Nabi Khaidir a.s masih hidup ?

CG Sponsors




tokey99

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2009
Messages
6,174
Reaction score
886
Points
121
Jadi jika kita sempat waktu itu dptlah melihat mukjizat yg Allah beri kepada nabi Isa as. tu seperti menghidupkan org yg telah mati..cuka takut terikut dajjal je.. na'uzubillahi minnzalik..
 
Sponsored Post

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
12,041
Reaction score
2,620
Points
201
Thread sedekad lalu..
Kemudian baru diup semula..

Yang ada hadis..
cuma Nabi Isa sahaja yang akan hadir semula dimuka bumi..

Yang lain xda..

Kalau ada nabi lain, maka nabi kita akan sampaikan..
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,466
Reaction score
2,005
Points
201
Mengikut kepercayaan org islam
Nabi yg hidup sampai skrang ada 4
1) idris
2) ilyas
3) khidir
4) isa

hebat drp nuh, tak tau la apa mereka tgh buat skrang..bertapa kot :D
 

Mad_Hatter

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Apr 12, 2011
Messages
9,441
Reaction score
1,421
Points
151
Kamilin ni belajar apa sebenarnya..sampai bedal semua hadis pasal hal ni dusta..bahaya mendustakan hadis yg benar..
Lebih baik diam..hadis lemah bukan palsu..bila ko mengatakan palsu..ko yg berdusta...ni yg wahabi duk baca hadis mahligai neraka tu..jd xtau diam..g cari manusia yg arif pada bab nya..
Dimana ada @tokey99 disitu ada nipu nipu dusta dusta :D
100 kitab tu nak kira nipu dusta tak? :sneaky:

Jibril memang menemani rasul s.a.w. tp sehingga sampai pada satu alam yg dia xleh lalui..hanya nabi je..
jadi..xleh la kata palsu..sebab rujukan hal ni lebih dr seratus kitab ulama muktabar..tetiba2 dtg sipandir kata palsu..
 
Last edited:

graphicriver

Active Member
Platinum Member
Joined
Aug 11, 2009
Messages
1,619
Reaction score
390
Points
41
*PAGAR-PAGAR TAQDIR YANG TIDAK BOLEH DIROBOHKAN OLEH NABI ALLAH KHADHIR*

Menarik soalan yang diajukan beliau di posting saya (walaupun beliau padamkan selepas itu)

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3643724302363851&id=952934824776159&sfnsn=mo

(1) "Assalamualaikum Ustaz, saya nak bertanya. Jika yang berpegang Nabi Khidir masih hidup, bagaimana Baginda berperanan terhadap dunia Islam? Kita sendiri lihat betapa dunia Islam ada tekanan dari dalam mahupun dari luar. Ramai Muslim dibunuh seperti di Syria, bahkan penindasan seperti Rohingya, Uighur, Muslim India dan lain-lain. Saya cuma bertanya, harap Ustaz tidak marah."

(2) Wa'alaikumussalaam wa rahmatulLaah...
1f605.png
saya tak sepatutnya merasa marah semata-mata orang bertanya kerana ingin tahu, bahkan memang kita disuruh bertanya jika tidak tahu. Hadith sahih sabda RasuulilLaah S.A.W.

ألا سألوا إذْ لم يعلموا فإنَّما شفاءُ العِيِّ السُّؤالُ
"Tidakkah (sepatutnya) mereka bertanya ketika mana mereka tidak tahu, kerana hanya sanya ubat kepada kejahilan adalah bertanya."

(3) Kunci jawapan kepada soalan yang saudara tanyakan terletak pada memahami qudrah (kuasa) dan iraadah (kehendak) Allah SWT. Dengan kata lain memahami erti beriman kepada Qadha dan Qadar, iaitu baik dan buruk yang berlaku hakikatnya kembali kepada ketentuan dan kekuasaan Allah SWT.

أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِككُّمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنتُمْ فِي بُرُوجٍ مُّشَيَّدَةٍ وَإِن تُصِبْهُمْ حَسَنَةٌ يَقُولُوا هَٰذِهِ مِنْ عِندِ اللَّهِ وَإِن تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ يَقُولُوا هَٰذِهِ مِنْ عِندِكَ قُلْ كُلٌّ مِّنْ عِندِ اللَّهِ فَمَالِ هَٰؤُلَاءِ الْقَوْمِ لَا يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ حَدِيثًا
Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "SEMUANYA ITU (kebaikan dan bencana) ADALAH (berpunca) DARI SISI ALLAH". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?

(4) Apa yang saudara sebutkan tentang "dunia Islam ada tekanan dari dalam mahupun dari luar. Ramai Muslim dibunuh seperti di Syria, bahkan penindasan seperti Rohingya, Uighur, Muslim India dan lain-lain" pasti tidak keluar dari kehendak dan ketentuan Allah SWT jua.

(5) Sebab itu para ulama yang'aarifiin seperti Al-Imaam Taajuddin Ahmad Ibn 'AthooilLaah As-Sakandary rahimahulLaah meluahkan hakikat ini di dalam Al-Hikam:

سوابق الهمم لا تخرق أسوار الأقدار
"Ketinggian segala himmah tidak akan dapat meruntuhkan pagar-pagar taqdir."

(6) Antara hamba-hamba Allah SWT yang mempunyai himmah yang tinggi tentulah para Nabi dan Rasul.

Setinggi-tinggi himmah Nabi Adam 'alaihis salaam tidak dapat menolak taqdir Allah SWT terpedaya dengan helah iblis sehingga terkeluar dari syurga, juga tidak dapat menolak taqdir Allah SWT bahawa salah seorang anak baginda menjadi pembunuh saudaranya sendiri!

Setinggi-tinggi himmah Nabi Nuh 'alaihis salaam, ketika baginda hidup, majoriti kaumnya sendiri terlibat kekufuran dan memusuhi dakwahnya, bahkan anak baginda sendiri tidak beriman kepada baginda.

Setinggi-tinggi himmah Nabi Luth 'alaihis salaam, ketika hayat baginda, budaya homoseks dan lesbian berleluasa hinggakan isteri baginda sendiri tidak selamat daripada kehancuran yang akhirnya menimpa kaum baginda.

Setinggi-tinggi himmah Nabi dan Junjungan kita Muhammad S.A.W. ketika baginda masih hidup, ramai ummat Islam yang disiksa bahkan dibunuh di awal2 usaha dakwah baginda sehingga baginda dan ummat Islam terpaksa berhijrah ke Yathrib (Madinah) dalam keadaan Kaabah dikelilingi oleh berhala-berhala yang ratusan jumlahnya! Bahkan bapa saudara baginda sendiri Abu Lahab mati kafir padahal baginda masih hidup!

(7) Kekeliruan yang berlaku dalam fikiran sebahagian daripada kita kerana terlepas pandang hakikat bahawa taqdir buruk atau baik, kesemuanya adalah ketentuan Allah SWT jua. Maka adakalanya kita terbayang sekiranya Nabi Khadhir 'alaihis salaam masih hidup, misalnya, sepatutnya ummat Islam tidak lagi tertindas dan teraniaya, padahal para Nabi juga tidak mampu mengoyakkan taqdir Allah SWT.

(8) Sejarah menunjukkan bahawa ketika para Nabi masih hidup, bukan setakat ummat masih teraniaya dan ditindas, bahkan adakalanya Nabi atau Rasulnya yang bahkan terbunuh di tangan kafir!

(9) Para Nabi dan para wali adalah hamba-hamba Allah yang justru paling beradab dengan taqdir Allah SWT walaupun mereka tidak mengenepikan usaha dan ikhtiar di atas jalur-jalur asbab.

