BTC USD 42,151.3 Gold USD 1,749.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nabi Dan Rasul Allah

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,716
Reaction score
15,081
Points
2,376
SIRI PARA ANBIYA': NABI MISHAIL

Nabi Mishail merupakan salah seorang Nabi dari keturunan Nabi Yehuda bin Nabi Ya'aqub yang menjadi tawanan Raja Nebukadnezar II, raja Kerajaan Babylon. Beliau dikatakan lahir sekitar tahun 597 Sebelum Masihi. Nabi lain yang menjadi tawanan bersama beliau ialah Nabi Hanania, Nabi Danial dan Nabi Azariah.

Ketika menjadi tawanan di Babylon, beliau bersama Nabi Danial, Nabi Hanania dan Nabi Azariah dikurung bersama dengan beberapa ekor singa. Dengan kehendak Allah, kesemua singa itu menjadi jinak kepada mereka. Pada tahun keempat pemerintahan Raja Nebukadnezar II, baginda telah mengalami mimpi pelik. Ramai ahli nujum, bijak pandai dan peramal datang untuk menghuraikan mimpi tersebut tetapi mereka tidak dapat menghuraikannya sehingga membuatkan Raja Nebukadnezar II menjadi marah lalu membunuh mereka.

Dalam pada yg sama ada beberapa org memberitahu bahawa keempat-empat orang Nabi yg ditawan dpt mentakwil mimpi baginda. Dengan kehendak Allah, keempat-empat orang Nabi itu dpt mentakwil mimpi tersebut dan keempat-empat mereka dilepaskan dari penjara malah mereka dilantik menjadi pengurus dalam urusan wilayah Babylon. Masa berlalu dengan pantas di mana Raja Nebukadnezar II telah membina sebuah patung dari emas.

Dalam upacara perletakkan patung emas itu, semua rakyat Babylon tidak kira bangsa luar, bahasa atau budaya kena hadir mengabdikan diri kepada patung tersebut. Bagi yg engkar dan tidak mahu sujud kepada patung itu akan dicampakkan ke dalam api besar. Beberapa pemuka kabilah Babylon yg tidak menyukai kaum Bani Israil telah menghasut baginda agar mencampakkan Nabi Mishail, Nabi Hanania dan Nabi Azariah ke dalam api besar kerana tidak mahu sujud dan menyembah patung yang dibina oleh baginda.

Kerana hasutan pemuka kabilah Babylon, Raja Nebukadnezar II pun memerintahkan agar ketiga orang Nabi itu dihumbankan ke dalam api besar. Dengan kuasa Allah, ketiga-tiga mereka dapat berjalan di atas api sambil berzikir memuji Allah, Tuhan Semesta Alam.

Raja Nebukadnezar II pun terkejut melihat kejadian itu, dan bangkit dengan tergesa-gesa lalu baginda berkata kepada penasihatnya: "Bukankah kita telah membuang ketiga orang yang terikat itu di tengah-tengah api?" Penasihat raja pun berkata: "Benar, wahai tuanku." Raja Nebukadnezar II pun berkata: "Beta dapat melihat empat orang berjalan di tengah-tengah api, dan mereka tidak terluka dan bentuk yang keempat itu seperti cahaya".

Kemudian Raja Nebukadnezar II pun mendekati mulut tungku api yang menyala-nyala lalu berkata, "Wahai Shadrach (Nabi Hanania), Meshach (Nabi Mishail), dan Abednego (Nabi Azariah), sesungguhnya kamu bertiga merupakan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Tinggi. Keluarlah dan datanglah ke sini." Kemudian Shadrach, Meshach, dan Abednego, keluar dari tengah api.

Ketika ketiga orang Nabi itu keluar dari tengah api, para hadirin yang hadir merasa terkejut kerana keadaan fizikal ketiga orang Nabi itu tidak berubah. Api yang marak tidak menjamah walau sedikit kulit mereka malah jubah yang mereka tidak terbakar. Ini kerana Allah telah memerintahkan api supaya menjadi sejuk dan tidak berdaya untuk menjamah tubuh Nabi Allah.

