Muvie/Drama Asian Terbaek Korang Pernah Tonton

CG Sponsors




Deen27

Active+ Member
Joined
Jan 25, 2012
Messages
2,979
Reaction score
84
Points
45
Salam warga cg,sama macam tajuk kat atas tu. saya buka thread ni sebab nak kongsi-kongsi pendapat dan share movie apa yang korang sume rase menarik korang pernah layan kan. Saya selalu nak tengak muvie asian, tengak review dulu. pastu, bile dah siap download, cerita takde la menarik mane..:-< rase keciwe pon ade.

Jadi di sini kita share lah movie ape yang korang sume pernah tengak dan rase cerita dia best la kan. Kalau leh, wat review seket. So, orang boleh tahu jalan cerita die pasal ape dan boleh dikongsi untuk tengok sekali. Ini saya share apa yang saya rasa berbaloi-baloi sangat untuk ditonton la yea.


JAPAN

Crows Zero
-Fighting-
Cite sekolah samseng yang paling samseng. Pelajar yang datang ke sekolah ni hanya untuk merebut gelaran sebagai Raja Suzuran'The King of Suzuran' a.k.a legenda yang pernah pegang sekolah tu. Watak utama cerita ini, Genji adalah dari sebuah keluarga yakuza. Untuk menggantikan ayahnya sebagai ketua yakuza yang baru, Genji menyahut cabaran dari ayahnya untuk menjadi ketua di sekolah Suzuran. Bagaimanapun, untuk menjadi ketua di Suzuran tidak semudah yang disangkanya. Sepanjang sejarah sekolah itu ditubuhkan, tiada lagi pelajar yang berjaya menguasai sekolah itu sepenuhnya. Untuk menguasai sekolah tersebut, Genji harus berlawan dengan otai-otai dan taiko-taiko yang ada di sekolah tersebut. Dengan keazaman yang ada pada dirinya, secara perlahan-lahan Genji semakin diterima untuk menjadi ketua di Suzuran. Bagaimanapun, untuk menjadi Raja Suzuran, perjalanan Genji masih jauh, terutamanya dia perlu mengalahkan lelaki paling misteri di sekolah tersebut, Rinda-man.
Released : Crows Zero I, Crows Zero II



Battle Royale
-Action/Thriller-
Kisah program kerajaan yang menyebabkan sekumpulan pelajar dalam sebuah kelas terpaksa bermain sebuah permainan survival. Asalnya, para pelajar ini menyertai rombongan lawatan sebagaimana lawatan hujung tahun sekolah, bagaimanapun, dalam perjalanan mereka telah ditidurkan dengan ubat tidur dan dihantar ke sebuah pulau yang terbiar. Kesemua mereka dirantai di leher dan dipaksa untuk membunuh antara satu sama lain. Setiap seorang diberikan senjata secara rawak dan bermulalah permainan untuk mencari hanya seorang peserta tunggal yang masih hidup sebagai pemenang.
Released :
-Battle Royale I [Youtube.com] watch?v=VwE5-ecnH8g
-Battle Royale II [Youtube.com] watch?v=TRTGwtqJgsE



20th Century Boys
-Fiksyen/Konspirasi-
Gambaran paling menarik bagaimana kehidupan umat manusia apabila dipegang oleh dajal. Cerita ini mengisahkan seorang lelaki yang hanya hidup secara biasa-biasa saja mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan keadaan sekelilingnya. Dia mengumpulkan rakan-rakan lamanya ketika zaman kanak-kanak dan mendapati dunia sedang dibentuk sama seperti fantasi mereka di dalam sebuah diari yang mereka ciptakan pada masa kecil. Dengan sumber sokongan yang sangat terhad, mereka berusaha mendedahkan apa yang terjadi kepada dunia sebenarnya dan mendapati kesemuanya ini berkait rapat dengan seorang lelaki misteri yang identitinya tidak diketahui oleh sesiapapun, dipanggil dengan gelaran Tomodachi(Sahabat).
Released : 20th Century Boys I, 20th Century Boys II, 20th Century Boys III



Cyborg Girl/Boku No Kanojo Wa Saibogu
-Fiksyen-
Kisah menarik hati seorang lelaki yang tidak pernah disukai perempuan. Pada sambutan hari lahirnya, dia membeli hadiah untuk dirinya sendiri dan menyambut hari lahirnya seorang diri. Bagaimanapun, nasibnya berubah pada malam tersebut apabila dia bertemu dengan seorang gadis misteri. Mereka berkenalan dan kegembiraan dalam hidupnya mula ceria apabila bertemankan gadis tersebut. Menarik perhatiannya, gadis tersebut kelihatan tidak biasa bergaul dengan manusia dan mempunyai sifat yang sangat kasar. Walaubagaimanapun, gadis tersebut mempunyai kekuatan yang luar biasa hebatnya. Dia menjalai kehidupan yang menggembirakan bertemankan gadis tersebut. Akhirnya, barulah dia tahu bahawa gadis tersebut adalah cyborg yang dihantar pada masa hadapan untuk menjaga keselamatan dirinya.
[Youtube.com]watch?v=GC279BhTavY





KOREAN


Highway Star
-Komedi-
Kisah kelakar seorang lelaki yang menjadi terkenal melalui jalan yang tidak disangkanya. Pemuda ini, Dal-Ho asalnya seorang penyanyi underground yag tidak terkenal. Hinggalah pada suatu hari, seorang produser muzik mendengar suaranya dan berminat mengambil dia sebagai artis rakaman. Demi mencapai cita-citanya menjadi artis rakaman terkenal, Dal-Ho berhijrah meninggalkan kampung halamannya dan bersetuju mengikat kotrak perjanjian dengan syarikat rakaman tersebut. Pada ketika itulah baru dia tahu dia ditawarkan kontrak untuk menjadi seorang penyanyi trot(ala-ala lagu melayu 70an). Terikat dengan kontrak yang ditandatanganinya, Dal-Ho terpaksa menjalani kehidupan yang tidak disukainya. Bagaimanapun,melalui kehidupan barunya ini, dia perlahan-lahan menempa nama menjadi seorang penyanyi popular.



