Myvi dilancar di Singapura dengan harga RM200,000

Recommended Brokers


Latest Threads

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
148,662
Reaction score
20,602
Points
163
Location
cybertorium, level 3




Perodua Myvi generasi baharu dilancarkan di S’pura, bermula RM197k-RM212k untuk 1.3 X AT & 1.5 H AT

Setelah berada lebih setahun berada dalam pasaran, Perodua Myvi generasi ketiga kini secara rasmi dilancarkan di seberang tambak, Singapura oleh pengedarnya Perocom Auto Pte Ltd. Hatchback segmen-B tersebut ditawarkan dalam dua varian iaitu 1.3 X AT dan 1.5 H AT.

Harga? Model asas dijual pada harga SGD64,800 (RM197,093), manakala varian tertinggi berharga SGD69,800 (RM212,301) – kedua-duanya termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan serta Sijil Kelayakan (COE).

Pelancaran berkenaan telah dihadiri oleh kira-kira 250 orang pelanggan, berlangsung di bilik pameran syarikat berkenaan di Ubi. Perocom telah menjadi pengedar tunggal Perodua di Singapura sejak 1997, dan telah menjual model-model seperti Kancil, Kembara, Kelisa, Myvi generasi pertama, Viva, Axia dan Bezza.

“Kemasukan Myvi generasi ketiga ke Singapura adalah penting bagi jenama kami walaupun berdepan dengan halangan untuk memasuki pasaran matang ini. Ini juga menandakan destinasi eksport pertama bagi model ini di bawah jenama Perodua,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

“Perodua Myvi mendapat sambutan yang sangat baik oleh rakyat Malaysia, dan di Singapura turut terdapat sekumpulan peminat setia yang menanti-nantikan ketibaan model generasi ketiga ini,” kata Pengarah Urusan Perocom Auto Pte Ltd En John Ng pula.

Sebelum ini, Myvi generasi baharu ini turut telah dieksport ke Indonesia, namun ia dijual dengan lencana Daihatsu di sana, menggunakan nama Sirion.


https://paultan.org/2019/04/15/perodua-myvi-generasi-baharu-dilancarkan-di-spura-bermula-rm197k-rm212k-untuk-1-3-x-at-1-5-h-at/
 
Sponsored Post

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
50,153
Reaction score
1,422
Points
168
Location
www.kedaifirdaus.com
lebih baik beli kat Malaysia ja keta

boleh ka orang singapore beli keta kat tempat kita
 

puyol

Legendary Member
Joined
Jun 28, 2011
Messages
19,537
Reaction score
1,508
Points
163
lebih baik beli kat Malaysia ja keta

boleh ka orang singapore beli keta kat tempat kita
boleh beli tapi tak boleh bawak masuk Singapura.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Verified
Joined
Mar 15, 2010
Messages
254,819
Reaction score
8,477
Points
168
Location
miLan - KT - OT - KL
Jauh lebih mahal rega maibi kt Singapor
Mgkn spec lbh tggi kot
 

tomi

Active Member
Joined
Mar 10, 2015
Messages
1,791
Reaction score
409
Points
0
mana tak mahalnya, coe saja pun dah dekat rm90k
 
Sponsored Post
Top
Log in Register