Myvi biru buat hal

CG Sponsors




steelheart

Fun Poster
Joined
Mar 20, 2012
Messages
727
Reaction score
54
Points
20
Sila hadam ye tuan². ....................................... *Update Soal Siasat Kes Viral Perodua Myvi Biru memandu membahayakan kenderaan lain.* _Butiran Tangkapan_ Nama : Muhamad Harits Fadzilah Bin Husni No KP: 940704-02-5565 Umur : 25 tahun Kerja : Pembantu Penguatkuasa KP19, JPJ Wangsa Maju Status : Kahwin anak sorg. *Keterangan B1.* 1) Pada 12/12/19 jam l/kurang 1200 hrs, B1 telah ke Bukit Bintang untu berjumpa 1 L Cina untuk pinjam duit bagi tujuan balik kampung. 2) Sebaik sampai di Bukit Bintang, telah pergi ke sebuah Hotel Bajet untuk berjumpa Ah Chong. Setelah berjumpa Ah Chong, B1 telah tggu selama l/kurang 1 jam, B1 telah pergi ke kedai 7Eleven Bukit Bintang dan periksa akaun bank di mesin ATM dalam kedai 7Eleven tersebut. 3) Setelah dapati tiada sebarang duit dalam akaun, B1 telah keluar 7E dan berjumpa dengan 1 L India OKU dan L India tersebut minta tlg drp B1 untuk bawanya ke Bank bagi urusan memasukkan duit untuk tujuan SOCSO. B1 kemudiannya telah bantu L india itu masuk ke dalam keretanya. Semasa dalam kereta, B1 mengesyaki L India tersebut telah kena tipu. 4) Sebaik B1 beritahu L India itu di tipu, L India itu bertindak cuba turun drp kereta yg sedang berjalan. B1 kemudiannya telah berhentikan kereta ditepi jalan sambil halang L India OKU itu drp terjun. Dalam masa itu, terdapat sebuah motosikal di tepi kereta B1 dan cuba bantu L India tersebut. Pada masa itu L India itu ada menjerit dia kena samun. Pada masa itu, B1 nampak beberapa buah motosikal telah berhenti dan cuba pecahkan cermin kereta pengadu. Pada masa itu, B1 yg panik terus memecut lari dan melanggar kenderaan lain. *Tindakan* 1) Usaha mengesan L India OKU sedang di buat oleh D9 DW bagi mendapatkan cerita sebenar. 2) B1 akan di bawa untuk Urine kerana pengakuan ada mengambil dadah semalam. 3) Semakan rekod lampau dapati tiada sebarang rekod kesalahan lampau. Sekian Utk makluman Ydh Tuan.


Xtau mana satu betol,tapi kalau myvitu btol tak salah nape g lari sampai sanggup redah jem ngan langgar keta lain?

Aku rasa masa dlm kereta tertuduh dgn L india oku tu.. tertuduh ada mintak duit kot kat india oku tu.. dan L oku india tu tak nak bagi agaknya dan bertindak keluar dari kereta.. tertuduh tgh terdesak nak pakai duit, kepala dah kena selak dgn dadah memang bercelaru lah kelakuan dia.. nasib ko lah labuuu.. x nak pikir panjang sebelum ambil dadah ...

Ehhh jap aku nak tanya berapa gaji pembantu penguatkuasa kp19 jpj ni ekk.. sampai tak cukup nk pinjam along bagai utk balik kampung..? Ke tertuduh ni taik dadah.. kerja dah bagus ada kerjaya.. ada anak ..ada bini... adoilahh x bolih nak brain aku..
 
Sponsored Post

QIPIDELANA

Super Active Member
Joined
Dec 13, 2012
Messages
8,802
Reaction score
173
Points
88
Aku rasa masa dlm kereta tertuduh dgn L india oku tu.. tertuduh ada mintak duit kot kat india oku tu.. dan L oku india tu tak nak bagi agaknya dan bertindak keluar dari kereta.. tertuduh tgh terdesak nak pakai duit, kepala dah kena selak dgn dadah memang bercelaru lah kelakuan dia.. nasib ko lah labuuu.. x nak pikir panjang sebelum ambil dadah ...

Ehhh jap aku nak tanya berapa gaji pembantu penguatkuasa kp19 jpj ni ekk.. sampai tak cukup nk pinjam along bagai utk balik kampung..? Ke tertuduh ni taik dadah.. kerja dah bagus ada kerjaya.. ada anak ..ada bini... adoilahh x bolih nak brain aku..
Gaji besar manapun kalau dah main dadah mmglah xcukup,ni kan pulak gaji yg cukup2 mkn.

