BTC USD 67,159.8 Gold USD 2,340.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nabila, Emran sah bakal bercerai

akecema

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,105
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
34,105
Reaction score
6,682
Points
486
Awards
1

Nabila, Emran sah bakal bercerai​

nabila-emran.jpg

  • Oleh Alif Fadli Bin Mohd Sori
  • 22 September 2023, 2:57 pm


PETALING JAYA: Kakak kepada pengacara dan pelakon, Neelofa, Noor Nabila sah bakal bercerai dengan suaminya, Engku Emran Zainal Abidin dalam waktu terdekat.
Kongsi Nabila, mereka ketika ini sedang dalam proses bercerai dan keputusan tersebut turut dipersetujui suaminya.
“Sebenarnya, kami sudah sepakat untuk bercerai. Emran pun sudah menyatakan keinginan dia untuk bercerai selepas dia keluar dari rumah saya sejak awal Januari lalu.
“Kami berbincang secara baik dan tenang serta menerima segala keputusan yang ditentukan dengan reda dan hati terbuka. Alhamdulillah.
“Kita semua tahu, jodoh, ajal dan maut adalah aturan Allah SWT. Tiada siapa yang nak berkahwin untuk bercerai. Saya juga impikan perkahwinan yang bahagia dan berpanjangan,” katanya.

Desas desus keretakan rumah tangga mereka mula bertebaran selepas Nabila dan Emran dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung malah masing-masing sudah memadam gambar bersama di media sosial.

Dalam pada itu, kongsi Nabila, dia tidak mahu bercerita masalah rumah tangga kepada umum dan mengekalkan privasi antara mereka sahaja.
“Saya sudah buat yang terbaik sepanjang dua tahun perkahwinan. Tetapi, sebagai manusia kita tidak boleh lari daripada ujian dan dugaan rumah tangga.
“Sepatutnya pasangan suami isteri saling berkorban. Perlu sentiasa ada untuk satu sama lain dalam apa jua keadaan. Malangnya kami tak mampu jadi seperti itu.
“Sebenarnya, isu antara kami sudah lama. Saya berserah kepada takdir. Saya yakin, ini adalah perancangan terbaik dari-Nya untuk saya dan anak lalui,” ujarnya.

Untuk info, Nabila dan Engku Emran mendirikan rumha tangga pada 19 Mac 2021.
Engku Emran sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Erra Fazira dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya.
Dia juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella dantidak dikurniakan cahaya mata.
Sementara itu, Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.
 
Back
Top
Log in Register