Nabi Khaidir a.s masih hidup ?

CG Sponsors




scryed

Active Member
Joined
Feb 1, 2007
Messages
1,357
Reaction score
9
Points
25
status Nabi Khidir a.s dah jadi walI Allah SWT (kalau masih hidup) macam Nabi Isa a.s di akhir zaman...

sebab tidak ada Nabi selepas Nabi SAW...sekian..
 
Sponsored Post

Panglima Sunan IV

Super Active Member
Joined
Nov 8, 2007
Messages
8,420
Reaction score
286
Points
81
semenjak dari kecil mang selalu orang berhujah berkenaan nabi ALLAH khaidir..tapi masih tiada yang pasti, melainkan ALLAH yang MAHA Mengetahui...
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,376
Reaction score
1,996
Points
201
Khidir AS merupakan seorang nabi menurut... - Kamilin Jamilin - Seni Hadith | Facebook
Khidir AS merupakan seorang nabi menurut pandangan yang rajih dan beliau hidup di zaman Nabi Musa AS seperti yang diceritakan di dalam al-Quran.

Sejak dulu lagi, saya selalu dengar cerita orang kata Khidir masih lagi hidup sampai sekarang. Masa saya pergi umrah kecil-kecil dulu pun ada juga ternanti-nanti kelibat orang pakai baju jubah hijau (kononnya Khidir) yang mungkin sedang menyamar sebab kata orang, wali sahaja boleh terjumpa Khidir di Mekah.

Rupa-rupanya itu semua mitos popular yang tidak benar. Pelbagai versi cerita yang disebar demi menonjolkan kehebatan atau ‘kewalian’ seseorang ‘tok syeikh’ itu.

1. Tiada sebarang dalil yang menunjukkan bahawa Khidir masih hidup, sebaliknya dalil dari al-Quran, al-sunnah dan realiti akal menunjukkan bahawa beliau telah lama wafat.
Syeikh al-Syanqiti telah menulis perbahasan yang cukup baik tentang kehidupan Khidir di dalam tafsirnya Adhwa' al-Bayan.

2. Di dalam al-Quran, Allah SWT telah menegaskan bahawa tiada sesiapa yang mampu hidup kekal:

وَمَا جَعَلۡنَا لِبَشَرٍ۬ مِّن قَبۡلِكَ ٱلۡخُلۡدَ‌ۖ أَفَإِيْن مِّتَّ فَهُمُ ٱلۡخَـٰلِدُونَ
“Dan Kami tidak menjadikan seorang pun manusia sebelummu yang dapat hidup kekal (di dunia ini). Maka kalau engkau meninggal dunia (wahai Muhammad), adakah mereka akan hidup selama-lamanya?” [al-Anbiya’: 34].

3. Hanya Nabi Isa AS sahaja dari kalangan manusia yang diberitakan penangguhan ajalnya. Beliau telah diangkat secara jasad dan roh sebelum diturunkan kelak sebagai petanda Kiamat besar.

إِذۡ قَالَ ٱللَّهُ يَـٰعِيسَىٰٓ إِنِّى مُتَوَفِّيكَ وَرَافِعُكَ إِلَىَّ
“(Ingatlah) ketika Allah berfirman: Wahai ‘Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna dan mengangkatmu ke sisi-Ku” [Ali-‘Imran: 55].

4. Semua hadis yang menyebut bahawa Khidir masih lagi hidup adalah dusta, termasuk ‘hadis’ kononnya Khidir pernah bertemu dengan Rasulullah SAW, Khidir bertemu dengan Nabi Ilyas AS setiap tahun dan Khidir bertemu dengan Malaikat Jibril dan Mikail di Arafah.

5. Bahkan dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda:

لَا يَبْقَى عَلَى رَأْسِ مِائَة سَنَة مِمَّنْ هُوَ اليَوْم عَلَى ظَهْرِ الأَرْضِ أَحَدٌ
“Pada penghujung awal seratus tahun dari hari ini, tiada sesiapa pun lagi yang akan tersisa di atas muka bumi ini” [riwayat al-Bukhari dan Muslim].

6. Dalam doa Rasulullah SAW ketika perang Badar, baginda menyebut:

اللَّهُمَّ إِنْ تُهْلِكْ هَذِهِ العِصَابَةَ لَا تُعْبَد فِيْ الأَرْضِ
“Ya Allah, seandainya Engkau musnahkan pasukan ini, nescaya Engkau tidak lagi disembah di muka bumi ini” [riwayat Muslim].