(10) Bahkan tingginya hormat Nabi Khadhir 'alaihis salaam kepada hakikat taqdir Allah SWT jelas terzahir ketika baginda jelas masih hidup tanpa khilaf di zaman Nabi Musa 'alaihis salaam, sehinggakan sampan orang-orang miskin yang elok jadi berlubang, kanak-kanak kecil kesayangan ibu ayah meninggal dunia dan dinding "tidak bertuan" diperbaiki secara percuma.

(11) Kalau kita aplikasikan akal fikiran dan sentimen kita semata-mata, mungkin kita akan tertanya-tanya, sepatutnya hidup Nabi Khadhir 'alaihis salaam membawa kepada memperelokkan sampan orang-orang miskin, bukan melubangkannya, akan menjaga nyawa kanak-kanak kecil, bukan menyebabkan kematiannya dan sepatutnya mampu menjana pendapatan dan hasil ekonomi dengan aktiviti2 baik pulih struktur2 bangunan bukan melakukan "kerja sia-sia" yang tidak menjana hasil ekonomi.

(12) Maka hidup matinya Nabi Khadhir 'alaihis salaam tidak akan merubah taqdir Allah SWT.

Apabila RasuululLaah S.A.W memberitahu

إِنَّ أمتي ستفْتَرِقُ على اثنتينِ وسبعينَ ، كلُّها في النارِ إلَّا واحدةً وهيَ الجماعَةُ
maka hidup matinya Nabi Khadhir 'alaihis salaam tidak akan dapat menghalang perpecahan ummat Nabi Muhammad S.A.W sebagaimana yang telah diberitahu oleh RasuululLaah S.A.W.

Demikian, apabila RasuululLaah S.A.W bersabda:
يُوشِكُ الأُمَمُ أن تداعى عليكم كما تَداعى الأكَلَةُ إلى قَصعتِها، فقال قائل: ومِن قِلَّةٍ نحن يومئذٍ؟ قال: بل أنتم يومئذٍ كثيرٌ، ولكِنَّكم غُثاءٌ كغُثاءِ السَّيلِ، ولينزِعَنَّ اللهُ مِن صُدورِ عَدُوِّكم المهابةَ منكم، وليقذفَنَّ اللهُ في قلوبِكم الوَهْنَ، فقال قائِلٌ: يا رسولَ اللهِ، وما الوَهْنُ؟ قال: حُبُّ الدُّنيا، وكراهيةُ الموتِ.
"Hampir tiba satu waktu di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang yang hendak makan mengerumuni hidangan mereka."

Maka salah seorang sahabat bertanya: “Adakah hal itu kerana bilangan kamu sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab: “Bahkan kamu pada hari itu ramai sekali, tetapi kamu umpama buih pada waktu banjir dan Allah SWT akan mencabut rasa gentar terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit wahan.”

Seorang sahabat bertanya: “Apakah penyakit wahan itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab: “Cinta dunia dan takut mati” [HR Abu Dawud].

Maka hidup atau matinya Nabi Khadhir 'alaihis salaam tidak dapat menghalang ummat Islam "dikerumuni" oleh bangsa-bangsa kafir.

(13) Taqdir Allah SWT bukan mesti sesuai mengikut selera dan sangkaan kita, bahkan kalau sesuai pun, tidak mesti mengikut masa yang kita bayangkan.

Kalau lah sahih riwayat-riwayat berikut (riwayat daripada Sayyidina Ibn Abbas ini dinilai gharib munqoti', maka oleh kerana dalil2 isu ini tiada yang berkumpul padanya yang sahih dan soreh, makanya berlaku khilaf di kalangan para ulama, lalu mempercayai hidup atau matinya Nabi Khadhir 'alaihis salaam bukan perkara pokok aqidah yang boleh menjejaskan iman orang yang mempercayainya atau sebaliknya), maka (atas andaian kesahihan riwayat ini disokong oleh komen terhadap hadith sahih lelaki yang dibunuh dajjal, kemudian dihidupkan semula) dijangkakan Nabi Khadhir akan hanya berperanan secara nyata hanya apabila dajjal telah menzahirkan diri.