Beberapa hari selepas itu, Raja Nebukadnezar II telah berbincang dengan para menterinya agar memperomosikan Shadrach, Meshach dan Abednego di wilayah Babylon. Raja Nebukadnezar II pun berkata kepada seluruh rakyatnya: "Bahwa setiap orang, bangsa, dan bahasa, yang mengatakan apa-apa yang salah terhadap Dewa Shadrach, Meshach, dan Abednego, beta akan potong-potong, dan rumah-rumah mereka akan dijadikan kotoran, karena tidak ada tuhan lain yang dapat menyelamatkan setelah jenis ini. "

Beberapa tahun Nabi Mishail tinggal di Babylon hinggalah kerajaan Babylon diserang oleh tentera Parsi di bawah pimpinan Raja Darius. Orang-orang Bani Israil yg berada di bawah taklukan Parsi telah dibenarkan pulang ke Jerusalem termasuklah Nabi Mishail dan sahabatnya. Di Jerusalem, Nabi Mishail membantu dalam membina Baitul Maqdis.

Untuk tempoh beberapa tahun lamanya di Jerusalem, akhirnya Nabi Mishail wafat dan dimakamkan di sekitar kota Jerusalem.

#MAMR


 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,716
Reaction score
15,081
Points
2,376
SIRI PARA ANBIYA': NABI SOUJOD

Nabi Soujod merupakan seorang Nabi Allah yang tinggal di sebuah desa di dalam wilayah Lubnan. Beliau berasal dari keturunan Bani Israil yang berhijrah dari Kota Jerusalem ke wilayah ini akibat peperangan antara Kerajaan Yehuda dengan Kerajaan Babylon.

Sepanjang berada di wilayah ini, beliau sering memperingati ahli keluarga dan jiran terdekat tentang hukum² Allah. Sebahagian besar tidak menyenangi kehadiran Nabi Soujod apatah lagi beliau berasal dari kaum Bani Israil. Bagi mereka kaum Bani Israil adalah musuh bagi setiap bangsa.

Raja kota di wilayah itu tahu akan kewujudan Nabi Soujod yang berasal dari kaum Bani Israil tetapi baginda tidak mengambil sebarang tindakan kerana baginda merupakan seorg pemerintah yang disenangi oleh rakyat. Tetapi sebilangan para menterinya dengan para pemuka kaum mencari jalan bagi mengatasi perkara tersebut. Bermacam² rancangan dirancang agar Nabi Soujod keluar dari desa itu tetapi semuanya tidak berhasil.

Akhirnya mereka mempersembahkan kepada raja fitnah yang besar kepada baginda. Akhirnya Nabi Soujod ditangkap bersama ahli keluarganya dan dipenjarakan. Di dalam penjara, Nabi Soujod diseksa dengan teruknya tetapi Nabi Soujod tetap tabah menghadapi ujian ini dengan memperbanyakkan zikir kepada Allah. Bermacam² seksaan yang diterima oleh Nabi Soujod sehingga beliau wafat.

#MAMR


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,716
Reaction score
15,081
Points
2,376
SIRI PARA ANBIYA': NABI DANIAL DENGAN DUA ORANG HAKIM

Diceritakan di Kota Babylon tinggal seorang lelaki yang bernama Yoyakim bersama isterinya yang bernama Susana binti Hilkiah. Susana merupakan seorang wanita yang sangat cantik dan soleh di kota itu. Sejak dari kecil, ibu bapa Susana mengajarnya menurut panduan Kitab Taurat Musa. Adapun Yoyakim, suami Susana merupakan seorang lelaki yang amat kaya dan mempunyai taman yang luas dekat dengan rumahnya.

Orang-orang Yahudi buangan sering datang ke rumah Yoyakim kerana dia seorang lelaki yang paling dihormati di kalangan mereka. Setiap orang yang mempunyai perkara, pergi kepada dua orang hakim yang sering mengadakan sidang pengadilan di rumah Yoyakim. Adapun kedua-dua orang itu baru sahaja dilantik sebagai hakim.

Dari mereka itulah Allah berfirman, “Kejahatan timbul di Babylon daripada kaum tua-tua, sepatutnya para hakim yang seharusnya membimbing rakyat.”

Pada suatu hari apabila orang sudah pulang, Susana biasanya berjalan-jalan di taman suaminya. Setiap hari kedua-dua orang hakim itu melihat Susana masuk ke taman dan berjalan-jalan di situ. Maka mulalah mereka mengingininya. Mereka mula berfikir kotor dan membelakangi hukum Allah, sehingga lupa akan kewajipan mereka sebagai hakim. Akibat dari hasutan Syaitan, kedua-duanya mabuk asmara, tetapi mereka tidak saling memberitahukan hal itu, kerana masing-masing malu untuk mengakui bahawa mereka ingin memiliki Susana.

