BTC USD 43,697.9 Gold USD 2,027.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nabil Bercinta Ngan Pelajar UNIVERSITI

surfer957

Super Active Member
Messages
7,974
Joined
Mar 30, 2008
Messages
7,974
Reaction score
26
Points
70
Thread ni bukan astrok, sebab thread dulu ada gambar jer.. thread yang ni ada berita sekali... ;)

Thread dulu:
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=52537&highlight=Nabil+Peminat

mainpix1.jpg


AGAKNYA sudah rezeki Zubir pada musim Aidilfitri ini apabila memperoleh gambar juara Raja Lawak Astro musim kedua, Ahmad Nabil Ahmad, 25, bersama seorang gadis kecil molek yang dicanang sebagai buah hatinya! Gambar yang Zubir paparkan ini adalah kiriman e-mel peminat Nabil sendiri yang ingin berkongsi berita gembira ini dengan pembaca B*Pop lain, maklumkan nama Nabil makin hari semakin meletup!

Zubir difahamkan, gadis yang hadir menemani Nabil di lokasi penggambaran Sifu & Tongga dan pada Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21) di Putrajaya, baru-baru ini masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di ibu negara. Umurnya masih muda, baru 22 tahun dan cantik orangnya. Namun, maklumat yang Zubir peroleh hanya memperkenalkan gadis berkenaan sebagai ‘A’ saja.

Desas-desus memberitahu, Nabil dan ‘A’ baru saja berkenalan dan usia persahabatan mereka baru mencecah kira-kira dua bulan. Sebelum ini ada teman wartawan memberitahu Zubir, mereka pernah terserempak Nabil dengan seorang gadis kecil molek di pusat membeli-belah Mid-Valley, baru-baru ini. Mungkin yang berjalan beriringan bersama Nabil itu ialah ‘A’. Lagak mereka seperti pasangan kekasih!

Pun begitu, tak salah Nabil berkawan dengan sesiapa saja, dia pun masih bujang. Apa yang Zubir harapkan, janganlah ada peminat Nabil yang marah-marah atau kecewa selepas mendapat tahu Nabil sudah mempunyai teman rapat kerana bagi Zubir, kejayaan mendadak Nabil hari ini adalah kerana sokongan padu daripada peminat.

Kita doakan saja Nabil berjaya dulu dalam karier seninya dan memperoleh jodoh sesuai, mungkin juga ‘A’ adalah orangnya. Oopps, jangan marah ya Nabil... Selamat Hari Raya!

p/s: Cun gak budak tu...
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register