BTC USD 22,783.8 Gold USD 1,921.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MyKad Norman tertinggal di tingkat bawah - Saksi

ckama33

Active+ Member
Messages
3,949
Joined
Nov 7, 2007
Messages
3,949
Reaction score
158
Points
43
KUALA LUMPUR - Seorang pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memberitahu bahawa wujud pelakuan khalwat antara pelakon Norman Hakim dan Memey Suhaiza ketika mereka ditangkap di premis dua tingkat pada pagi 30 Oktober 2008.

Kyairool Nizam Khairudin, 25, berkata demikian semasa disoal semula oleh Pegawai Pendakwa JAIS, Muhammad Nazri Basrawi dalam perbicaraan kes khalwat pasangan tersebut di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini semalam.

Terdahulu, soalan itu dibantah peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan atas alasan dalam pemeriksaan balas, saksi bersetuju bahawa tiada bukti menunjukkan kedua-dua tertuduh berkhalwat tetapi hanya perasaan syak oleh JAIS sahaja.

Namun, pihak pendakwa memohon supaya keterangan Kyairool diterima kerana pihaknya perlu mengetahui pendirian saksi tersebut sepanjang proses perbicaraan kerana semasa disoal balas oleh peguam, Kyairool kerap memberikan jawapan yang bertentangan.

Kyairool ketika disoal semula memberitahu, sebelum JAIS masuk ke dalam premis tingkat bawah, dia terdengar bunyi geseran besi berlanggar dari dalam premis selain nampak bayangan kaki berjalan dari bawah pintu.

Di peringkat awal soal balas, Kyairool dengan raut wajah tenang cuba memberi jawapan meyakinkan namun apabila kerap diasak oleh peguam, saksi itu kembali memberi keterangan tidak selari dengan pertuduhan.
 
Top
Log in Register