Maka setiap harilah mereka asyik mengintip wanita itu. Pada suatu hari, salah seorang daripada mereka berdua berkata: “Mari kita pulang kerana sudah masanya untuk makan tengah hari.” Lalu mereka berpisah dan pergi. Tetapi mereka berpatah balik, dan bertemu lagi di tempat yang sama. Mereka saling menanyakan apa alasannya, maka mereka mengakui hasrat mereka. Lalu mereka berdua sepakat untuk menemui Susana seorang diri bila tiba waktunya. Dalam hati mereka, mereka berusaha untuk menggoda Susana

Pada hari yang ditetapkan, mereka menunggu di suatu tempat. Sementara kedua-dua orang hakim sedang menunggu kesempatan yang baik, Susana berjalan-jalan di taman seperti biasa. Dia hanya ditemani oleh dua orang hamba perempuan. Tidak ada orang lain di situ kecuali hakim berdua itu yang bersembunyi sambil mengintip Susana. Hari sangat panas, dan Susana ingin mandi di taman.

Susana pun berkata kepada kedua-dua orang hambanya: “Tolong ambilkan minyak dan wangi-wangian dan kuncilah pintu-pintu taman supaya aku dapat mandi.” Kedua-dua orang hambanya pun mengunci pintu-pintu taman dan keluar melalui pintu tepi untuk mengambil apa yang diminta oleh Susana. Mereka tidak perasan kedua-dua orang hakim sedang bersembunyi di situ.

Setelah hamba-hamba itu pergi, kedua-dua orang hakim itu pun keluar dari tempat persembunyian mereka dan bergegas-gegas menuju ke Susana. Mereka pun berkata: “Pintu-pintu taman sudah dikunci, dan tak ada orang yang dapat melihat kita. Kami mabuk asmara Susana. Turutilah keinginan kami dan tidurlah bersama dengan kami. Kalau tidak, kami akan memberi kesaksian di pengadilan bahawa kami telah melihat engkau menyuruh hamba-hambamu pergi supaya dapat sendirian dengan seorang pemuda!".

Susana pun merintih: “Tak ada jalan keluar bagiku?". Kemudian Susana berkata: “Kalau aku menyerah, aku dihukum mati kerana berzina. Kalau aku menolaknya, aku masuk ke dalam perangkap kamu berdua. Tapi lebih baik aku jatuh ke tangan kamu berdua tanpa bersalah daripada berdosa terhadap Tuhan.” Lalu Susana menjerit sekeras-kerasnya, tetapi kedua-dua orang hakim itu juga berteriak-teriak melawan Susana. Salah seorang daripada mereka lari membuka pintu taman.

Ketika pelayan-pelayan di dalam rumah mendengar keriuhan itu, mereka berlari ke taman melalui pintu tepi untuk melihat apa yang terjadi dengan Susana. Sesudah kedua-dua orang hakim memberi keterangan, pelayan-pelayan itu berasa malu sekali, kerana belum pernah hal seperti itu dikatakan tentang Susana. Kedua-dua orang hakim memberi kesaksian palsu (fitnah) tentang Susana.
Keesokan harinya, ketika orang berkumpul di rumah Yoyakim, datanglah juga kedua-dua orang hakim itu dengan rancangan jahat untuk menjatuhkan hukuman mati terhadap Susana.

Di hadapan semua orang kedua-dua hakim berkata, “Panggillah Susana anak gadis Hilkiah, isteri Yoyakim!” Maka beberapa orang pun memanggil Susana, lalu Susana pun datang bersama-sama dengan orang tuanya, anak-anaknya, dan kaum kerabatnya. Ketika hadir dihadapan semua orang, Susana kelihatan sangat cantik dan jelita, sehingga kedua-dua orang jahat itu menyuruhnya membuka kain tudungnya, supaya mereka dapat memandanginya dengan sepuas-puasnya.

Maka menangislah semua saudaranya dan sahabatnya, dan sesiapa sahaja yang melihatnya. Lalu kedua-dua orang hakim itu berdiri di hadapan semua orang, dan sambil meletakkan tangan mereka di atas kepala Susana, mereka mula menuduhnya. Ketika itu juga Susana menengadah tangannya sambil menangis kerana dia tetap percaya kepada Allah Yang Maha Esa.