الخضِرُ ابنُ آدمَ لُصلبِه ونُسِئَ له في أجلِه حتى يُكذِّبَ الدجالَ
Khadhir ('alaihis salaam) adalah anak dari sulbi Adam ('alaihis salaam ) yang ditangguhkan baginya ajal sehingga lah dia mendustakan dajjal.

Yang penting, hidup mati Nabi Khadhir 'alaihis salaam tidak akan merubah taqdir Allah SWT dan yang penting, samada baginda 'alaihis salaam masih hidup atau telah wafat, kita ummat Nabi Muhammad S.A.W tetap wajib memperkukuhkan aqidah kita Ahlis Sunnah wal Jamaah, mempermantapkan amalan kita dengan syariah muthohharah dan memperbanyakkan zikir kita kepada Allah SWT kerana perkara2 inilah yang akan menjadi benteng kita mendepani fitnah dajjal yang sangat2 menakutkan dan fitnah dajjal2 kecil yang ada sekarang yang menghiasi kebathilan dengan topeng2 kebenaran!
نسأل الله العفو والعافية
_____________________________
* TAMBAHAN: Hadith sahih riwayat Imam Bukhari dan Muslim tentang lelaki yang berani mendustakan dajjal, lalu dibunuh dan dihidupkan semula oleh dajjal



 

tokey99

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2009
Messages
6,174
Reaction score
886
Points
121
Thread sedekad lalu..
Kemudian baru diup semula..

Yang ada hadis..
cuma Nabi Isa sahaja yang akan hadir semula dimuka bumi..

Yang lain xda..

Kalau ada nabi lain, maka nabi kita akan sampaikan..
Diantara rasul yg dimakbulkan Allah menjadi umat baginda s.a. w adalah nabi Allah Isa a.s.
Antara banyak2 nabi a.s. yg dimakbulkan Allah adalah nabi Allah Khidir a.s.
Semoga diberi pengetahuan hal itu..
 

tokey99

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2009
Messages
6,174
Reaction score
886
Points
121
Mengikut kepercayaan org islam
Nabi yg hidup sampai skrang ada 4
1) idris
2) ilyas
3) khidir
4) isa

hebat drp nuh, tak tau la apa mereka tgh buat skrang..bertapa kot :D
Nabi Allah Idris..kita tahu ditaman syurga..nabi Ilyas..wallahualam..yg kuat adalah nabi Allah Khidir a.s. kerana nabi Musa pernah berjumpa baginda..bermakna umur yg panjang sehinggalah saat hampir kiamat..
 

tokey99

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2009
Messages
6,174
Reaction score
886
Points
121
Kisah maul hayat dlm beberapa kitab ulama pun ada cerita pasal air hidup tu..yg Zulkarnain duk pusing dunia tu salah satu sebab nk minum air tu..agar dpt menjadi umat Rasulullah s.a.w..kita ni kira dah beruntung besar walaupun xdpt berjumpa baginda s.a.w. tp terpilih hidup dizaman baginda s.a.w..Sebab tu pohon diterima menjadi umat baginda yg diterima..kene usaha..insyaAllah ada pertolongan Allah izinnya..
 

tokey99

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2009
Messages
6,174
Reaction score
886
Points
121
Selawat dan salam atas rasul junjungan semoga Allah kabulkan..
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,466
Reaction score
2,005
Points
201
Nabi Allah Idris..kita tahu ditaman syurga..nabi Ilyas..wallahualam..yg kuat adalah nabi Allah Khidir a.s. kerana nabi Musa pernah berjumpa baginda..bermakna umur yg panjang sehinggalah saat hampir kiamat..
itu la namanya kepercayaan
Ko percaya tak putri gunung ledang masih hidup? :D
 
Sponsored Post
Top
Log in Register