Daisy
-Romantik-
Kisah percintaan tiga segi Korea. Seorang adalah pembunuh upahan yang cekap, seorang lagi adalah badan khas polis yang ditugaskan menangkap pembunuh upahan tersebut. Kedua-duanya secara diam telah menyukai gadis yang sama dan menyebabkan persaingan untuk menghapuskan satu sama lain makin meninggi.

[Youtube.com] watch?v=w3CtE6zmujk






THAILAND


Coming Soon
-Seram-
Cerita hantu paling berhantu aku pernah jumpa. Cerita Coming Soon adalah berkisarkan seorang lelaki yang dihantui lembaga misteri dan dia percaya hantu misteri yang selalu menggangunya ini ada mempunyai kaitan dengan sebuah cerita yang bakal ditayangkan di panggung wayang. Kerjayanya sebagai penjaga pita rakaman wayang menyebabkan dia berusaha untuk mendedahkan rahsia kemunculan hantu tersebut. Semakin lama dia berusaha, semakin banyak rahsia yang berjaya dibongkarnya. Hinggalah pada akhir cerita, dia mendapati hantu yang menggangunya adalah berbeza sama sekali dengan apa yang disangkakannya.
Released : Coming Soon



Phobia
-Seram-
Koleksi cerita-cerita hantu yang dihimpunkan oleh pengarah cerita hantu Thailand. Setiap kisah mempunyai jalan cerita yang berlainan.Yang buat aku nampak lagi menarik cerita ni adalah idea cerita dia adalah fresh dan tak terlalu klise seperti macam biasa jumpa ajer idea tu. walaupun, kadang2 ade scene die yang nampak tak logik seket, tapi dari jalan cerita dan idea die mmng menarik habis.. lagi satu, memang seram la. Yang ni memang tak tipu.
Released :
-Phobia I
-Phobia II




Orait... Atas pandangan ramai, aku da ubah tajuk thread ni jadi Muvie/Drama or any movies korang rase best untuk dilayan. Silekan bagi pandangan. Tapi, mohon kerjasama sume yea. harap dapat diberi review/komen ringkasan cerita atas muvie yang korang suggestkan tu. Lagi satu, mintak senaraikan muvie tu datangnya dari mana.. Ini barulah memudahkan pemerhati-pemerhati untuk mecari muvie pilihan hati diorang(termasuk aku sekali la ni). :) Thanks :)paid




Disebabkan atas desakan ramai, :-SS aku cube menyediakan links yang dapat mmebantu korang cari cerita-cerita yang ada dalam thread neh. Camner pon,sumber links sedut muvies aku ni still terhad. Mohon bantuan sesapa yang ada sumber-sumber links yang lain boleh sharekan , ok :)cgrock Thaks...

http://www.youtube.com/
http://thepiratebay.se/
http://kat.ph/
http://www.dramacrazy.net/most-popular/


Substitle
http://www.moviesubtitles.org/


Terima kasih diberikan kepada Fine Net & Aleyzie diatas sumber links yang diberikan.. Korang memang.... :)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock

: Di sini aku hanya limitkan cerita-cerita muvie dari asia saje. Jepun/Korea/Thailand dll, sebab rasanyer kalau nak bagi pendapat cerita western, banyak sangat sumber info boleh dapat untuk review muvie-muvie dari barat ni. Jadi, sesape yang ade pendapat ape lagi cerita asian yang yang terbaik punye untuk layan, minta boleh share kat sini yea :)
 
Last edited:
Sponsored Post

Deen27

Active+ Member
Joined
Jan 25, 2012
Messages
2,979
Reaction score
84
Points
45
KOREA

- Silmido
- Windstruck
- I Saw The Devil
- Oldboy
- My Rainy Day
- Htsudan Hostess
- Couples 2011
- My sassy Girl
- Man From Nowhere
- Sunflower
- Tae Guk Gi
- Fighter In The Wind
- Going by The Book
- Arrow
- Ultimate Weapon
- Sex Is Zero I & II
- Don't Worry, I'm A Ghost [ youtube]watch?v=rhoxOyrbkW8
- A Bittersweet Life (ada ler sikit2 unsur love)
- Memories of Murder
- My Way
- Old Boy
- Sympathy For Mr.Vengeance
- Sympathy For Lady Vengeance
- The Man from Nowhere
- The Chaser

DRAMA

- Iljimae
- Witch Yoo Hee
- Sassy Girl Chun Yang
- IRIS





GAME SHOW

- Running Man
 
Last edited:

Deen27

Active+ Member
Joined
Jan 25, 2012
Messages
2,979
Reaction score
84
Points
45
THAILAND

- Ghost Flight
- Suriyothai
 
Last edited:

Deen27

Active+ Member
Joined
Jan 25, 2012
Messages
2,979
Reaction score
84
Points
45
Last edited:

fine net

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Apr 5, 2007
Messages
43,403
Reaction score
336
Points
136
Raid Redemption

Silmido



yg terbaik pada aku la....
 

dookster

Active Member
Joined
Mar 30, 2011
Messages
1,528
Reaction score
1
Points
25
DAISY

setakat ni paling best pd aku
 
Sponsored Post
Top
Log in Register