Kemudian kedua-dua orang hakim itu berkata: “Ketika kami sedang berjalan-jalan di taman, wanita ini masuk dengan dua orang hamba perempuan. Lalu dia menutup pintu-pintu taman dan menyuruh kedua-dua orang hambanya pergi. Kemudian pemuda yang bersembunyi di taman itu menghampirinya dan mereka tidur bersama. Pada waktu itu kami ada di sudut taman, dan ketika kami melihat kejahatan itu, kami berlari kepada mereka. Kami melihat mereka bermesraan, tapi kami tidak dapat menangkap pemuda itu kerana dia lebih kuat daripada kami. Dia membuka pintu dan melarikan diri. Maka wanita ini kami pegang dan kami tanyakan siapa pemuda itu, tapi dia tidak mahu memberitahu kami. Inilah kesaksian kami.”

Oleh kerana kedua-dua orang itu bukan sahaja daripada kalangan tua-tua masyarakat tetapi juga hakim, rakyat pun percaya kepada keterangan mereka dan Susana dijatuhi hukuman mati. Pada masa yang sama, Allah telah menyampaikan wahyu tentang perihal ini kepada Nabi Danial. Kemudian, Nabi Danial pun menuju ke tempat penghakiman. Di hadapan penghakiman, Susana berdoa dengan suara nyaring,: “Ya Allah Yang Maha Kekal, Engkau mengetahui apa yang tersembunyi dan mengenal segala sesuatu sebelum terjadi. Engkau tahu juga bahawa kedua-dua orang itu memberi kesaksian palsu (fitnah) tentang diriku. Sekarang aku harus mati meskipun tidak melakukan apa pun daripada semua tuduhan jahat itu.”

Ketika Susana di iring keluar untuk dihukum mati, Nabi Danial pun sampai lalu beliau berkata: "Wahai orang Israil aku tidak mahu ikut bertanggungjawab atas kematian wanita itu!” Semua orang menoleh kepadanya dan bertanya: “Apa maksudm wahai anak muda?” Lalu Nabi Danial pun berdiri di hadapan mereka semua dan berkata: "Wahai orang Israil, bodoh benar kamu semua ini! Apakah seorang wanita Israil akan kamu hukum mati tanpa pemeriksaan dan pembuktian? Kembalilah ke tempat pengadilan, oleh sebab kedua-dua orang itu telah memberi kesaksian palsu!”.

Lalu rakyat cepat-cepat kembali ke tempat pengadilan, dan kaum tua-tua berkata kepada Nabi Daniel: “Sesungguhnya, Allah telah mengurniakan engkau kebijaksanaan melebihi umurmu. Jadi duduklah antara kami dan terangkanlah perkara itu kepada kami”. Nabi Daniel pun berkata kepada mereka: “Pisahkanlah kedua-dua orang hakim itu jauh-jauh. Aku akan memeriksa mereka seorang demi seorang.” Sesudah dipisahkan, Nabi Daniel pun memanggil yang pertama dan berkata: “Hai orang tua yang jahat! Sekarang engkau ditimpa dosa-dosamu sendiri. Engkau telah memberikan keputusan-keputusan yang tak adil. Orang yang tak bersalah engkau hukum dan orang yang bersalah engkau bebaskan, walaupun Allah berfirman: "Jangan jatuhkan hukuman mati kepada orang yang tidak bersalah". "Sekarang aku ingin bertanya jika engkau benar-benar melihat kedua-dua orang itu bermesraan, katakanlah di bawah pokok apa mereka melakukan hal itu?”. Hakim pertama pun berkata: "Di bawah pokok mesui yang kecil".

“Bagus!” ujar Nabi Danial. “Dusta itu harus engkau bayar dengan nyawamu sendiri. Malaikat Allah sudah diperintahkan untuk membelah engkau menjadi dua!”. Kemudian,
hakim itu di iring pergi dan yang lain dibawa masuk menghadap Nabi Danial. Nabi Danial pun berkata: “Hai keturunan Kanaan dan bukan keturunan Yehuda. Engkau disesatkan oleh kecantikan wanita ini, dan fikiran engkau dibengkokkan oleh nafsu berahimu sendiri. Engkau sudah biasa berbuat begitu dengan wanita-wanita Israil, dan mereka mengikut kemahuan engkau kerana takut kepada engkau. Tapi wanita Yehuda ini tidak mahu menyerah kepada kejahatan. Sekarang katakanlah di bawah pokok apa engkau melihat mereka bermesraan?”. Hakim itu pun berkata: “Di bawah pokok berangan,” katanya. Kemudian Nabi Danial berkata lagi: “Bagus!. Dusta itu harus engkau bayar dengan nyawamu sendiri. Malaikat Allah sudah menunggu dengan pedangnya di tangan, siap untuk memotong engkau menjadi dua, sehingga dia membinasakan kamu berdua.”

