership
Joined
Feb 23, 2010
Messages
2,322
Reaction score
83
Points
35
hi_04.1.jpg

NADIA tidak berasa ralat meninggalkan tawaran lakonan demi kelangsungan minatnya dalam seni suara.

BAGAIKAN bulan jatuh ke riba. Demikianlah perumpamaan yang akrab buat gadis sunti 25 tahun ini, Nadia Aqilah Bajuri yang selesa dengan panggilan Nadia.

Mula mencipta nama ketika menganggotai kumpulan Luscious dalam pertandingan mencungkil bakat Gangstarz TV3 sekitar tahun 2007. Ramai tidak mengetahui gadis ramah yang terkenal sebagai pelakon ini meletakkan nyanyian sebagai minat utamanya dalam cabang seni.

Lumrah dunia, perkara yang sering kali kita hajati akhirnya tiba di kemudian hari. Bagi membolehkan terlaksananya impian itu, Nadia berpesan kepada dirinya untuk tidak berpatah harap dalam bidang nyanyian meskipun bakat lakonannya tampak lebih menonjol.

Terkenal sebagai Chika dalam drama bersiri popular, Tari Tirana, Nadia kini nekad untuk merehatkan dirinya daripada sebarang aktiviti lakonan dan memberikan fokus sepenuhnya dalam lapangan seni suara.

"Saya tidak berasa ralat atau rugi menolak tawaran berlakon sekarang sebab memang niat saya untuk kembali aktif menyanyi.

"Setakat ini saya berpuas hati dengan prestasi lakonan dan tiba masanya saya berehat seketika bagi memenuhi impian merakamkan album solo," kata aktres yang sinonim dengan watak yang kerap membuatkan penonton meluat dengannya.

Single pertamanya yang diberi judul D.I.V.A. baru sahaja diputarkan di corong radio tempatan dan penerimaan orang ramai ternyata memberangsangkan.

"Orang ramai kenal saya sebagai pelakon, jadi bila mereka dengar lagu saya dimainkan, mereka jadi teruja kerana tidak menyangka yang saya mampu menyanyi," ujarnya gembira dengan reaksi positif peminatnya.

Tidak berdepan dengan masalah bersama anggota Luscious, dia ini mengakui bahawa persahabatan mereka masih seperti dahulu.

Album pertamanya yang mengandungi 10 buah lagu bakal menyenaraikan tujuh buah lagu Inggeris dan tiga buah lagu Melayu. Ia akan mula menjengah pasaran muzik tanah air pada hujung tahun ini.

Sedar atau tidak, ramai pelakon kini menjadikan nyanyian sebagai kerjaya kedua dan sudah ibarat satu ikutan terutama di kalangan artis yang masih muda remaja.

Nadia tidak dapat mengelak daripada terkena tempiasnya tetapi harus diingat bahawa gadis yang aktif dengan teater ini bukan berasal daripada dunia lakonan tetapi jelas dia lahir daripada cabang seni suara.

Lincah di pentas tarian, Nadia tidak beranggapan hal ini sebagai trend dan merakamkan album hanya kerana mengikuti pelakon lain yang turut melakukan perkara yang sama.

Kurang keyakinan diri sebelum ini menyebabkan hasratnya itu terbantut tetapi kini setelah bertemu kekuatan itu, pelakon drama bersiri Sindarela ini hanya memandang ke hadapan dan bersedia membuka lembaran baru dalam kerjaya seninya.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register