BTC USD 67,159.8 Gold USD 2,340.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nabila Razali Sah Bernikah Dengan Bekas Pelumba Litar, Nik Iruwan

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
444,178
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
444,178
Reaction score
35,435
Points
2,836
Awards
2

Nabila Razali bertunang dengan bekas pelumba litar?​

Astro Awani
Ogos 27, 2023 18:00 MYT

Nabila Razali bertunang dengan bekas pelumba litar?

Difahamkan, majlis pertunangan diadakan di kediaman penyanyi itu di Selayang, dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat saja.


KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali, 30, dikatakan telah mengikat pertunangan dengan ahli perniagaan yang juga bekas pelumba kereta litar Formula, Nik Iruwan Nik Izani, Jumaat lalu.

Difahamkan, majlis pertunangan diadakan di kediaman penyanyi itu di Selayang, dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat saja.

Tinjauan di media sosial Nabila, juga mendapati penyanyi lagu Peluang Kedua itu tidak memuat naik sebarang kemas kini atau 'petanda' berkaitan majlis tersebut.

Memetik laporan MStar, pengurus Nabila, Ash, juga tidak mengetahui tentang pertunangan artis itu.

"Apa-apa pun, boleh berhubung dengan Nabila sendiri," katanya.

Menerusi maklumat di media sosial, Nik Iruwan, 37, merupakan bekas pelumba kereta litar Formula dan masih aktif dalam sukan go-kart, selain menguruskan perniagaan keluarganya.

Baru-baru ini, hubungan mereka dihidu media dan peminat selepas gambar mereka bersiar-siar di sebuah pusat peranginan tersebar.

Pasangan itu dikatakan mula menjalin hubungan serius sejak beberapa bulan lepas, dan mempunyai minat yang sama dalam sukan pemotoran.


AWANI
 
Sponsored Post

Nabila Razali bergelar isteri ahli perniagaan​


18 NOV 2023

2427886.jpg


Nabila dan pasangan selamat dinikahkan oleh Jurunikah, Ustaz Fawwaz di majlis pernikahan yang berlangsung di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang. - Foto ModerateKL


PENYANYI, Nabila Razali, 31, selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Nik Iruwan, 38, dengan sekali lafaz pada jam 10.11 pagi pada Sabtu.

Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali telah selamat dinikahkan oleh Jurunikah, Ustaz Fawwaz di majlis pernikahan yang berlangsung di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang.

Dalam majlis yang bertemakan English Garden ini, Nabila menerima mas kahwin bernilai RM22.50. Sementara itu, wang hantaran dirahsiakan.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi majlis pernikahan berjalan dengan lancar.

“Terima kasih kepada tetamu dan ahli keluarga yang turut menjayakan majlis ini, dan tidak lupa kepada peminat di atas doa dan sokongan yang diberikan kepada Bella dan suami,” katanya dalam satu kenyataan.

Majlis yang dikelolakan oleh Terusik Event ini telah berlangsung secara sederhana itu dihadiri kira-kira 250 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan terdekat dan juga selebriti.

Turut hadir tetamu VIP dan rakan-rakan niaga pengantin.

Antara selebriti yang hadir adalah seperti Hawa Rizwana, Amira Othman, Wany Hasrita, Ara Johari, Sissy Iman, Hael Husaini dan ramai lagi.

Pasangan itu bakal diraikan dalam satu majlis resepsi bertemakan Garden party formal yang berlangsung pada sebelah petang di tempat yang sama.
 
IMG_20231118_164602_628.jpg


Penyanyi, Nabila Razali, 31, selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Nik Iruwan, 38, dengan sekali lafaz pada jam 10.11 pagi pada Sabtu.

Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali telah selamat dinikahkan oleh Jurunikah, Ustaz Fawwaz di majlis pernikahan yang berlangsung di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register