P/s: Dadah x kenal mangsanya tapi mangsanya dah tentu2 kenal dadah dan akibatnya.
 

myroadtax.com

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,906
Reaction score
580
Points
161
Dadah musuh negara. Pegawai JPJ pun kecundang.
 

Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
815
Reaction score
141
Points
23
Pemandu Myvi biru samun OKU, langgar 4 kenderaan direman

NORHAFIZA BT MUSA | 14 Disember 2019



KUALA LUMPUR - Pemandu Perodua Myvi biru yang didakwa samun orang kurang upaya (OKU) ditahan reman bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visunathan Abdullah berkata, hasil ujian saringan awal juga mendapati pemandu itu positif methamphetamine dan amphetamine.

"Selepas ditangkap, kita serah kepada bahagian trafik untuk buka kertas siasatan. Apabila dibawa urin pula, pemandu tersebut didapati positif dadah.

"Jadi, kita tahan dan akan reman bermula hari ini tetapi tidak pasti berapa hari akan diputuskan Mahkamah.

"Kes ini masih dalam siasatan," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, bagaimanapun pihaknya mengesahkan lelaki berusia 25 tahun terbabit merupakan anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menurutnya, sehingga tengah hari tadi, pihaknya belum menerima apa-apa laporan daripada mangsa OKU yang didakwa disamun itu kerana maklumat diterima hanyalah berdasarkan video yang dirakam orang awam.

"Jadi kita mohon mangsa atau saksi tampil bagi membantu siasatan," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, polis menahan seorang pemandu kereta jenis Perodua Myvi bagi membantu siasatan susulan tular rakaman video kenderaan yang dinaikinya melanggar empat kenderaan lain di Jalan Pudu, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, dalam kejadian 4.50 petang itu, saksi seorang penghantar makanan yang telah merakam video mendakwa pemandu kereta Perodua Myvi itu telah menolak keluar mangsa seorang lelaki OKU daripada pintu depan kiri kenderaan berkenaan.

Katanya, selepas itu, saksi mengejar pemandu berusia 25 tahun untuk mengarahkan memberhentikan kenderaan, namun dia terus melarikan diri.

 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
32,257
Reaction score
1,393
Points
206
dah makan dadah jadilah sampah masyarakat.
nanti dah duduk dalam binilah nak kena bayar ganti rugi dia langgar kereta orang.
 

afshaman

Active+ Member
Joined
Nov 8, 2013
Messages
2,703
Reaction score
130
Points
33
x logik lari cmtu skali kalo dia x salah...
tgh high dadah...mmg logik sgt dia bantai drive mcm tu...cuma bab samun tu kena dapatkan keterangan uncle OKU tu dulu...myvi tu kereta sape sebenarnya? Suspek atau Uncle OKU tu?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
51,167
Reaction score
6,477
Points
1,746
Sinar Harian
1 min ·
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visunathan Abdullah berkata, siasatan sudah pun selesai dan kes dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya


Pemandu Myvi biru bebas dengan jaminan polis
18 Disember 2019

Laporan Sinar Harian mengenai pemandu kereta Myvi yang membawa penumpang lelaki OKU dan melanggar beberapa kenderaan sebelum ditahan orang awam.

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta Myvi biru yang ditahan selepas memandu secara berbahaya dan melanggar beberapa kenderaan di Jalan Pudu, Jumaat lalu dibebaskan dengan jaminan polis semalam.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visunathan Abdullah berkata, lelaki berusia 25 tahun itu dibebaskan selepas polis selesai mengambil keterangannya.

Menurutnya, lelaki tersebut yang juga penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum ini direman empat hari.


"Siasatan sudah selesai, kes sudah dirujuk Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dan kita sedang menunggu arahan hingga laporan patalogi diterima," katanya.

Bagaimanapun sehingga kini, seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dikatakan menjadi mangsa samun masih belum tampil memberi keterangan atau membuat laporan polis.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, pemandu Perodua Myvi biru yang didakwa menyamun OKU ditahan reman bagi membantu siasatan.

Mohd Fahmi berkata, hasil ujian saringan awal juga mendapati pemandu itu positif methamphetamine dan amphetamine.

Rakaman video suspek melarikan diri dengan kereta jenis Perodua Myvi berwarna biru dan melanggar beberapa kenderaan awam turut tular di media sosial.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register