Iaitu siapa lagi yang akan memperjuangkan dan mempertahankan agama Islam sekiranya pasukan yang terdiri dari 300 belasan Sahabat utama ini terbunuh? Kesemua saki baki umat Islam di Madinah dan Makkah akan turut jua musnah jika pasukan Badar tumpas.
Di manakah Khidir ketika itu? Sekiranya dia masih hidup, tidakkah Allah akan terus disembah?

7. Jika Khidir masih hidup, nescaya beliau akan datang dan mengikuti Rasulullah SAW sebagaimana sabda baginda:

وَالله لَوْ كَانَ مُوسَى حَيًّا، مَا وَسِعَهُ إِلَّا أَنْ يَتْبَعَنِي
“Seandainya (Nabi) Musa masih hidup, nescaya tiada ruang (alasan) baginya melainkan beliau perlu perlu mengikutiku” [riwayat Ahmad].

Apatah lagi jika Khidir merupakan seorang nabi, beliau tidaklah lebih mulia dari Musa AS. Jika beliau seorang wali, beliau tidaklah lebih mulia dari Abu Bakr RA.
Namun tiada satu riwayat sahih pun yang mengisyaratkan tentang Khidir datang memeluk Islam dan mengikuti syariat Nabi Muhammad SAW.

8. Justeru apa faedah Khidir hidup kononnya bersendirian di pergunungan sana sini atau hidup dalam penyamaran seperti yang didakwa?
Tiada hikmah dari sudut syarak mahupun akal yang boleh menyokong mitos ini, tidak seperti hikmah penangguhan ajal Nabi Isa AS yang di akhir zaman kelak akan turun untuk menghancurkan salib (doktrin Kristianisasi) dan mempamerkan bahawa beliau mengikut syariat rasul akhir zaman.

Islam agama dalil dan fakta, bukan sekadar cerita.

-Dr. Kamilin Jamilin-
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,376
Reaction score
1,996
Points
201
[Nabi Khadir a.s: Jawapan Balas Artikel Kamilin Jamilin]
.
.
Kami telah membaca isi jawapan balas Kamilin Jamilin. Tetapi menurut ARG, Kamilin tidak menjawab isi penting artikel kami. Berikut beberapa isi yang boleh kami simpulkan dalam artikel jawapan kamilin terhadap artikel kami:
.
1) Kamilin yang pada artikel awalnya mengatakan bahawa hadith-hadith hidupnya Khadhir SEMUANYA adalah dusta (palsu) masih tidak mampu memberikan bukti dakwaannya dengan ilmiah dari sudut takhrij hadith bahawa hadith yang kami sampaikan adalah palsu, sebaliknya berlegar-legar dengan istilah-istilah dalam ilmu hadith tanpa mengaplikasikannya.
.
2) Positifnya artikel kedua Kamilin adalah beliau sudah tidak menggunakan perkataan “mitos” lagi berbanding artikel pertama beliau yang menggunakan perkataan "mitos" pada permulaan dan kesimpulan artikel kerana ternyata jumhur Ulama meyakini bahawa Nabi Khadir masih hidup.