Kemudian orang ramai itu bersorak-sorak dan memuji serta mengucapkan syukur kepada Allah yang menyelamatkan orang yang berharap kepada-Nya. Mereka serentak bangkit melawan kedua-dua orang hakim itu kerana Nabi Danial membuktikan bahawa mereka telah memberikan kesaksian palsu. Menurut Kitab Taurat Musa, orang yang memberikan kesaksian palsu harus menerima hukuman yang sebetulnya dijatuhkan kepada tertuduh.

Maka kedua-dua orang hakim itu dibunuh, dan wanita yang tidak bersalah itu diselamatkan. Lalu ibu bapa Susana, suaminya, dan semua kerabatnya menyanyikan lagu puji-pujian (zikir Nabi Daud dalam Zabur) kepada Allah kerana semua tuduhan terhadap Susana ternyata tidak benar. Sejak dari hari itu Nabi Danial sangat dihormati oleh rakyat dan menjadi tempat mengadu masalah.

#MAMR


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,716
Reaction score
15,081
Points
2,376
SIRI PARA ANBIYA': NABI SALEH

Nabi Saleh merupakan seorang Nabi yang dilantik oleh Allah Ta'ala untuk bangsa Himyar. Adapun nama sebenar beliau ialah Nabi Saleh bin Humai' bin Dzu Madzan yang berasal dari keluarga Dzu Ra'in.

Menurut catatan bangsa Himyar, Nabi Saleh merupakan Nabi penting dalam masyarakat mereka. Beliau merupakan seorang Nabi yang mempunyai kecerdasan dan budi pekerti yang tinggi. Pada masa yang sama sebilangan pemuka kaum sering mencela dan menghina beliau ketika beliau menyebarkan ajarannya. Bukan itu saja, mereka sering menyakitinya dengan membaling batu ke arahnya.

Kebanyakan para pengikut beliau berasal dari golongan miskin dan petani serta penternak. Dari golongan bangsawan dan pemuka kaum, boleh dikira berapa orang saja yang beriman dan menjadi sahabat yang paling dekat.

Namun demikian, Nabi Saleh tetap mendapat tentangan. Dalam keadaan begitu, Nabi Saleh sering berdoa kepada Allah agar menurunkan azab seksa ke atas kaumnya yang engkar. Allah Ta'ala memperkenankan permintaan Nabi Saleh lalu menghantar pasukan tentera dari negara luar untuk membinasakan mereka.

Pasukan tentera bangsa Himyar tewas dan terpaksa mengabdikan diri kepada bangsa lain. Dalam pada yang sama, Nabi Saleh meneruskan kehidupannya dalam menyebarkan risalah tauhid bersama ahli keluarga dan pengikutnya sehingga ke akhir hayat.

#MAMR


 

hiduprakyat

Super Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
5,464
Reaction score
404
Points
91
Hari ini 1,389 tahun yang lalu, Nabi Muhammad SAW telah wafat

193288893_10158104639920965_6241184201844130896_n.jpg


Di penghujung tahun ke-11 penghijrahan umat Islam ke Madinah, Nabi Muhammad SAW kembali ke kota Mekah buat kali terakhir untuk menunaikan ibadah haji, yang menjadi satu-satunya haji yang dilaksanakan Baginda semasa hayatnya.

Pada 9 Dzulhijjah (6 Mac), Rasulullah SAW menyampaikan Khutbah Terakhir di Jabal Rahmah di mana Baginda menyeru umatnya supaya tidak kembali ke cara hidup lama yang jahil dan berpegang kepada Al-Quran dan sunnah sebagai cara hidup terbaik.

Sebelum pulang ke Madinah, Baginda menziarahi makam isteri pertamanya, Saidatina Khadijah RA, insan pertama yang mempercayai penerimaan wahyu pertama Allah SWT kepada Baginda dan yang pertama memeluk Islam, buat kali terakhir.

