BTC USD 28,020.0 Gold USD 2,000.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nad Zainal Tidak Pandang Lelaki Lain Apabila Bercinta

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
nad%2B1.jpg

Pelakon Nad Zainal mendedahkan dia seorang yang begitu setia apabila menjalinkan hubungan cinta sehingga tidak akan memandang mana-mana lelaki yang ingin cuba mendekatinya.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 24, berkata, keadaan itu membuatkan dia akan berasa terlalu kecewa jika perhubungan yang dijalinkan itu gagal.

"Setakat ini saya hanya menjalinkan hubungan cinta yang serius sebanyak tiga kali.

"Dan apabila bercinta, saya hanya akan fokus pada lelaki itu sahaja tanpa melihat orang lain di sekeliling. Kiranya, kalau orang nak 'masuk line' sekalipun, saya tidak akan beri peluang," katanya .

Tambah Nad, dia juga tidak akan berhubungan semula dengan bekas kekasihnya walaupun sebagai teman biasa kerana menganggap ia boleh menganggu perhubungan bersama pasangan baru pada masa depan.

Dalam pada itu Nad turut menyedari dia seorang wanita yang kurang bernasib baik dalam hal-hal berkaitan cinta.

"Kadang-kala, cemburu juga melihat kawan-kawan yang kekal lama dengan pasangan mereka. Malah ada yang jodohnya sehingga berkahwin.

"Cuma saya saja yang kurang bernasib baik. Ada saja masalah yang timbul. Bagaimanapun saya percaya Allah sudah menentukan jodoh setiap manusia, cuma cepat atau lambat sahaja," ujarnya.

Terdahulu Nad baru saja memutuskan hubungan dengan aktor Hefny Sahad dua bulan lalu. Sebelum itu pelakon drama Kampung Girl itu juga pernah menjalinkan hubungan dengan aktor Azwan Kombos hampir dua tahun.

http://www.cari.gold/2014/10/nad-zainal-tidak-pandang-lelaki-lain.html
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register