.
3) Hanya 3 perkara sahaja menurut kami perlu disentuh dan pembaca boleh nilaikan selepas membaca jawapan balas kami dibawah.
.
PERTAMA: TENTANG SIGHAT TAMRIDH DALAM SHAHIH MUSLIM
.
Kamilin Jamilin menyebut: “Pernyataan dari Abu Ishaq yang dinukilkan Imam Muslim dalam Shahihnya tidak boleh diterjemahkan sebagai berkata, kerana ia berbentuk isghat tamridh bukan jazem yang pasti. Ia hanya membawa maksud “Dikatakan”.
Jawapan ARG:
.
Mari kita lihat kembali teks Shahih Muslim:
.
قَالَ أَبُو إِسْحَقَ يُقَالُ إِنَّ هَذَا الرَّجُلَ هُوَ الْخَضِرُ عَلَيْهِ السَّلَام
“Abu Ishaq berkata: “Dikatakan bahwa lelaki ini adalah Khadhir ‘alaihissalam” (Shahih Muslim).
.
Dalam Kitab Shahih Muslim, disebut secara jazem perkataan Abu Ishaq. Ada pun isi ucapan Abu Ishaq menggunakan kalimat “yuqolu” yang difahami sighat tamridh. Tetapi apakah sighat tamridh selalunya menunjukkan lemahnya riwayat?
.
Pertama: Banyak ulama’ mutaqaddimin, seperti Imam asy-Syafi’i, Imam Ahmad, Imam al-Bukhari, Imam at-Tirmidzi, Imam Abu Dawud dan lain-lain yang menggunakan sighat tamridh untuk penukilan riwayat yang shahih (thabit dari Rasulullah dan lain-lain). Paling tidak, ini memberikan fahaman bahawa method ulama’ mutaqaddimin berbeza dengan muta’akhirin. Dan Abu Ishaq adalah ulama’ mutaqaddimin.
.
Kedua: Menggunakan sighat tamridh dalam riwayat yang shahih adalah buruk (tidak baik) menurut ulama’ muta’akhirin, tetapi bukan sebarang kepastian bahawa isi riwayatnya dhaif atau berdosa menggunakan sighat tamridh.
.
Ketiga: Imam an-Nawawi dalam Syarah Muslim memutus perselisihin antara kami dengan Kamilin Jamilin, bahawa ucapan Abu Ishaq (dan Mu’ammar dalam al-Jami’-nya) adalah penjelasan dan penegasan hidupnya Nabi Khadhir, bukan lagi memperdebatkan shahih atau tidaknya.
.
Imam an-Nawawi berkata:
.
وهذا تصريح منه بحياة الخضر عليه السلام وهو الصحيح
“Ini adalah penjelasan dari Abu Ishaq (atau Mu’ammar) tentang hidupnya Khadhir ‘alaihissalam dan itulah yang SHAHIH”. (Syarah an-Nawawi).
.
Dan Imam Ibn Hajar dalam Fath al-Bari pun tidak mengatakan riwayat ini lemah kerana menggunakan sighat tamridh.
.
KEDUA: HUJJAH MUTAWATIR MA’NAWI HIDUPNYA KHADHIR DAN SIGHAT TAMRIDH
.
Berikut teks Imam Ibn Hajar yang menjadi mahallun niza’ antara kami dengan Kamilin Jamilin:
.
والذي تميل إليه النفس ، من حيث الأدلة القوية . خلاف ما يعتقده العوام ، من استمرار حياته ، ولكن ربما عرضت شبهة من جهة كثرة الناقلين للأخبار الدالة على استمراره ، فيقال : هب أن أسانيدها واهية ، إذ كل طريق منها لا يسلم من سبب يقتضي تضعيفها ، فماذا يصنع في المجموع ؟ فإنه على هذه الصورة قد يلتحق بالتواتر المعنوي الذي مثلوا له بجود حاتم .
Ibn Hajar mula-mula menjelaskan bahawa kecondongan hati dari sisi dalil yang kuat adalah menyelisihi keyakinan kalangan umum yang mengatakan Khadhir masih hidup. Tetapi muncul hujjah yang boleh menolak keyakinan tersebut. Iaitu banyaknya nukilan khabar yang menyebutkan Khadhir masih hidup hingga kini.
.
Kemudian Ibn Hajar menyebutkan hujjah yang menyatakan Khadhir masih hidup berupa mutawatirnya kisah tersebut. Dan Ibn Hajar menggunakan kalimat “yuqolu” yang dipahami Kamilin Jamilin sebagai sighat tamridh.
.
Menurut kami ini adalah pemahaman yang aneh dan ganjil. Kalimat “yuqolu” dari Ibn Hajar tidak sedang meriwayatkan hadith atau menukil ucapan seseorang, tetapi menyampaikan atau mensharihkan hujjah/syubhat bagi ulama’ yang menyatakan Khadhir masih hidup. Oleh kerana itu, kalimat “yuqolu” diatas bukan sighat tamridh, dan tidak setiap setiap yang menggunakan sighat majhul (mabni maf’ul) selalu disebut tamridh.
.
Sememangnya itu betul bukan ucapan Ibn Hajar, akan tetapi beliau berusaha secara objektif dengan mengatakan bahawa itulah hujjah yang menyatakan Khadhir masih hidup. Dan Ibn Hajar pun tak menolak hujjah "mutawatir ma'nawi" yang beliau sampaikan.
.
Dan setelah ucapan diatas, Ibn Hajar menyatakan:
.
فمن هنا مع احتمال التأويل في أدلة القائلين بعدم بقائه
“Maka dari sini, dalil-dalil bagi ulama’ yang mengatakan Khadhir tidak kekal ada keberangkalian (ihtimal) ta’wil”.
.
Ini tashrih dari Ibn Hajar, bahawa tidak ditemukan dalil dengan dalalah yang qath’i bahawa Khadhir telah wafat. Semua dalil masih ada kemungkinan dita’wil atau takhsis. Sayangnya nukilan ini tidak disampaikan Kamilin Jamilin, padahal ini untuk melengkapi sikap objektif Ibn Hajar.
.
Ada pun ucapan Ibn Hajar dihujung kitab yang juga dinukil Kamilin Jamilin:
.
وأقوى الأدلة على عدم بقائه ، عدم مجيئه إلى رسول الله.... الخ
“Dalil yang terkuat tentang ketidak kekalan Khadhir adalah tidak datangnya dia kepada Rasulullah”
.
Ini hanyalah hikayah beliau, bahawa dalil yang kuat bagi yang menyatakan Khadhir tidak hidup lama adalah dia tidak pernah datang kepada Rasulullah dan lain-lain. Dan ini bukan sikap tarjih dari Ibn Hajar. Dan bagi yang biasa memahami muqoronah adillah, hal seperti ini sudah biasa dan bukan benda yang aneh.
.
KETIGA: TASHHIH AZ-ZAHABI, IBN HAJAR DAN IBN ARRAQ TENTANG KISAH KHADHIR
.
Kamilin Jamilin mengatakan kisah shahih daripada Umar bin Abdil Aziz yang bersama Khadhir bukan hujjah syar’iyah. Kami jawap, itu jawapan betul, akan tetapi kisah shahih ini menguatkan hujjah-hujjah hadits yang menyebutkan Khadhir masih hidup.
.
Dan andai isi riwayat tersebut dusta dan menyelisihi dalil yang qath’i dalalahnya, tentu Ibn Hajar dan az-Zahabi akan segera mengkritik dan mengatakan bahawa kisah tersebut dusta, takhayyul dan menyelisihi syariat atau dalil yang qath’i.
.
Disediakan Oleh:
.
Unit Penyelidikan
Ahlussunnah Wal Jamaah Research Group (ARG)
 