Satu hari selepas dua bulan sekembalinya ke Madinah, Baginda mengalami demam dan sakit kepala. Untuk beberapa hari Baginda masih boleh mengimamkan solat sehingga sakitnya semakin teruk dan meminta sahabatnya Abu Bakar RA untuk menggantikannya.

Pada 8 Jun 632M, bersamaan 13 Rabiulawal 11H, Muhammad bin Abdullah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 62 tahun di pangkuan isterinya, Aishah RA. Baginda dimakamkan di lokasi wafatnya di dalam bilik Aishah RA.

Selepas kewafatan Baginda, kepimpinan Islam diambil alih oleh Abu Bakar RA, memulakan dinasti Khulafa al-Rasyidin yang diteruskan oleh Umar al-Khattab RA, Uthman bin Affan RA dan Ali bin Abi Talib RA dalam mengembangkan syiar Islam ke seluruh tanah Arab.


Sumber: Biography, The Life of the Prophet Muhammad (Ibn Kathir)


== FB Astro awani
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,716
Reaction score
15,081
Points
2,376
SIRI PARA KAUM: KAUM WABAR

Menurut ahli sejarah, Wabar merupakan suatu kaum yang tinggal di kawasan berpasir Alij, di antara Yamamah dan Asy-Syihr. Kaum Wabar merupakan kaum yang termasuk dalam suku Ummima melalui Wabar bin Ummima. Adapun Ummima merupakan keturunan Lawidz bin Iram bin Nabi Sam bin Nabi Nuh. Sebahagian ahli tafsir mengatakan bahawa kaum Wabar keturunan Wabar bin Ummima bin 'Amaliq bin Yalma' bin Lawidz bin Iram bin Nabi Sam bin Nabi Nuh.

Sejumlah ilmuwan menyebutkan bahawa nama asli Wabar seperti yang disebutkan oleh Ptolemaeus adalah Yubaba. Kaum Wabar menduduki wilayah yang subur dan banyak tanaman diusahakan malah mereka menternak berbagai jenis haiwan peliharaan. Kaum Wabar hidup dalam keadaan harmoni dan mencapai kemakmuran yang tinggi malah sistem pengairan dan bangunan-bangunan yang mereka bina setara dengan kaum-kaum sebelumnya seperti kaum Aad dan kaum Thamud.

Kaum Wabar mempunyai ramai kabilah yang kuat dan mempunyai perhubungan perdagangan dengan kaum Amaliqah. Seperti kaum terdahulu kaum Wabar juga merupakan kaum penyembah berhala. Kepada mereka, Allah utuskan seorang Rasul untuk mengajak mereka kembali beriman kepada Allah.

Beberapa pendapat mengatakan bahawa Rasul yang diutus oleh Allah kepada mereka bernama Kharkeel dan sebahagiannya bernama Ishmael. Terdapat beberapa buah buku rujukan berbahasa Arab yang banyak menceritakan tentang kaum Wabar. Di antaranya tentang cerita kaum Nisnas yang bersaudara dengan kaum Wabar. Adapun kaum Nisnas ini merupakan keturunan an-Nisnas bin Ummima bin 'Amaliq bin Yalma' bin Lawidz.

Pada asalnya, kaum Nisnas merupakan bangsa manusia tetapi Allah mengubah wujud mereka menjadi Nisnas ( manusia setengah haiwan). Di antara mereka ada yang memiliki separuh kepala, separuh wajah, satu mata, satu tangan dan satu kaki. Mereka bergerak seperti binatang ternakan. Mereka juga mampu melompat dalam jarak yang sangat jauh dan mampu berlari dengan sangat cepat dan sukar diterima akal.

Kisah-kisah ini pastinya bersumber pada zaman jahiliah. Sebahagian di antaranya ditulis kembali pada masa Islam. Terdapat banyak syair yang diperdendangkan dan ditulis untuk menerangkan perihal manusia setengah haiwan tersebut.

Menurut catatan ahli sejarah Arab, kaum Wabar dibinasakan oleh Allah dengan tiupan angin badai pasir yang meruntuhkan kesemua bangunan dan wilayah mereka sehingga mereka terbenam di dalam pasir akibat kemungkaran yang mereka lakukan.

#MAMR


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,716
Reaction score
15,081
Points
2,376
SIRI PARA KAUM: KAUM ABD DHAKHAM

Kaum Abd Dhakham (Abd Jukham) merupakan suku kaum yang bertempat tinggal di wilayah Thaif. Menurut ahli sejarah, kaum Abd Dhakham merupakan salah satu dari 13 kabilah kaum Aad.

Menurut Ath-Thabari, mereka merupakan kaum komuniti yang berasal dari suku periode pertama. Mereka juga merupakan kaum pertama yang menulis Khat Arab. Pada asalnya mereka menganuti agama monoteisme tetapi lama kelamaan mereka mula beralih arah menyembah berhala.

Di antara nama-nama Tuhan sembahan kaum Abd Dhakham adalah Sin, Hubal, Yaghut, Hilal, Sahar dan Sa'a. Dari segi infrastruktur, kaum ini mencapai tahap ketamadunan yang tinggi dan memiliki kemahiran yang sama dengan kaum-kaum yang sezaman dengan mereka. Walaupun begitu, mereka tetap kufur dan sering melakukan kemungkaran dan kejahatan. Mereka juga sering berperang dengan tetangga yang lain untuk melebarkan wilayah kekuasaan.

Melihat keangkuhan yang mereka tunjukkan, maka Allah telah melantik seorang Rasul dari kalangan mereka untuk mengajak mereka kembali beriman kepada Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Tetapi seruan yang disampaikan oleh Rasul tersebut mendapat tentangan terutamanya dikalangan pemuka kaum cuma sebilangan kecil dari kasta rendah sahaja yang beriman dengan Rasul tersebut.

Akhirnya, kaum ini dibinasakan oleh Allah Ta'ala dengan mendatangkan Bani Baidh dan Bani Mu'adz menyerang mereka dan mereka pun lenyap bersama suku-suku yang lain yang telah musnah. Ahli sejarah mengatakan bahawa Umayyah bin Abi ash-Shalt pernah menyebut tentang kaum Abd Dhakham di dalam bait syairnya:
"Seperti yang membinasakan Bani Abd bin Dhakm.
Tidaklah penyerang mereka menyalakan api.
Bani Baidh dan sekelompok Bani Mu'adz.
Pada mereka terdapat kemuliaan dan mereka menjadi pemenang".

Menurut al-Hamdabi, ibnu al-Kalbi, mereka berpendapat bahawa Abd Dhakham dan Baidh merupakan dua suku kaum yang memelopori munculnya tulisan Arab. Al-Hamdani mengatakan bahawa seorang penyair bernama Hajiz al-Azdi menuturkan syairnya:
"Abd bin Dhakm, nasab mereka dan Baidh.
Adalah orang-orang yang berbadan tinggi.
Mereka adalah perintis khat di kalangan mereka.
Di antara khat, terdapat dialek orang Arab.

#MAMR


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,716
Reaction score
15,081
Points
2,376
SIRI PARA ANBIYA: NABI ZULKUF

Nabi Zulkuf merupakan seorang Nabi yang berasal dari keturunan bangsa Semit yang diutuskan oleh Allah untuk bangsa Assyria yang ketika itu menguasai wilayah Diyarbakir, Turki.

Wilayah Diyarbakir merupakan peradaban besar pertama yang dibangunkan oleh bangsa Assyria di wilayah yang dikenali sebagai Diyarbakır. Kota yang dibina pertama kali ada disebut dalam teks Assyria sebagai ibu kota kerajaan Semit. Kemakmuran yang dicapai ketika itu telah membuatkan mereka lupa kepada sang pencipta sehingga berbagai batu berhala menjadi sembahan mereka.

Oleh kerana kemungkaran yang mereka lakukan, maka Allah mengutus seorang Nabi dari kalangan mereka untuk mengajak mereka kembali menyembah Tuhan Yang Esa. Namun seruan Nabi Zulkuf menjadi sia-sia kerana sebilangan besar pemuka kaum menghalangnya dari menyampaikan seruan tauhid. Malah mereka membuat pakatan untuk membunuh Nabi Zulkuf.

Salah seorang dari mereka telah memberi usul supaya hal seruan Nabi Zulkuf dibawa ke hadapan raja. Raja yang mendengar segala dusta yang disampaikan oleh pemuka kaum terus menitahkan agar Nabi Zulkuf ditangkap dan di masukkan ke dalam penjara. Di dalam penjara, Nabi Zulkuf diseksa dengan bermacam-macam seksaan namun, hati Nabi Zulkuf tetap dengan keimanannya kepada Allah.