tokey99

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2009
Messages
6,174
Reaction score
886
Points
121
Mana ada manusia yg hidup kekal abadi..tetapi panjang umur tu ada..xkiralah iblis ke manusia ke.jadi..jika nabi Khidir masih pun xde keraguan pun..
 

tokey99

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2009
Messages
6,174
Reaction score
886
Points
121
Kamilin ni belajar apa sebenarnya..sampai bedal semua hadis pasal hal ni dusta..bahaya mendustakan hadis yg benar..
Lebih baik diam..hadis lemah bukan palsu..bila ko mengatakan palsu..ko yg berdusta...ni yg wahabi duk baca hadis mahligai neraka tu..jd xtau diam..g cari manusia yg arif pada bab nya..
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,376
Reaction score
1,996
Points
201
Itu la aku da kata
Dlm islam byk khilaf
Khilaf ~ perbezaan pendapat

cuma kebanyakan memilih ijma ulama
(Pendapat yg jamak/plural)

tp tak semestinya pendapat yg ijma tu semuanya betul

1611136677721.jpeg


kita hanya perlu raikan pelbagai khilaf saja
 

nationagainstzionist

Super Active Member
Joined
Oct 17, 2012
Messages
5,783
Reaction score
226
Points
83
Kamilin ni belajar apa sebenarnya..sampai bedal semua hadis pasal hal ni dusta..bahaya mendustakan hadis yg benar..
Lebih baik diam..hadis lemah bukan palsu..bila ko mengatakan palsu..ko yg berdusta...ni yg wahabi duk baca hadis mahligai neraka tu..jd xtau diam..g cari manusia yg arif pada bab nya..
ada org kata, dia ni joker melesia..dorg kata la
 

tokey99

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2009
Messages
6,174
Reaction score
886
Points
121
Nabi bersabda..tiada nabi selepas baginda..telah tertutup pangkat kenabian tu..yg mana nabi atau rasul sebelum kelahiran baginda s.a.w. tu tetaplah rasul atau nabi..nabi Isa as tu tetaplah rasul dan akan membawa syariat Islam..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register