Kesengsaraan yang dialami oleh Nabi Zulkuf tidak mendapat simpati dari pihak raja walaupun kebenaran disampaikan. Akhirnya, Nabi Zulkuf pun wafat di dalam istana raja. Menurut sumber sejarah, jasad Nabi Zulkuf dimakamkan di sekitar Egil di Diyarbakir, Turki.

Dengan kewafatan Nabi Zulkuf, Allah pun menurunkan bala bencana berupa serangan dari pihak Kerajaan Urartu. Segala harta dirampas sementara para pembesar dan raja dibunuh. Sebahagian dari mereka dapat melarikan diri. Maka wilayah itu dapat ditakluki sepenuhnya oleh bangsa Urartu.

#MAMR


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,716
Reaction score
15,081
Points
2,376
SIRI PARA ANBIYA': NABI GHAZIMUN

Nabi Ghazimun merupakan seorang Nabi dan Rasul yang diutus oleh Allah Ta'ala pada kaum Yunani dan Mesir. Beliau merupakan keturunan keenam dari Nabi Adam dan beliau dikenali sebagai Nabi Uria II.

Pada awal dakwahnya, Nabi Ghazimun telah diutus oleh Allah kepada kaum Yunani. Ketika itu, kaum Yunani diperintah oleh bangsa manusia hybrid dan berada dalam kesesatan. Mereka yang mempunyai kekuatan dan kelebihan dalam apa jua cara akan dianggap sebagai pahlawan dan dewa yang berhak di sembah. Dari situ, patung-patung mula dibina bagi memperingati orang yang mempunyai kelebihan tersebut.

Setiap kota yang dilalui oleh Nabi Ghazimun dipenuhi dengan patung-patung yang diperbuat daripada emas dan gangsa malah ada sebahagian dari bangsa itu menyembah patung tersebut. Sebagai utusan, Nabi Ghazimun menyeru mereka agar kembali beriman kepada Allah dan meninggalkan segala perkara yang mungkar. Tetapi seruannya mendapat tentangan yang hebat dari bangsa tersebut malah mereka berusaha untuk membunuhnya.

Setelah mendapat tahu bahawa bangsa tersebut merancang untuk membunuhnya, Nabi Ghazimun berdoa kepada Allah agar beliau diberi keselamatan dan bangsa ini diberi azab seksaan yang pedih. Nabi Ghazimun pun keluar dari wilayah itu di malam hari menuju ke Mesir mengikut petunjuk yang diberikan oleh Allah melalui Malaikat Jibrail.

Sementara itu kaum yang ditinggalkan oleh Nabi Ghazimun mendapat balasan dari Allah dengan serangan hebat dari Raja Tahmurah. Segala isi negeri Yunani dibinasakan dan sebahagian dijadikan tawanan termasuklah Jin² yang berkhidmat dengan para penguasa.

Beberapa lama mengadakan perjalanan, akhirnya, Nabi Ghazimun sampai di Mesir. Ketika itu, Mesir diperintah oleh Mashraim bin Markail bin Dawabil bin Gharyaab bin Nabi Adam. Di dalam negeri Mesir, Nabi Ghazimun telah disambut oleh Raja Mashraim. Raja Mashraim dikatakan seorang raja yang masih mengekalkan ajaran yang di bawa oleh Nabi Mahlil melalui Nabi Syith. Di Mesir, Nabi Ghazimun dilantik menjadi pembesar negeri bergelar Uria II.

Beberapa tahun kemudian, Allah Ta'ala memberitahu Nabi Ghazimun melalui perantaraan Malaikat Jibrail bahawa akan datang seorang Nabi dan juga Rasul dari Babylon bernama Idris. Allah Ta'ala memerintah Nabi Ghazimun agar mengajar Nabi Idris perihal alam semesta dan falak.

Tepat pada tahun yang ditetapkan, maka Nabi Idris pun sampai ke Mesir. Kemudian beliau mencari Nabi Ghazimun di setiap tempat hingga akhirnya mereka bertemu. Dalam pertemuan itu, mereka saling bertukar pandangan dan pendapat. Seperti yang diperintahkan oleh Allah, Nabi Ghazimun pun mengajarkan apa yang diperintahkan kepada Nabi Idris.

Beberapa tahun kemudian, Nabi Ghazimun pun wafat dan Nabi Idris terus diangkat menjadi pembesar negeri bergelar Uria III menggantikan Nabi Ghazimun (Uria II).

#MAMR


 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register